السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Putrajaya: 30 Dec 2018 / 23 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Ahmad Farid.
●Pendahuluan
-Sama2 kita bersyukur kpd Allah atas keizinan dan kesihatan yg diberikan oleh Allah.
-Semoga kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat dpd Allah.
-Syair pujangga Arab ada menyebut: “Seorang penuntut,Ilmu akan mula disembelih bila ia mula bercinta..” Untuk ia mendapat keputusan ‘A’ mungkin ia dapat, tetapi untuk mendapat ilmu sukar.
Kita perlu fokus betul2, baru kita dapat
Hadith Nabi saw:
Daripada Ibnu Abbas, Nabi saw bersabda: “Ada empat golongan manusia yg akan dirindui oleh syurga. Yang pertama, golongan yang sentiasa membaca al-Quran; keduanya, orang yg menjaga lisannya; ketiganya, orang yg suka menjamu orang makan; keempat, orang yg Allah pilih untk berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan.”
Golongan yg sangat dirindui oleh Syurga:
1. Golongan Yang Sentiasa Membaca Al-quran:
-Kita tidak boleh beri alasan utk tidak mendekati al-quran. Jika tidak boleh baca, boleh dengar, boleh tengok, boleh pegang.
-Nabi saw ajar kita baca al-quran pada waktu2 afdhal. Antaranya pada sebelah pagi dan petang baca sural al-Waqiah.
-Ia untuk dimudahkan rezeki. Tetapi jgn kita anggap ia yg memberi rezeki. Ia menjadi asbab utk kita dipermudahkan rezeki. Allah yang kurniakan rezeki kepada kita.
-Kalau hendak Allah permudahkan kita dalam urusan rezeki kita, maka Nabi saw ajar kita utk membaca surah al-Waqiah.
-Kalau hendak Allah permudahkan kita dalam urusan kematian, maka Nabi saw ajar kita utk membaca surah al-Mulk.
-Kalau hendak Allah permudahkan kita dalam urusan alam kubur kita, maka Nabi saw ajar kita utk membaca surah al-Kaffi.
-Rezeki jangan kita faham ianya dlm bentuk harta benda. Dapat lihat isteri/suami & anak2 kita dapat rasa tenang juga adalah rezeki.
Hidup seronok bila hati kita tenang dan otak tidak berserabut.
-Kita hendak urusan hidup kita baik. Maka kita juga hendak urusan kematian dan alam barzakh kita baik.
-Hukum bersilaturrahim adalah wajib. Memutuskan silaturrahim haram. Maka bila majlis bacaan Yaasin mlm jumaat dibuat di masjid/surau, ia elok untuk merapatkan silaturrahim.
-Bila ziarah orang sakit, Nabi saw ajar kita utk baca Surah Ar-Ra’d. Kelebihannya untuk memudahkannya. Kita doakan orang yg saki; Jika sihat itu lebih baik baginya maka minta Allah permudahkan.
Jika kematian itu baik baginya, kita minta dipermudahkan kematiannya.
-Bila rumah ada Jin, maka kita baca surah al-Baqarah atau ayat2 Rukhyah. Jika tidak boleh baca maka pasang audio.
“Ya Allah lindungi ku, anak2 isteri ku, rumah ku, kenderaan ku dari gangguan jin dan manusia.”
-Jika baca al-quran, syurga merindui kita, apatah lagi jika kita hafal dan melaksanakan ajaran al-quran.
2. Orang yg memelihara lisan
-Maka kita jagalah lidah dan percakapan kita. Percakapan/lisan sekarang ini termasuk penulisan di sosial media.
-Jangan suka bercakap/forward perkara yg kita tidak pasti/belum tentu sahih.
-Nabi saw menyatakan bhw baginda saw tidak akan recomend orang yg tidak jaga mulut untuk masuk syurga.
Nabi saw menyatakan, menjaga lisan itu adalah cara terbaik untuk menjauhi diri dpd syaitan.
3. Orang suka menjamu orang makan.
-Orang yg bersedekah dan menjamu orang makan.
Al-Baqarah, surah 261: “Aku akan tambah rezeki untuk orang yang suka bersedekah..”
Manusia akan miskin jika tidak berzakat/bersedekah.
Walau pun hartanya mungkin tidak berkurang tetapi ia akan miskin jiwa/hati. Walau pun harta banyak, rasa ketidakcukupan dan tidak tenang.
Allah akan berlepas tangan bila seorang itu tdk keluar zakat dan tidak bersedekah. Allah akan datangkan fitnah kpd hartanya.
4. Orang yg Allah pilih untk berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan.
Ya Allah, berikan lah kesempatan untuk ku beramal dibulan ramadah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment