#Perkongsian Nota Kuliah (79/2018)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Usrah Nurani@Radio IKIM: 28 Dec 2018 /21 Rabiulakhir 1440H (Jumaat).
Siaran ulangan pada 31 Dec 2018,8.00pg / 23 Rabiulakhir 1440H (Ahad).
Moderator Ustaz Zul Ramli
Naqib: Ustaz
Ustaz Ahmah Ihsan
●Pendahuluan
-Orang yang bijak ialah orang sentiasa menghitung dirinya dan mempersiapkan dirinya untuk hari akhiratnya
-Semoga kita dijauhkan dpd menjadi orang yg tidak mendapat hidayah. Surah Yassin, ayat 9: “Dan kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka, lalu Kami tutup pandangan mereka. Maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
Surah Yassin, Ayat 10: “Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan kepadanya mereka tetap tidak akan beriman.”
-Masa yg berlalu tdk akan dijumpai sehingga hari kiamat.
Orang yg paling bahagia ialah orang yg sentiasa bermuhasabah. Ia sentiasa muhasabah setiap apa yg telah dilakukan.
-Kita telah buat banyak amalan ttp kita perlu terus semak. Adakah kita juga berterusan membuat maksiat.
-Justeru hidup kita ini tidak boleh lari dari muhasabah.
Jgn kita muhasabah bila mana kita menghadapi kegagalan sahaja.
-Bila kita suka check diri kita, maka kita semak kelemahan kita. Ini sebenarnya akan dapat memperbaiki diri kita.
Daripada kita biarkan orang yg menegur kelemahan kita, lagi elok kita kita sendiri sedar kelemahan/kekurangan kita utk dibaiki.
-Kehidupan kita adalah perjalanan, di mana destinasi yg akhirnya ke syurga atau neraka.
-Kita jgn lupa bhw Allah ciptakan kita untuk kita beramal dan mempersiapkan bekalan kita ke alam akhirat yg kekal abadi.
-Adakah cukup masa yg kita ada utk siapkan bekal.?
Jgn kita bazirkan. Jgn ulangi kesilapan2 kita. Kita minta maaf kpd Allah dan manusia atas kesilapan2 kita.
Nabi saw menyatakan, umur umat ku antara 60-70 thn shj.
-Nabi saw bersabda semasa baginda saw memegang belakang Saidina Abdullah Umar r.a yg ketika itu masih kecil. Baginda saw bersabda: lJadikan wahai Saidina Abdullah Umar r.a dunia ini sebagai tempat berdagang semata-mata.”
-Saidina Uthman r.a bila berhenti di satu kawasan perkuburan, beliau menangis lalu beliau berkata; “Di hadapan inilah tempatnya. Jika perjalanannya baik maka baiklah perjalan dihadapannya.”
Kita perlu buka hati dgn seluas-luasnya dlm perhubungan sesama manusia.
Jadi marilah buka hati kita utk melihat semula bagaimana hubungan kita dgn ibubapa, suami/isteri dan anak2 serta semua insan yg lain.
Sejauhmana kita telah menggembirakan orang lain. Adakah senyuman, kata-kata kita, kasih-sayang yg kita beri dapat menggembirakan orang lain.
Hendaklah kita sentiasa buat baik dgn orang dan suka untuk memaafkan orang lain. Doakan doa2 utk kebaikan.
Semak samada keimanan kita bertambah & adakah ilmu kita telah meningkat.
Dengan iman kita akan beramal dan dgn ilmu mk kita dpt beramal dgn betul.
Semoga bekal yg dihasilkan adalah bekal yg terbaik. Cthnya, usaha utk kita mendapat malam Lailatul Qadar. Ini adalah “bonus special” yg Allah berikan kpd kita. Cth yg lain ialah Allah berikan kelebihan beramal pd hari Jumaat.
Semoga iman kita semakin meningkat dan arah tuju kita semakin jelas.
Semak sejauh mana kita ruangkan masa utk mencari ilmu.
Umpamakan keimanan dalam kehidupan itu sbg “kenderaan”. Ilmu itu adalah steeringnya.
Saidina Umar r.a menyatakan, semak dan hitunglah diri kamu.
-Saidina Abdullah Ibnu Umar r.a menyatakan bhw jgnlah kamu tangguhkan amalan kamu. Jika kamu hdk membuat amalan di waktu pagi maka jgn ditunggu sebelah petang utk dilakukan. Jika kamu hdk membuat amalan di sebelah ptg jgn tunggu sebelah pagi utk dilakukan. Bila kita sihat, kita tidak tahu bila kita akan menjadi tidak sihat.
-Kita ingat akan peringatan Allah kpd kita dlm surah Al-Asr “Demi masa! Sesungguhnya manusis itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
-Kita cintai Nabi saw. Ikuti sunnah baginda saw. Usaha tingkatkan amalan dan keimanan kita.
Tidak beriman seseorang itu ketika seseorang itu sdg berzina, mencuri,
-Kita perlu isi hati kita dgn kasih sayang. Samada kita berjumpa/ bergaul dgn orang Islam atau bukan Islam, kita tunjukkan kasih sayang & kemesraan.
Sebagai hamba Allah kita mempunyai kewajipan-kewajipan kita.
Kita semak samada amalan fardhu/wajib kita telah kita tunaikan sepenuhnya. Jika ada kecacatan mk kita perbaiki/qada.
Jika ada masalah hubungan dgn sesama manusia spt berbuat zalim, berhutang atau mengaibkan mk hendaklah kita memohon maaf dan selesaikan. Bila telah selesai di dunia maka akan mudah di akhirat.
Di akhirat kelak, manusia saling mendakwa di akhirat kelak. Suami isteri, ibubapa & anak saling mendakwa.
Kebaikan yg boleh kita lakukan amatlah banyak.
Imam Ghazali menyatakan bhw manusia akan mati sebagaimana ia hidup.
Kubur kita akan menjadi perhentian pertama hari akhirat kita.
Destinasi kita tidak diketahui. Cuma kita mohon kpd Allah utk kita tidak dilalaikan dan kita tidak menzalimi diri kita sendiri.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment