السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 9 Jan 2019/ 3 Jamadilawal 1440H (Rabu) oleh Ustaz Hanif Zainol.
Sumber: Kitab Penawar Hati-Fasal 8: Membesarkan Diri
●Pendahuluan
Penyakit yg amat merbahaya adalah membesarkan diri.
Ketahuilah bahawa membesarkan diri itu ialah bila dia melihat dirinya lebih dpd orang lain dari sudut kesempurnaan sifat.
Dan ia melihat orang lain itu lebih hina daripadanya.
Maka ia sebahagian daripada segala sifat kecelaan yg di dalam hati & sebesar-beaar maksiat yang tersembunyi.
Maka ia sebahagian daripada segala sifat kecelaan yg di dalam hati & sebesar-beaar maksiat yang tersembunyi.
Ia adalah lawan pada ujub. Ujub ia tidak menghinakan orang tetapi rasa bangga dengan dirinya.
Ia rasa lebih tinggi daripada orang lain. Dia rasa lebih alim, lebih kaya, dll. Iaitu dengan nikmat kesempurnaan yg Allah beri kepadanya lebih daripada orang lain.
Dalam masa yg sama ia menghinakan orang lain.
Dalam masa yg sama ia menghinakan orang lain.
-Nabi saw bersabda: “Sesunguhnya..Allah tutup tiap2 hati orang yg takkabur..”
Ia tidak kenal dan tidak ingat kepada kekuasaan Allah.
Yang paling dibimbangi ialah bila Allah biarkan ia lupa kpd Allah.
Ia tidak kenal dan tidak ingat kepada kekuasaan Allah.
Yang paling dibimbangi ialah bila Allah biarkan ia lupa kpd Allah.
-Antara tanda-tanda kita ada sifat takkabur ialah:
i. Ia meninggi-ninggi akan kedudukannya.
ii. Ia mendahului dirinya daripada pendapat orang lain.
iii. Ia menghinakan orang lain.
iv. Marah ia akan orang yang tidak memberi salam kepadanya.
Ia marah orang tidak memberi sanjungan kepadanya dan kepada orang yang tidak menunaikan hajatnya.
Ia marah orang tidak memberi sanjungan kepadanya dan kepada orang yang tidak menunaikan hajatnya.
Ketahuilah bahawa melihat diri lebih daripada orang lain seperti mendapat anugerah kekayaan, anak yg cerdik dll akan membawa kepada maksiat batin.
Bila Allah bg kesempurnaan mk kita jaga elok2. Bila Allah beri ilmu, kekayaan dll hendaklah kita gunakan kepada perkara yg diredhaiNya.
Ia adalah sifat kecelaaan yg ada dalam hati.
-Seorang ulamak menyatakan, “Jangan pisahkan lidah kamu daripada kejahilan & kebodohan.” Ia dapat elakkan diri dari membesarkan diri dan bersifat ujub.
Kita banyak keaiban. Allah tutup keaiban kita.
Kita banyak keaiban. Allah tutup keaiban kita.
Salah satu cara untuk hilangkan sifat takkabur ialah hisabkan diri kamu.
Membesarkan diri juga adalah sebesar-besar maksiat yang tersembunyi. Ia adalah maksiat batin yg sukar dibuang.
Bagaimana utk meredakan maksiat batin:
-Banyakkan beristigfar;
-Banyakkan selawat kpd Nabi saw; &
-Banyakkan zikir
Dalam masa yg sama kita banyakkan menuntut ilmu.
-Banyakkan beristigfar;
-Banyakkan selawat kpd Nabi saw; &
-Banyakkan zikir
Dalam masa yg sama kita banyakkan menuntut ilmu.
-Firman Allah dlm surah Az-Zummar, ayat 72: “Maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong (takkabur) ialah neraka Jahanam.”
Iblis dikeluarkan dari syurga kerana ia tidak mahu sujud kpd Adam bila diperintah Allah.
-Sabda Nabi saw (Hadith Qudsi): “Ketinggian itu selindangku. Dan kebesaran itu kain Ku. Maka sesiapa yg mencabut dan merebut dpdKu salah satu dpdnya, nescaya Aku campakkannya ke dalam api neraka Jahanam dan Aku tiada peduli.”
Selindang itu bererti sifat Allah.
Ia menghalang kita dpd kekusyukan dan mengerjakan kebajikan.
-Kibria itu meninggikan atas yg lain dgn melihat kemuliaan bagi dirinya mengatasi orang lain.
-Azmah (ujub) itu keadaan sesuatu pd dirinya itu mulia, sempurna dan terkaya.
Maka yg pertama [kibria(membesar diri)] itu lebih tinggi dpd yg kedua [ujub], kerana ia kesudahan bagi ujub. Kerana itu dimisalkan yg pertama dgn selindang & yg kedua dgn kain yg dipakai di pinggang.
-Makna Hadis ini ialah, bahawa kedua-dua sifat ini ketentuan bagi Allah Taala. Tiada patut kedua-duanya melainkan bagi Allah Taala. Maka sesiapa yg membesarkan dirinya maka seolah-olah ia merebut sifat tuhan, maka wajarlah ia dilemparkan ke dlm api neraka.
Jadi kita kosongkanlah diri kita daripada sifat-sifat mazmumah.
-“Jgn kita sembahyang umpama kpd dua tuhan.”
Ia besarkan tuhan dan dirinya sendiri.
Ia berzikir tetapi ia besarkan dirinya.
Ia besarkan tuhan dan dirinya sendiri.
Ia berzikir tetapi ia besarkan dirinya.
-Saidina Aishah menyatakan Nabi saw sanggup melaparkan diri utk mendekatkan diriNya kepada Allah
Jika seseorang itu mempunyai sifat membesarkan diri maka ia telah mengambil sifat Allah. Maka layaklah ia dilempar ke neraka.
-Sabda Nabi saw: “Dan tiada memasuki syurga seseorang yg ada di dalam hatinya seberat biji sawi dpd perasaan membesarkan dirinya.”
Ilmu adalah makanan rohani.
Jika guru adalah seorang yg riak maka ia akan lahirkan anak murid yg riak.
Jika guru adalah seorang yg riak maka ia akan lahirkan anak murid yg riak.
Membesar diri itu adalah paling dicela oleh syarak.
Merendah Diri Kelakuan Dipuji:
-Melaksanakan apa yg Allah suruh dan meninggalkan apa yg Allah larang.
-Sabda Nabi saw: “Allah tiada menambah pada seseorang hamba dgn sebab memaafkan kesalahan orang lain melainkan kemuliaan dan tiada seseorang yg merendah diri kerana Allah Taala melainkan Allah Taala meninggikannya.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg meninggalkan pemakaian pakaian yang elok kerana merendah diri bagi Allah Taala pada ketika ia mampu atasnya, nescaya Allah Taala menyeru kepadanya pada hari kiamat atas kepala sekalian makhluk hingga ia diberi pilih daripada mana-mana “hullah iman” yang hendak dipakainya.
-Dikehendaki dengan menyeru atas kepala sekalian manusia dan Allah bermegah-megah dengannya dan makna “hullah” ialah dua helai kain yang baharu (selindang dan kain yang dipakai dipinggang).
-Antara perkara utama yg boleh membawa kpd membesarkan diri:
1. Kebanggaan kpd keturunan
2. Kecantikan / keelokan
3. Kekuatan yg banyak
4. Kekayaan yg banyak
5. Ilmu yg tinggi
1. Kebanggaan kpd keturunan
2. Kecantikan / keelokan
3. Kekuatan yg banyak
4. Kekayaan yg banyak
5. Ilmu yg tinggi
Allah tidak memberikan sesuatu melainkan kpd yg Allah kasih.
-Bagi memperbaiki hati, Nabi saw menyuruh kita:
1.Lazimkan diam dpd berkata-kata yg sia-sia
2. Lazimkan serah diri kita semata-mata kepada Allah
3. Perbanyakkan tawaduk. Jangan besarkan diri
4. Zuhudkan kamu daripada dunia.
Jangan hati berpaut kpd dunia. Biar kekayaaan & kedudukan kita menjadi wasilah untuk dekatkan diri kepada Allah.
1.Lazimkan diam dpd berkata-kata yg sia-sia
2. Lazimkan serah diri kita semata-mata kepada Allah
3. Perbanyakkan tawaduk. Jangan besarkan diri
4. Zuhudkan kamu daripada dunia.
Jangan hati berpaut kpd dunia. Biar kekayaaan & kedudukan kita menjadi wasilah untuk dekatkan diri kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment