Saturday, 29 December 2018

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (76/2018): BEKALAN BERTEMU TUHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 26 Dec 2018 / 22 Rabiaulakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Muhammad Islah bin Soleh.

●Pendahuluan
-Semoa kita berusaha utk menyediakan bekalan utk menuju ke hari akhirat.Jgn kita semata-mata fokus kpd bekalan umur tua shj.
-Ramai di kalangan kita terlalu memikirkan bekalan hari tua berbanding bekalan akhirat.
-Bila kita telah telah berumur lanjut maka hendaklah kita berdoa utk kita mengurangkan kecintaan kita kpd dunia.
-Sesungguhnya, Allah tidak akan melewatkan atau mengawalkan walau pun sesaat ajal kita.
-Maka jgn kita leka. Jgn bila kita telah berumur lanjut kita semakin bertambah kecintaan kpd dunia.
-Marilah kita membuktikan kesyukuran kita kpd Allah dgn meningkatkan amalan & ibadat. Kita usahakan untuk mendapat kenikmatan dalam amalan dan ibadat kita.
-Bila kita kembali semula ke pangkal jalan, ia di umpamakan kita suka berjumpa semula benda bernilai yg hilang. Kita bersyukur bila kita mendapat bimbingan & petunjuk dpd Allah.
Bagaimana untuk kita meningkatkan Ibadat kita?
(a). Timbulkan dalam hati kita tentang kekhuatiran bhw ibadat yg telah kita lakukan belum ada jaminan bhw Allah telah terima ibadat kita.
-(i) Pertamanya, kita perlukan pastikan bhw ibadat itu ikhlas kerana Allah dan benar dibuat ikut Nabi saw.
-Ikhlas perlu kita jaga dan dipupuk. Kita jgn beribadat kerana orang atau berpura-pura. Jika kita tidak ikhlas dalam amalan, maka amalan kita umpama debu yang tidak bernilai.
-Ikhlas itu dapat diumpamakan gula dlm air. Ia tdk nampak tetapi kita boleh rasa manisnya.
-Utk ikhlas kita perlu pengorbanan. Kita lawan hawa nafsu & godaan syaitan.
-Jgn kita buat amalan spt sedekah utk mdpt sanjungan & kemasyuran. Ingin dikenali sbg dermawan dll.
-Di akhirat, Allah akan panggil beberapa golongan. Antaranya golongan dermawan. Mk bila ditanya Allah kpd orang yg dermawan apakah yg dilakakukan dgn harta benda kekayaannya maka ia nyatakan bahawa ia banyak memberi sedekah dan berderma. Maka Allah nyatakan kpdnya bahawa sesungguhnya kamu menipu. Kamu melakukannya semata-mata utk mdpt nama dan kemasyhuran sbg orang dermawan. Maka amalannya ditolak oleh Allah. Ia tidak bernilai langsung.
-Ingatlah bhw Allah lebih mengetahui apa yg ada dlm hati kamu.
Maka perkukuhkan rasa keikhlasan dan ketaqwaan kita kpd Allah.
-(ii) Keduanya, utk diterima amalan, amalan kitalah biarlah amalan benar.
Amalan kita perlu ikut apa yg ditunjukkan olh Nabi saw. Jgn kita terpesong dlm amalan kita.
(b). Bimbangkan dlm diri kita bhw walau pun kita beramal dgn ikhlas dan benar ttp ia belum ada jaminan bhw amalan kita akan menjadi pemberat kpd neraca timbangan kita.
-Ini disebabkan bila mana kita tidak menjaga hubungan sesama manusia. Segala amalan kita diambil oleh orang yg kita “berhutang” kepadanya.
-Hutang kpd manusia ada dua. Iaitu hutang harta dan hutang maruah.
-Justeru hdklah kita selesaikan hutang kita semasa di dunia. Jika tidak diselesaikan mk ia boleh membawa kita kpd kemuflisan di akhirat kelak. Kita akan merangkak mencari manusia yg kita “berhutang” untuk membuat penyelesaian.
-Hutang maruah antaranya ialah bila kita buat fitnah, mengaibkan, mengutuk, dll.
-Kita jgn memutuskan silaturrahim sesama Islam. Nabi saw telah memberi amaran bhw tidak masuk syurga orang yg memutuskan silaturahim.
-Nanti di akhirat, ahli neraka apabila melihat buku amalannya akan menyumpah2 dgn keburukan2 yg dicatatkan dlm buku catatannya.
-Di akhirat semua berkira. Di hadapan hanya ada syurga dan neraka. Ibu dan anak serta keluarga juga berkira. Semua saling menuntut antara satu sama lain.
-Di akhirat, utk selesaikan hutang ada dua cara. Di maafkan dan diberi pahala kpd orang dihutangi. 
Selagi belum selesai urusan ini mk tidak boleh utk memulakan melintas titian sirat.

-Maka jika pahala kita telah habis,kita akan menanggung pula dosa2 orang lain yg kita “berhutang”.
-Orang yang paling malang di akhirat ialah bila kita melihat pahala amalan kita berada dineraca timbangan orang lain dan kita menanggung dosa orang lain.
-Maka kita jaga amalan kita sesama insan. Kita pelihara hubungan dan jgn menyakiti orang lain.
-Dalam satu hadith Nabi saw menyatakan seorang wanita yg banyak beribadat ttp menjadi ahli neraka kerana ia tidak menjaga mulutnya. Ia banyak menyakiti orang.
Maka di dunia ini bila kita ada membuat salah dan “berhutang” dgn orang lain kita pergilah memohon maaf. Di akhirat nanti amat sukar utk kita mencari bg memohon maaf. Jgn kita muflis diakhirat kelak
Semoga kematian kita mjdi kematian yg diredhai Allah.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment