Monday, 7 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (10/2019): JANGAN BERSANGKA BURUK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Dato’ Sam.


●Pendahuluan
-Syukur kita dpt menunaikan solat. 
Kita jgn melalaikan solat dgn melewat-lewatnya atau lambat datang berjemaah.

-Surah Al-Ma’un, ayat 4-5: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.”
-Jika seseorang itu lalai dalam solatnya, maka dia akan berlari ke hulu ke hilir untuk minta syafaat kpd para Nabi. Semua Nabi tidak dpt memberi syafaat kecuali Nabi saw.
-Nabi saw bersabda: “Siapa yang meninggalkan solat fardhu maka aku berlepas diri daripada mendapat jaminan ku.”
-Justeru jangan kita tinggalkan solat. Pastikan isteri & anak-anak serta keluarga kita mendirikan solat. Termasuk juga anggota di bawah kita dan jiran tetangga kita.
-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya yang memisahkan antara seorang Islam yg musyrik dan seorang Islam yg kufur adalah solatnya..”
-Kita pakailah pakaian yg cantik-cantik bila ke Masjid/Surau.
“Wahai anak Adam, datanglah kamu ke rumah Allah dengan pakaian yang cantik & indah.”

-Bila solat berjemaah maka hendaklah kita datang awal dan ambil saf pertama.
-Para Malaikat berdoa dan mengaminkan doa-doa kita.

Jangan Kamu Bersangka Buruk:
-Surah al-Hujuraat, ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
-Justeru janganlah kita mencari-cari kesalahan orang.
-Jangan kita bergurau-gurau perkara-perkara yg tidak betul. Jika tidak dimaafkan maka ia akan kembali kpd kita.
-Sabda Nabi saw: “Tidak seseorang yang menuduh seseorang itu akan kefasikan melainkan tuduhan itu kembali kepadanya jika ianya tidak benar.”
-Sebab itu Islam melarang keras utk kita menuduh seseorang itu sebagai fasikh.
-Ia satu kesalahan yg besar. Jika tidak sempat minta maaf maka banyak soal jawab kita di akhirat kelak.
-“Jika seseorang kata kepada seseorang lain, “wahai kafir” jika didapati ia tidak betul maka ia mungkin kembali kepadanya, jika ia tidak memaafkannya.”
Justeru dalam setiap doa kita, kita meminta dielakkan dari bersangka buruk.
-Mata, telinga,mulut kita sering melihat, mendengar dan berkata-kata perkara tidak sepatutnya kita dengar, lihat dan berkata-kata.
-Hadith Nabi saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari: “Seorang lelaki telah bertemu dengan Nabi saw dan bertanyakan kepada baginda saw tentang hal seorang wanita yg banya solatnya, puasa, sedekah dan amalan-amalannya yg lain. Tetapi ia selalu menyakiti hati jirannya dan orang lain dengan kata-katanya. Maka sabda Nabi saw,di akhirat kelak tempatnya adalah di neraka. Kemudian lelaki tersebut bertanyakan pula hal seorang wanita yg sedikit puasa, sedekah dan amalan-amalannya yg lain. Tetapi perempuan itu tidak pernah sakiti hati jiran dan saudara maranya. Maka Nabi saw bersabda bahawa di akhirat kelak tempatnya di syurga.”
-Tiga kategori jiran:
Jiran dengan orang yg beragama Islam
Jiran dengan orang kafir
Jiran dengan saudara mara

Ketiga-tiga jenis jiran tersebut mempunyai hak-haknya. Kita jangan sakiti jiran kita.
-“Engkau ketahuilah bahaya lisan. Satu cara utk menyelamatkannya ialah bercakap yg baik-baik.”
-Kita jangan bertengkar sesama Islam terutamanya di rumah Allah.
-“Belum betul iman seseorang itu sebelum hatinya lurus. Untuk hati lurus ,maka perlu luruskan percakapannya.”
-Maka hendaklah kita jaga lisan kita. Kalau tidak boleh jaga lisan, maka kita diam sahaja.
-Seorang itu tidak masuk syurga jika lisannya menyebabkan jirannya sakit hati.
-Saidina Muaz pernah bertanya pada Nabi saw adakah sebab lisannya seseorang itu akan diazab. Maka kata Nabi saw, manusia yg tidak menjaga lisannya akan diterlengkupkan mukanya di padang Masyar.”
-“Wahai lidah, katakan yg baik sahaja. Sesunguhnya kamu akan mendapat menafaat.”
-Jadi jika kita tidak mahu terlibat dalam percakapan-percakapan yang tidak bermanafaat maka kita tinggalkan.
-Nabi saw pernah tinggalkan satu perbualan kerana tidak mahu bercakap perkara yg tidak sepatutnya.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa menahan lisannya, Allah berjanji akan menutup segala keburukan dan keaibannya. Allah akan melindunginya daripada siksaan.”
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa beriman dan percaya kepada hari akhirat maka hendaklah ia diam dan bercakap yg baik-baik.”
-Bila kita jaga mulut, maka syaitan sukar untuk mengacau kita.
Kita jaga silaturrahim.

-Hari-hari kita jangan lupa solat sunat taubat & istigfar.
Allah Maha menerima taubat hambaNya.

-Sabda Nabi saw: “Bahawasanya Allah menerima taubat hambaNya selagi nyawanya belum sampai ke kerongkongnya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment