Wednesday, 26 December 2018

PERKONGSIAN NOTAB KULIAH (75/2018): KITAB PENAWAR HATI- FASAL KE-7: PADA MENYATAKAN KASIH KEPADA DUNIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 26 Dec 2018 / 19 Rabiaulakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Hanif Zainol.

Pengertian Dunia & Akhirat:
-Ketahuilah bahawa dikehendaki dgn dunia itu ialah:
1. Setiap apa yg ada di atas muka bumi ini dpd segala yg diingini, segala yg sedap2 & segala mata benda yg diinginkannya oleh nafsu & loba padanya.
Harta & kemegahan itu sebahagian dpd dunia yg merupakan dua macam dpd segala bagai dunia.
2. Atau setiap apa yg tiada memberi manfaat selepas mati.

Dan dikehendaki dgn akhirat itu, ialah setiap yg memberi manfaat slps mati sekalipun ia ada di dlm dunia spt ilmu & ibadat & juga spt makanan yg dapat menolong dalam mengerjakan ibadat.
Dunia bukan tempat utk bersedap2 & mencari kemegahan. Dunia adalah utk mencari akhirat.
Dunia yg dilarang bila kita bersifat takkabur & mencari kemegahan yg bertentangan dengan syarak.
Jika ketinggian & kemulian (spt pangkat, darjat & kekayaan) yg dikurniakan oleh Allah dapat mendekatkan diri kita kpd Allah & kita dapat melaksanakan perintah Allah maka ia adalah diredhai Allah.
Menurut Imam Syafie, tiap-tiap kesedapan yg menolong atas kesedapan beramal utk akhirat adalah dibenarkan oleh syarak. Cthnya kenderaan yg baik utk menuntut ilmu, makanan & pakaian yg elok keselesaan utk beribadat. Ia jd wasilah utk kita menyediakan diri utk akhirat.
Jk kita bersyukur dgn nikmat yg Allah beri maka Allah akan tambah. Jika kufur dgn nikmat yg Allah beri maka kita akan binasa.

Dunia yg tidak menjadi wasilah kepada akhirat maka ia menjadi kepala kepada segala kejahatan. Akan rosal amalan zahir & batin kita.


Tercelanya Dunia Di Sisi Syarak:
-Dan kasih kpd dunia itu suatu kelakuan yg dicela oleh syarak & kepala bagi segala kesalahan.

Firman Allah: “Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.”
-Tiga golongan yg tidak akan dapat bau syurga, selama 500 thn:
Orang yg minum arak;
Orang yg berzina; &
Orang yg derhaka kpd ibubapa

Justeru, hendaklah kita jadikan dunia ini sebagai wasilah kpd akhirat. Ianya adalah dunia yg diredhai Allah.
Sabda Nabi saw: “Sekiranya dunia itu menyamai di sisi Allah Taala sebelah nyamuk, nescaya tiada dapat meminum daripadanya oleh orang kafir walau pun seteguk air.”
Sabda Nabi saw: “Dunia itu penjara orang mukmin & syurga orang kafir.”
~Orang mukmin menjadikan dunia utk buat kebajikan.

Sabda Nabi saw: “Dunia itu ditinggalkan & dijauhkannya, dan juga ditinggal dan dijauhkannya apa yg di dalamnya melainkan zikir & mengingati Allah & apa yg dikasihi Allah Taala (dpd segala ketaatan) dan orang yg alim dan orang yg belajar ilmu.”
~orang yg alim tetapi tidak beramal dgn ilmunya, ia akan diazab terlebih dahulu dpd yang lain di akhirat kelak.
Dunia Tempat Perhumaan Bagi Akhirat:
-Ketahuilah! Bahawa spt dunia itu dicela, demikian pula dunia itu tempat perhumaan bagi akhirat selagi engkau dapat mengetam di akhirat apa yg engkau tanam di dalam dunia dpd segala amalan yg baik. Dan ia tempat mencari bekalan bagi perjalanan yg sangat panjang iaitu perjalanan ke negeri yg kekal kerana firman Allah Taala:
“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah).”

-Dan tiada binasa melainkan mrk yg dilalai oleh dunia dpd akhirat & dilupakannya olh segala kesedapannya dpd perjalanannya. Seperti seorang musafir di dalam hutan dengan orang ramai, maka ia melihat buah-buahan di dalam hutan itu, maka bersungguhlah ia memakan buah-buahan itu, hingga ia ketinggalan daripada kawannya, maka is sesat dan ia diterkam oleh binatang buas.
Jangan Tertipu Oleh Syaitan:
-Ketahuilah! Bahawa sesiapa yg badannya berlumuran dengan dunia dan hatinya masih kosong, dia menyangka dia bersih daripadanya, nescaya ia telah ditipu oleh syaitan, kerana:
Sabda Nabi saw: “Hanya sesungguhnya bandingan orang yang mempunyai dunia itu seperti orang yang berjalan di dalam air. Adakah mampu orang yang berjalan dalam air itu untuk tiada basah kedua tapak kakinya.”

-Saidina Ali r.a berkata “Yang halal daripada dunia itu sebab bagi dihisabkan (diperiksa) pada hari kiamat dan yang haram daripadnya itu sebab bagi siksa dengan api neraka.”
-Dan diriwayatkan bhw Nabi Isa a.s melihat duni pada rupa seorang perempuan yg tua yg sangat hodoh yg memakai berbagai perhiasan. Maka ia bersabda kpd perempuan itu: Berapa orang kah suami yg engkau telah berkahwin dengan mereka? Maka dunia itu menjawab: Tiada dapat aku menghitung mereka. Maka ia bersabda lagi: Adakah mereka menceraikan mu atau mereka itu mati daripada mu? Maka ia berkata: Aku punahkan sekalian mereka. Maka Nabi Isa a.s bersabda lagi: Aku hairan bagi suami engkau yg masih tinggal, bagaimana mereka tiada mengambil teladan dengan sekalian suami engkau yg terdahulu?
-Utk kita menjunjung perintah Allah, hendaklah setiap yg kita lakukan adanya muafakat dari segi zahir & batin (kerohanian).

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment