السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 29 Mei 2020 / 6. Syawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
Sumber: Tafsir surah An-Nisa, ayat
1-2.
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ
وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru
berlalu jadi asbab keredhaan Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan
berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan
janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu
makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya
(yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”
HURAIAN:
-Allah telah menyatakan bahawa
manusia adalah dari yang satu. Allah lah yang menciptakan manusia bermula
dengan Nabi Adam as.
-Allah memerintahkan manusia untuk
bertaqwa dan ingatkan bahawa mereka adalah bermula daripada ciptaanNya yang
satu.