Sunday, 10 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (31/2019): HIDUP ANTARA BERKAT DAN ISTIDRAJ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 8 Feb 2019/3 Jamadilakhir 1440H (Jumaat) oleh Ustaz PU Ustaz Azihal.


●Pendahuluan
-Syukur kerana kita diberi rezeki menjadi tetamu Allah dan bersama-sama dalam majlis ilmu. Betapa ramai di luar sana tidak berkesempatan untuk berada di rumah Allah.
-Semoga kita sentiasa dikurniakan ketenangan dengan mengikut sunah dan akhlak Nabi saw.
Kita mudah untuk beribadat dan mendekatkan diri kpd Allah adalah kurniaan Allah.

Keluarga yg bahagia adalah keluarga yg sentiasa mengikut akhlak Nabi saw. Di campakkan rasa kasih sayang dan ketenangan.
Semoga kita menghargai peluang masa utk beramal sementara jasad dan roh masih bersama.

-Manusia yang dapat kemuliaan di sisi Allah adalah manusia yang dapat bersama Nabi saw di mana jua Nabi saw berada di hari kiamat.
-Kita tidak ada upaya dan kekuatan tanpa izin Allah. Siang & malam, hujan & panas, kaya & miskin, sihat & sakit, setiap daun yg gugur semuanya berlaku dengan izin Allah.
Semuanya daripada Allah.

-Moga kita terhindar daripada sifat sombong, riak dan segala sifat mazmumah. 
Semua miliknya Allah. Maka sentiasalah rasa rendah diri dan berserah pada Allah.

Berbeza dengan orang yg mempunyai sifat sombong.
Maksud sombong ialah orang yg menolak kebenaran dan merasa tinggi diri daripada orang lain.

Nabi saw menyatakan bahawa tidak masuk syurga orang yg mempunyai sifat sombong dalam dirinya walau pun sekelumit.
-Surah Al-Nahl, ayat 97: “Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang berkat (baik) dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.”
-Demikianlah kehidupan, ialah adalah memilih antara yang baik dan jahat.
Kehidupan ini adalah antara syurga dan neraka

Hidup ini singkat tetapi manusia suka berlumba-lumba untuk berbuat kufur.
-Orang yg hidupnya berkat ia amanah (tidak khianat), pemurah (bukan bakhil), hidup tenang (bukan kelam kelibut), sabar, suka membuat kebajikan, dll.
-Keluarga yg berkat adalah keluarga yg mendekatkan kepada Allah. Kesibukan kerja & kehidupan harian tidak halang kita datang ke rumah Allah.
-Jiwa yang terpaut kepada rumah Allah adalah jiwa yang bahagia & tenang.
Semoga nikmat ini berkekalan sehingga akhir hayat kita.

-Jadi kita perlu tahu antara berkat dan istidraj.
Berkat:
~Berkat bererti:
Bertambah rezeki.
Bertambah kebajikan
Rezeki yg sedikit tetapi cukup
Bertambah kebaikan
Bertambah ketenangan
Bertambah kebesaran jiwa

Dikurniakan keluarga (isteri/suami & anak-anak) menjadi Penyejuk mata hati.
Istidraj:
Mengikut Ibnu Qassim, Allah membuka banyak pintu dunia, pangkat, harta, darjat dll. 
Allah berikan rezeki tetapi ia semakin jauh dpd Allah. Semakin kurang kasih sayang dan timbang rasa.

“Bersabarlah kerana dengan bersabar itu ada berkat”
Maka bila kita bersabar maka Allah permudahkan. Kurniakan anak-anak yg baik dan soleh, diberikan ketenangan, banyak perkara yang sukar jadi mudah.
-Surah Qaf, ayat 9: “Dan Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (barakah), lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.”
-Surah Qaf, ayat 10: “Serta pohon-pohon tamar yang tinggi lampai, yang mengeluarkan mayang berlapis-lapis, lagi lebat putiknya.”
~Dan daripada langit Allah turunkan air yg mempunyai berkat. Tumbuhan yg kering kontang tumbuh hijau. Yang kemudian menjadi makanan manusia.
-Surah Al-Araf, ayat 96: “(Allah berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
~Dan sekiranya penduduk satu negeri itu beriman kpd Allah, maka sudah tentukan diturunkan keberkatan di negeri itu.
Kenapa kita yg solat lima kali sehari tetapi masih ada tidak percaya pada janji Allah.?
Kenapa kita suka berharap kepada makhluk. Memohon dan memintalah kpd Allah. Kalau berharap kpd makhluk maka kita akan kecewa.
Istidraj:
Sabda Nabi saw: “Apabila engkau melihat Allah memberi seseorang hamba dgn nikmat dunia yg banyak dan dalam masa yang sama ia berbanyak membuat maksiat, maka itulah istidraj. Kemudian Nabi saw membacakan ayat al-quran Surah An-Am, ayat 44:”Kemudian apabila mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami pun melimpahkan semua pintu kemewahan dan kesenangan kepada mereka, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)

Kisah Syakhlabah yg miskin sebagai pengembala kambing telah minta Nabi saw utk doa supaya ia jadi kaya. Mulanya Nabi saw menolak dpd mendoakannya tetapi selepas kali ketiga, Nabi saw mendoakannya.
Asalnya sebelum kaya sentiasa melazimi ke masjid dan selalu jumpa Nabi saw. Bila sudah berjaya maka ia lupa. Bila diminta untuk membayar zakat ia menolak & kufur.
Banyak yg kita lihat ada yang mempunyai harta yang banyak ttp tidak solat, buat maksiat, tidak berbuat taat, itu adalah istidraj.
Sekarang Roh dan jasad kita masih bersama. Mk kita masih hidup. Satu hari ia akan berpisah. Pd satu hari kita akan dimandikan dgn mandian yg terakhir dan dipakai baju yg terakhir.
Di mana kita tdk tahu, brp ramai yga solat kan kita..kita tdk tahu

Kebahagian di dunia adalah juga mempengaruhi kehidupan di alam barzakh. Kita beramal di dunia untuk bekalan di akhirat.
Bila kehidupan kita berkat, maka kita tidak tewas kepada dunia.
Kita tidak tinggalkan akhirat untuk keuntungan dunia yg sedikit.

-Surah Al-Araf, ayat 182: “Orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami kelak akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan) menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.”
-Orang yg mendustakan ayat-ayat Allah ialah orang yg hidup mengejar kemewahan.
Bila telah sanggup mendustakan perintah Allah maka sanggup langar perkara yang diharamkan, sanggup sakiti ibubapa, khianat dengan amanah yang diberi, dll.
-Surah Al-Shams, ayat 7-10: “Demi jiwa (manusia) dan penyempurnaan (kejadiaannya). Maka Allah mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya: Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya.”
-Semoga kita terus berbuat baik dengan semua orang. Terus istiqamah untuk berbuat kebaikan dan kebajikan.
Dalam kehidupan kita, hendaklah kita jujur dengan Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 7 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (30/2019): SUDAH BERSIAPKAH KITA UNTUK BERTEMU ALLAH SWT?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Jamek Kluang, Johor: 1 Feb 2019/26 Jamadilawal 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Azahari.

●Pendahuluan
-Kematian kita adalah pertemuan kita dengan Allah.
-Surah Al-Sajdah, ayat 14: “Maka rasalah azab kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.”
-Surah Al-Sajdah, ayat 15: “Sesungguhnya yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap takbur.”
-Lalu dikatakan kepada manusia dan jin yang lupa kepada hari akhirat, terimalah azab sebab kelalaian kamu.
-Kebanyakan manusia sibuk dengan urusan dunia mereka menyebabkan mereka lupa membuat persiapan pertemuan dengan Allah maka rasakanlah azab yang kekal disebabkan apa yang kamu kerjakan.
-Kubur menyeru kita setiap hari. Bila melalui kubur maka berilah salam kepada ahli kubur.
-Kubur adalah rumah kita yang gelap.
-Maka terangkanlah kubur kita dengan amalan tahajud/solat malam dan membaca al-quran.
-Kita akan berada seorang diri di kubur kita. Maka kita bacalah al-quran untuk menemani kita.
-Amalan dan kebajikan yang kita buat di dunia ini akan membantu kita dalam kehidupan yang gelap & berseorangan di alam barzakh.
-Justeru, berhijrahlah kita ke arah yg lebih baik. 
Moga kita mendapat pengakhiran yang husnul khatimah.

-Allah Maha Menyayangi Hamba-HambaNya yang soleh.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (29/2019): KALAULAH MANUSIA TAHU KELEBIHAN AZAN, TAKBIR ULA', DUDUK DI SAF PERTAMA, SOLAT SUBUH DAN ISYAK BERJEMAAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 6 Feb 2019/1 Jamadilakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Mohd Ikhsan bin Rosli.

●Pendahuluan
-Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinnya kita diberi kesempatan untuk kita terus beribadat kepada Allah. Semoga ia menjadi dorongan dan bukti ketaqwaan kita kepada Allah.
-Nama yg paling disukai dan dicintai oleh Allah, yang pertama Abdul..dan keduanya Abdul Rahman. Nama yang baik ialah nama yg mempunyai sifat kepujian dan penyembahan. Banyak nama dikaitkan dengan nama-nama Allah kerana Allah sahaja yang layak disembah.
-Sesungguhnya di hari kiamat nanti, kamu akan dipanggil dengan nama kamu semasa di mukabumi. Maka perelokkan lah nama-nama kamu dan anak-anak kamu.
-Daripada Abu Hurairah ra menyatakan, Nabi saw telah bersabda: “Sekiranya semua orang tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan berada di barisan pertama ketika menunaikan sembahyang berjemaah, pasti mereka semua berebut-rebut melakukannya. Mungkin juga mereka terpaksa mengadakan undian bagi merebut peluang itu. Dan sekiranya semua orang mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang awal ketika sembahyang didirikan, pasti mereka juga berlumba-lumba melakukannya.
Manakala sekiranya mereka mengetahui juga betapa besarnya pahala orang yang mengerjakan sembahyang isyak dan subuh secara berjemaah pasti mereka berebut-rebut melakukannya walau pun dalam keadaan yang sukar.” [HR: Bukhari dan Muslim].

-Imam Nabawi dalam kitabnya ada menyebut kelebihan-kelebihan azan.
Sabda Nabi saw: “Orang yang melaungkan azan adalah orang paling utama pada hari kiamat kelak.”
Sabda Nabi saw: “Doa yang dihajatkan antara waktu azan dan iqamah adalah tidak ditolak.”

-Perkataan “kalau” dalam hadith di atas ialah satu perkataan yang mempunyai maksud unsur-unsur penyesalan. Iaitu kita rasa bersalah atas apa yang kita lakukan.
-Dalam al-quran ada banyak disebut tentang penyesalan oleh orang-orang kafir/kufur kerana kekufuran mereka di dunia.
-Bila mana kita telah berumur/meningkat umur dan bila mana kita tidak tekun beribadat sewaktu muda maka kita rasa penyesalan.
Maka kita kata kalau lah diberikan peluang untuk muda semula maka nescaya ia akan memperbanyakkan amalan baik serta berbuat banyak kebajikan.

-Nabi saw menyatakan bahawa jika kamu ditimpa musibah, janganlah kamu kata “kalau”. Katalah bahawa itu adalah ketentuan Allah maka itulah yang terbaik. Kita redha atas setiap ketentuanNya.
Menggunakan perkataan “kalau” akan membuka ruang untuk syaitan memperdaya manusia. Perkataan kalau mendedahkan kita kepada hasutan syaitan.

-Ayat “Kalaulah manusia “mengetahui”
Lawan kepada “mengetahui” ialah jahil. Kita perlu belajar ilmu untuk tahu.

-Apakah nilai masa pada kalangan ulamak?
Imam Malek, Imam Syafie, Imam Ahmad Hambal, Imam Hanafi, dll mereka menggunakan masa dan umurnya untuk menggali ilmu dan menyebarkannya kepada ummah terutamanya dalam bentuk penulisan kitab.
Mereka mempunyai ketekunan tinggi dalam ilmu. Mereka menjadi tokoh dalam masyarakat & ummah.
Semua umur mereka dihabis untuk agama Allah.

-Kejahilan adalah satu malapetaka.
Surah al-Hujurat, ayat 6: “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Kejahilan terbahagi kpd tiga:
1. Jahil ilmu
2. Jahil ikhtikad
3. Jahil perbuatan

Ilmu adalah kunci kepada ketaqwaan kita kepada Allah.
Kelebihan Azan:
Tidak semua manusia mengetahui azan dan kelebihannya.

-Azan adalah syiar dpd syiar-syiar Islam.
-Nabi saw menyatakan bahawa orang yang azan (muazzim) adalah orang yang diberi amanah.
-Sebaik-baik perbuatan adalah mengajak manusia kepada Allah.
-Nabi saw menyatakan, ampunkanlah dosa-dosa muazzim atas kesalahannya.
-Orang solat kerana takut kepada Allah bila mendengar azan dilaungkan maka ia akan dijamin syurga.
Di akhirat kelak, di wajah muazzin ada tanda-tanda cahaya keimanan.
Apakah kelebihan berada di Saf pertama:
-Sabda Nabi saw: “Sesungguh Allah dan Rasul memuji dan mendoakan orang yang berada di saf yang pertama.”

-Seorang ulamak menyatakan bahawa ia tidak pernah solat berjemaah dibelakang kaki/punggung orang selama 50 tahun.
Kelebihan Takbir Ula’:
-Sembahyang di awal waktu amat dicintai Allah.
Banyak kelebihan takbir ula’.

-Nabi saw bersabda: “Orang solat berjemaah dengan takbir ula yang pertama maka Allah berikan kepadanya dua pelepasan iaitu pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat munafik”
-Tanda-tanda munafiq bila ia bangun solat ia malas, bila berjanji ia mungkiri, bila diberi amanah ia tidak laksanakan (khianat), dll.
-Dalam satu hadith, Nabi saw menyatakan orang yang bersolat malam secara berjemaah selama 40 malam berturut-turut maka ia akan diberi pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada sifat-sifat munafiq.
Maka manusia yang tahu kelebihan takbir ula maka ia akan berlumba-lumba utk bertakbir dengan imam.
Dan apabila seorang itu tahu kelebihan solat isyak berjemaah maka ia akan berlumba-lumba datang untuk berjemaah.
Munafik terbahagi kepada dua iaitu munafiq aqidah dan munafiq amal.
-Demikian juga kelebihan solat subuh.
Orang yang datang awal ke masjid/surau dan ia menunggu untuk solat berjemaah didirikan maka ia mendapat banyak kelebihan. Ia lebih baik daripada solat malam.

Semua kelebihan yang dinyatakan (kelebihan azan, duduk saf pertama, takbir ula, solat isyak berjemaah dan solat subuh berjemaah) maka manusia beriman sepatut berlumba-lumba datang ke masjid walau pun dalam keadaan merangkak (sukar).
Semoga kita diberi kesempatan untuk mendapat kelebihan-kelebihan yang disebut oleh Nabi saw tersebut.
Q&A:
Q:Apakah adab duduk dalam majlis ilmu

A: Di zaman Nabi saw, para sahabat duduk mengadap hingga bertemu lutut.
Peristiwa Jibril datang duduk berdepan dengan Nabi saw dengan bertemu lutut boleh menjadi contoh adab dalam menuntut ilmu.

-Bila menuntut ilmu kita hendak mendapat keberkatan. Kita perlu santuni guru kita dan saling mendoakan.
-Jika guru tidak selesa dengan keadaan duduk kita maka hendaklah diperbaiki.
-Selagi guru dan murid selesa dalam kedudukan satu majlis ilmu maka ia dikira sebagai baik & beradab.
Majlis ilmu adalah majlis yang banyak keberkatan dan diturunkan rahmat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (28/2019): BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Kluang, Johor: 1 Feb 2019/26 Jamadilawal 1440H (Jumaat).


●Pendahuluan
-Allah yang mencurahkan ilmu kepada umat manusia. Ianya disampaikam kepada Nabi saw yang kemudiannya menyampaikannya kepada para sahabat r.a dan seterusnya para ulamak dan kemudianya kepada kita semua.
Ilmu itu adalah ilmu yg bermanafaat. Dengan ilmu maka kita dapat terus meningkatkan ketaatan, kehambaan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
-Kita perlu saling menasihati dan sama-sama berbincang/bermuzakarah untuk mendapat keberkatan dan kefahaman ilmu serta untuk kita beramal dengannya.
-Kita sentiasa dianjurkan untuk sentiasa (melazimi) berada dalam jemaah/kumpulan orang Islam untuk perkara-perkara kebaikan dan saling berkasih sayang.
-Hendaklah kamu berada dalam umat yang mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran/kemaksiatan.
-Kita dipilih untuk berada dalam majlis ilmu untuk menerima kelebihan sebagai insan yang berilmu.
-Tanda-tanda ahli syurga boleh kita nampak. Iaitu antaranya bila seseorang itu dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang menjuruskan dirinya kepada api neraka. Sebaliknya ia sentiasa mengerjakan ketaatan kepada Allah.
-Apabila seseorang itu diselamatkan daripada api neraka, ianya adalah satu kejayaan yang terbesar buat manusia yang beriman.
-Surah al-Sajdah, ayat 11: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan);”
-Surah Al-Sajdah, ayat 12: “Dan (sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin;”
-Jadi di akhirat nanti baru mereka yang fasik & engkar menyesal.
-Bila sudah di alam akhirat sudah terlambat walau pun ada yg meminta untuk dibalikkan ke dunia bagi membuat amalan baik.
-Kita perlu berusaha beramal sekarang, sewaktu ada kesempatan hidup di dunia ini.
-Kita dengar dan kita buat. Kita telah ditunjukan jalan-jalan ke syurga.
-Banyakkanlah membaca kalimah syahadat semata-mata kerana Allah. Jangan amalan dibuat kerana dunia, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
-Sesungguhnya kita semua hendak menjadi ahli syurga.
-Allah menunaikan segala yang dikehendaki oleh hambaNya.
-Kamu tanyalah ahli zikir sebelum kamu benar-benar mengetahui ilmu zikir.
-Orang yang ahli zikir ia tahu sebenar-benarnya ilmu ketauhidan kepada Allah.
Ia sentiasa nampak perlunya untuk ia terus membuat ketaatan kepada Allah dan meninggal kemungkaran/kemaksiatan.

-Seseorang ahli zikir ia akan terlalu sayang kepada amalan ibadatnya (solat berjemaah, solat tahjud, solat dhuha, puasa, dll) dan sentiasa untuk mengikuti sunnah Nabi saw.
-Orang ahli zikir juga akan sentiasa meningkatkan amalan/ibadatnya; solat, haji, puasa, sedekah, dll.
Ia sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah. Sentiasa menghargai setiap denyut nadi yang masih ada.

-Ahli zikir ia tidak sombong. Ia tahu bahawa segala yang ada adalah milik Allah.
Walau pun kita banyak ilmu, harta, pangkat, kesihatan, dll semuanya adalah sementara. Ia adalah milik mutlak Allah.
Semuanya pinjaman & amanah Allah kepada kita.

-Jika kita bersifat sombong maka zikir kita tidak membawa kebaikan kpd kita.
-Kita hendak zikir yang kita lakukan membawa kita kepada sifat zuhud dan hati kita sentiasa cenderung kepada Allah.
-Jangan kita biarkan hati kita berpenyakit dan lalai kepada Allah.
-Sesungguhnya al-quran itu menjadi penyembuh.
Orang yang ahli zikir akan dikurniakan ketenangan kepada hatinya.

-Untuk berkesan zikir kita, maka hendaklah kita rajin untuk berada di majlis ilmu. Sentiasa rajin untuk berbuat kebaikan.
-Surah Al-Nisa, ayat 14: “Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas syariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, ia kekal di dalamnya, dan baginya azab yang amat menghina.”
-Surah Al-Nisa, ayat 36: “Dan beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membangga-banggakan diri.”
-Surah Al-Nisa, ayat 37: “Iaitu orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan kurniaan Allah yang telah diberikan kepada mereka. Kami telah menyediakan bagi orang kafir itu azab yang amat menghinakan.”
-Orang yang beriman itu suka untuk berzikir.
Selepas solat jangan terus bangun. Lazimkan untuk terus berzikir.

-Surah Al-Ahzab, ayat 35: “Sesungguhnya para lelaki dan wanita yang beragama Islam, yang beriman, yang tetap dalam ketaatan, yang benar, yang sabar, yang khusuk (kepada Allah), yang bersedekah, yang berpuasa, yang memelihara kehormatannya dan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.”
Kita sentiasa hendak mendapat makfirah daripada Allah.
-Allah telah beri jaminan bahawa dosa sebanyak mana pun akan diampunkan jika seseorang itu banyak berzikir dan bertaubat. Balasannya adalah syurga.
-Amalan yg kita buat adalah usaha dan ikhtiar kita untuk mendapat keampunan dan mendapat balasan nikmat syurga.
-Ilmu itu perlu kita cari. Dengan ilmu barulah kita takut kepada Allah.
-Orang yg menjauhi daripada mengingati Allah ia adalah orang yang menjerumuskan dirinya kepada siksaan api neraka.
-Neraka wail lah orang yang keras hatinya, iaitu yang tidak hendak mengingati dan engkar perintah Allah.
-Zikir dapat selamatkan diri kita daripada melakukan syirik kepada Allah. Kita dekatkan diri kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 6 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (27/2019): BACAAN HADITH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Asar@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 5 Feb 2019/30 Jamadilawal 1440H (Selasa).

Sabda Nabi saw:”Seseorang yg tidak ada sebahagian pun al-quran dalam hatinya umpama rumah yang ditinggalkan kosong.”
Huraian Hadith:
Rumah yang kosong akan didiami syaitan dan jin. Justeru hati yang tidak hafal al-quran akan dipenuhi syaitan. Ia jauh daripada rahmat Allah.

Rumah-rumah yang tidak dibacakan al-quran maka rumah akan jadi “sempit”. Syaitan akan byk mendiami rumahnya. Sebaliknya rumah banyak dibacakan ayat-ayat al-quran akan dirahmati. Syaitan akan menjauhi rumah itu.

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (26/2019): SIFAT TAQWA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor:

3 Feb 2019/28 Jamadilawal 1440H (Ahad).


●Pendahuluan
-Surah An-Nisa ayat 85: “Sesiapa yang memberikan syafa’at yang baik (bertepatan dengan syara’) nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafa’at yang buruk (bertentangan dengan syara’), nescaya dia akan memikul beban (dosa) daripadanya. (Ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah An-Nisa, ayat 87: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Dia pasti akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada keraguan terjadinya. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”
-Surah ali-Imaran, ayat 102-105, Allah terangkan sifat orang bertaqwa.
Surah Ali-Imran, ayat 102:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu ( mati dalam keadaan beragama) Islam.”
Surah Ali-Imran, ayat 103:
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu, lalu menjadilah kamu, karena nikmat Allah, orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
Surah Ali-Imran, ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Surah Ali-Imran, ayat 105:
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa (azab) yang berat.”
-Orang bertaqwa ia:
i. Ada kebaikan dalam dirinya.
ii. Berbicara untuk kebaikan di dunia dan di akhirat
iii. Dikurniakan kesempurnaan, kebajikan, kebahagian dan kemenangan oleh Allah
iv. Diberikan rahmat
v. Dikurniakan kasih sayang Allah.
-Taqwa adalah pesanan utama daripada Allah semenjak mula kehidupan manusia di dunia lagi.
-Orang yang bertaqwa akan taat kepada perintah Allah.
Suran An-Nisa ayat 131: “Allah jualah Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Sesungguhnya Kami telah memerintahkan kepada orang yang diberi kitab sebelum kamu, dan juga (memerintahkan) kepada kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. (Ingatlah) adalah Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
-Orang yg bertaqwa akan membaca al-quran dan mengamalkan apa yg diperintahkan.
Al-quran menceritakan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, alam barzakh dan hari akhirat (syurga & neraka).
-Taqwa menjadi pendinding yg teguh untuk menyelamatkan kita di dunia & akhirat.
Allah sentiasa bersama orang yang bertaqwa.
-Dalam sifat taqwa terdapat kebahagian dan ketenangan yg kita hendak.
-Bila kita diuji dgn tersekatnya rezeki, kecewa terhadap sesuatu, dll maka hendaklah ia menyemak semula sifat taqwa dalam diri kita.
Semak hubungan kita kpd Allah.
-Taqwa itu amat penting dan perlu kita zahirkan.
-Allah memberikan banyak kurniaan dan kebaikan kepada kita. Maka kita syukurilah.
-Kita perlu meletakkan pergantungan kita kpd Allah secara total & mutlak.
-Allah sentiasa bersama dgn orang yg memelihara dirinya dpd kejahatan.
Bila kita dekat dgn Allah maka kita jauh daripada syaitan.
Taqwa dapat disimpulkan sebagai melaksanakan perintah Allah dan tinggalkan yg dilarang. Sentiasa mentaati dan berserah kepada Allah.
-Bertaqwalah kpd Allah, maka Allah mengajar kamu. Allah akan menambah ilmu kepada kita kerana ketaqwaan kita.
-Bila belajar dan berilmu maka kita mampu membezakan mana yg hak dan mana yg bathil.
-Taqwa boleh menebus kesalahan dan menyucikan segala dosa kita.
Al-Anfal, ayat 29: “Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan bagi kamu pembeza (antara yang benar dengan salah) dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampuni (dosa-dosa) kamu. Allah (sememanhnya) mempunyai limpah kurniaan yang besar.”
Allah akan kurniakan kita dengan kurniaan yang besar bila kita bertaqwa.
Kita akan selamat daripada azab api neraka Allah.
“Ya Allah jauhi kami dpd azab kubur dan neraka jahanam..”
Surah Maryam: “Allah yg memberi keputusan...Allah selamatkan daripada api neraka bagi orang bertaqwa.”
Surah al-Talaq ayat 2-3:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (۳) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah ﷻ maka Dia ﷻ akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak tidak disangka.”
-Barangsiapa yg bertaqwa kpd Allah maka Allah akan kurniakan jalan keluar dari kesulitan. Allah akan beri rezeki dpd sumber yg tidak diduga”
Ayat 4: “Dan siapa yg bertaqwa maka Allah permudahkan segala urusannya.”
Ayat 5: “Dan sesiapa bertaqwa kepada Allah maka Allah hapuskan kesalahan-kesalahannya dan diberikan ganjaran yang besar.”
Orang yg bertaqwa akan di lapangkan dadanya dan dikurniakan rezeki daripada jalan yang tidak di duga.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (25/2019): SOLAT BERJEMAAH - FADHILAT TAKBIR ULA'


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Jamek Kampung Melayu, Kluang, Johor Darul Takzim: 3 Feb 2019/28 Jamadilawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azahari.

●Pendahuluan
-Surah Yunus, ayat 85: “Lalu mereka berkata, “Kepada Allah jualah kami bertawakkal. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.”
-Surah Yunus, ayat 86: “Selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.”
-Semoga kita dapat membezakan:
Yang betul dan yang salah
Yang baik dan yang tidak baik
Yang bathil dan yang hak

-Hendaklah kita sentiasa:
Menjaga syahadat
Menjaga iman
Buat peningkatan dalam iman
Buat peningkatan dalam amal soleh

-Mereka yang bersabar, beriman dan beramal soleh maka Allah dengan rahmat dan rahimNya akan mengampun segala dosa kita di dunia dan dikurniakan hasanah.
-Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Walau pun dosa kita sebanyak buih di laut akan di ampunkan sekiranya kita benar-benar bertaubat.
Solat Berjemaah:Takbir Ula’:
Di manakah takbir Ula?
-i.Apabila imam takbir, kita terus takbir.
Iaitu takbir ula berada dalam takbirratur ihram
-ii. Takbir ula’ sebelum imam membaca surah-alfatihah
-iii. Takbir ula’ sebelum imam habis membaca al-fatihah
(Iaitu takbir ula’ paling lambat sebelum imam habis membaca al-fatihah)

Orang yg mengangkat takbir di salah satu tiga tempat tersebut di atas mendapat takbir ula’.
Kelebihan Orang Mendapat Takbir Ula’:
-Antara fadhilatnya:
1. Lebih baik dpd 1000 kali haji
2. Lebih baik dpd 1000 kali umrah
3. Tiap-tiap rakaat umpama ibadat selama setahun
4. Lebih besar daripada sedekah emas sebesar Jabar Uhud
5. Dilepaskan/dimerdekakan daripada api neraka dan dosa munafik
6. Tidak dikeluarkan hujung hayatnya melainkan ditunjukkan syurga
7. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab
(Doa dalam pusingan tawaf yg kedua).
“Masukkanlah kami dalam syurga tanpa hisab.”

Rahmat Allah untuk hambaNya amat besar. Begitu besarnya kurniaan fadhilat amalan sedikit yang dibuat dengan ikhlas dan istiqamah.
Perbendaharaan Allah tidak pernah berkurang dengan banyaknya kurniaan rahmat kepada hamba-hambaNya

-Amat malang bagi orang yang tidak mendapat takbir Ula’.!
Q: Mana yang lebih utama antara membuat solat sunat tahiyatul masjid berbanding solat sunat rawatib bila waktu iqamah sudah hampir tiba.
Q: Bila seseorang masuk masuk ke masjid, ia boleh terus buat solat sunat rawatib dan ia niatkan juga solat sunat tahhiyatul masjid. (Rujuk kitab:..). Jika kita masuk ke masjid & ketika itu solat jemaah telah hendak didirikan maka terus sahaja berjemaah. Kita dapat juga pahala solat tahiyatul masjid.
Dirikanlah solat, ia akan mencegah kamu daripada kemaksiatan.
Solat itu adalah khusuk
Solat itu mengetahui akan ia bahawa kita sedang mengadap dan berkata-kata kepada Allah.

Q: Apakah keutamaan saf pertama
A: Saf berjemaah yang utama adalah saf yg pertama di sebelah kanan. Nabi saw menyatakan bahawa jika seorang itu tahu kelebihan berjemaah di saf pertama, kedua dan seterusnya, maka ia akan berebut-berebut dan sanggup mencabut undi untuk mendapat saf di hadapan.
Justeru, siapa yang datang awal, maka pergi lah ke saf hadapan. Bila bilal iqamat maka boleh terus didirikan jemaah dengan membuat saf secara tertib dan teratur.
-Orang yg berilmu binasa bila ia tidak beramal dengan ilmunya.!
Surah al-Baqarah: “~Hendak yang berilmu beramal dengan ilmunya..”
-Surah al-Imran, 133: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.”
-Maka hendaklah kita menjadi orang yg bertaqwa.
-Sebelum mendirikan solat subuh & solat-solat yang lain sementara menunggu iqamat hendaklah kita banyakkan beristigfar. Mohon keampunan daripada Allah. Kita tidak sunyi daripada membuat dosa. Sifat manusia penuh dengan kelalaian & kelemahan.
Maka hendaklah kita jaga solat berjemaah kita. Kita datang ke masjid/surau awal supaya kita mendapat takbir ula’.
Semoga kita sentiasa menjadi orang yg bertaqwa demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

-Pakailah pakaian yang cantik bila kita ke masjid.
-Bila datang ke masjid jangan tergopoh gapah atau berlari.
(Jika kita makmun yang masbuk, kita tidak mendapat takbir ula’).

A: Apakah yang menyebabkan kita perlu membuat sujud sahwi
Q: Bila kita tinggal sunat-sunat ab’ad kita perlu melakukan sunat sahwi.
Orang yg hendak buat sujud sahwi, ia baca tahiyatt akhir dalam keadaan duduk spt duduk tahiyat awal. Kemudian di akhir bacaan tahiyat akhir itu niat utk sujud sahwi. Sujud sahwi dibuat dua kali. Selepas itu baru bagi salam.

Jika solat berjemaah, bila imam buat sujud sahwi maka makmun wajib ikut. Jika tidak ikut mk solat makmun batal.
Q: Bilakah berakhir waktu haji
A: Waktu haji berakhir pada subuh 10 Zulhijjah. Walau bagaimana pun dengan rahmat Allah kita mendapat pahala haji bagi ibadat2 yg dibuat selepas hari ke-10 Zulhijjah.

Surah al-Mulk ayat 1: “Maha Tinggi dan Maha Suci Allah Yang Menguasai segala pemerintahan (dunia dan akhirat) dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah al-Mulk, ayat 2: “Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.