السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 31 Dec 2018 / 24 Rabiulakhir 1440H (Isnin) oleh Ustaz Adzuan Hafiz Hj. Ahmad.
●Pendahuluan
-Syukur kerana memilih utk berada di rumah Allah & berada di majlis ilmu pada mlm terakhir 2018.
Semoga kita dijauhkan dpd gejala negatif.
Bukan bermakna kita yg terbaik ttp kita telah dipilih oleh Allah utk kita buat kebaikan dan berada di tempat yg baik.
Sambutan tahun baru bermula 4,000 thn yg lalu dan juga 2,000 thn sblm masihi. Di mulakan di zmn Rome.
Pada masa itu hanya 10 bulan shj (204 hari). Kmdn masa pemerintah Rome bernama Raja Romerus telah ditukar kpd 12 bulan kalender Georger masihi.
Nama-nama bulan diambil dpd nama-nama tuhan mrk. Januari..dpd nama tuhan Janus..Februari..dpd Februarios..
Kmdn datang Juliaus Caeser..ia cantikkan kalender.
Sambutan thn baru dijadikan sbg ritual2 keagamaan, pesta ria dll.
Sekarang umat Islam telah terikut-ikut dgn cara sambutan yg dibuat oleh mereka.
Salahkah Ustaz?..bila kita sambut tahun baru & buat countdown.
Hukum Sambutan Tahun Baru:
Di sini ada fatwa yg diberikan oleh Mufti WP:
-Kebanyakan ulamak menyatakan sambutan tahun baru adalah haram. Ini adalah berdasarkan hadith Nabi saw: “Sesiapa yg meniru dgn sesuatu kaum maka ia termasuk ke dalam kaum itu.”
Dari zaman para Nabi tidak ada yg sambut tahun baru masihi.
Haram bagaimana?
Hukum Pertama: Haram.
-Ia adalah haram mutlak. Tidak ada ilah.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yg menolong perkara maksiat/mungkar/kejahatan walau pun setengah kalimah, ia juga mendapat saham maksiat/mungkar/kejahatan.”
Kemudian berlaku ikhtilat, iaitu berlaku percampuran lelaki & perempuan.
-Maka jgn kita bersubahat dgn maksiat.
Minuman arak menjadi hidangan utama mlm sambutan thn baru di disco2, night club dan di tapak2 pesta.
-Surah al-Isra’: “Jangan engkau ikut atas perkara yang engkau tidak tahu. Sesunguhnya pendengaran kita, penglihatan kita dan kecenderungan kita semuanya akan dipertanggungjawabkan.”
-Jadi sambutan tahun baru haram kerana:
i. kita menyerupai/meraikan unsur keagamaan lain
ii. menghidupkan syiar tahun baru.
iii. Menzahirkan kebanggaan kita kpd sambutan ritual agama lain
iv. Menampakkan kekurangan orang Islam. Sebenarnya banyak program keagamaan yg boleh dilakukan
v. Unsur maksiat, lagha & membazir masa.
Tiup lilin adalah ritual bagi orang agama majusi.
Hukum Kedua: Harus.
-Harus Untuk Menyambut Sambutan Tahun Baru.
-Ianya harus bila majlis/program sambutan tidak ada Ilah2 kemaksiatan & tidak mendatangkan kemudaratan.
-Ia mungkin telah menjadi kebiasaan yg dibuat oleh sesuatu kaum. Maka hendaklah tidak bertentangan dengan syariat.
-Tidak ada unsur maksiat
-Dibuat dgn roh Islam.
-Tidak ada pembaziran
-Tidak melewatkan solat
Dunia semakin tua. Maka kita perbanyakkan membuat amalan kebajikan.
-Apa yg kita boleh buat sempena sambutan baru ialah kita ambil buku/kertas dan kita buat catatan apa yg kita buat utk tahun baru 2019.
-Boleh catatkan apa usaha kita utk tingkatkan amalan, istiqamah utk baca al-quran, untuk bersedekah setiap hari (buat tabung sedekah subuh di rumah), untuk perbanyakkan berpuasa sunat, bersedekah, membantu ummah, sebarkan ilmu dan pelbagai kebaikan yg lain.
-Tanda-tanda kecil akan semakin dekat kiamat telah banyak. Maka hendaklah kita sedar kehidupan semakin singkat. Jangan kita bazirkan masa kita kepada perkara yg tidak berfaedah dan kemaksiatan.
Sabda Nabi saw: “Setiap amal perbuatan bermula dengan niat.”
-Maka kita mulakan azam tahun baru ini dengan niat untuk membuat banyak kebaikan. Semoga kehidupan kita semakin diredhai dan kita makin dekat kpd Allah.
Nasihat Imam Ghazali kpd anak muridnya: “
1. Waktu itu adalah kehidupan.
-Waktu kehidupan yg digunakan utk kebaikan adalah modal kita.
“Dikira Allah berpaling daripada seorang hambaNya bila ia disibukkan membuat perkara-perkara yg tidak berfaedah.”
-“Seandainya satu saat dpd umurnya digunakan bukan utk tujuan kehidupan akhirat maka panjanglah penyesalannya.”
-Bila telah mati, ada di kalangan manusia yg meminta kpd malaikat utk balik ke dunia. Utk meningkatkan amalannya.
-Jika setiap waktu digunakan ke jalan Allah maka banyak bekalan yg akan dibawa ke akhirat kelak.
2. “Sesiapa yg umurnya telah lebih dpd 40 tahun tetapi kejahatannya masih lagi melebihi kebaikannya maka bersiaplah utk dimasukkan ke api neraka.”
Semoga kita diberi kerahmatan dan kebaikan di dunia & akhirat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment