Saturday, 29 December 2018

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (77/2018): MINGGU 5-RUKUN HAJI TAWAF


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Asas Haji 1440H Bil 5/2018 (Musim Haji 1440H): Dewan Syeikh Daud Al-Fatani, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya: 29 Dec 2018 / 22 Rabiulakhir 1440H (Sabtu).
10.00 - 12.00 tgh.

Rukun Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting/Bercukur
12. Tertib pada kebanyakan rukun

Wajib Haji:
2. Niat di Miqat
3. Larangan ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.

Tawaf Dan Pengertiannya:
-Tawaf->Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh (7) pusingan dengan syarat-syaratnya.
Syarat-Syarat Sah Tawaf:
-Suci dpd Hadas
-Suci badan/pakaian/tempat tawaf dpd najis
-Menutup Aurat
-Bermula pd sudut Hajarul Aswad & berniat tawaf jika tawaf Wada’/Sunat/Nazar
-Menjadikan Baitullah di sebelah kiri & berjalan ke hadapan
-Mengelilingi Kaabah tujuh (7) kali dgn yakin
-Berjalan bertujuan Tawaf


Jenis-Jenis Tawaf:
-Tawaf Rukun (haji atau umrah)
-Tawaf Qudum
-Tawaf Tahiyat Al-bait
-Tawaf Sunat
-Tawaf Nazar
-Tawaf Wada’

Sunat-Sunat Tawaf:
-Berjalan kaki
-Beridtiba’ bagi tawaf diiringi dengan Sa’ie (Lelaki)
-Melakukan Ramal (berlari anak) bagi tawaf yg diiringi dgn Sa’ie (lelaki) 3 pusingan pertama
-Istilam Hajarul Aswad & mengucupnya/Istilam rukun Yamani & Tidak mengucupnya
-Membaca zikir & doa
-Berturut-turut 7 pusingan
-Tawaf dgn khusyuk & tawadhuk
-Solat sunat tawaf

Niat Tawaf:
-Disyaratkan melafazkan niat Tawaf bagi tawaf berikut:
1. Tawaf sunat
2. Tawaf nazar
3. Tawaf Wada’
4. Tawaf Tahiyat Al-Bait
5. Tawaf Qudum (semata-mata ziarah Makkah bukan tujuan haji atau umrah)

Lafaz niat Tawaf:
“Ya Allah aku hendak tawaf Baitullah Al-Haram tujuh keliling tawaf......(yang berkaitan) maka permudah dan terimalah daripada ku kerana Allah.”

Nota: Tidak disyaratkan berniat tawaf bagi Tawaf Umrah, Tawaf Haji dan Tawaf Qudum (bagi melakukan haji Ifrad atau Qiran).
Wuduk Semasa Di Tanah Suci:
-Hukum Asal: Bersentuhan lelaki dengan perempuan yg halal nikah tanpa lapik batal wuduk.
-Namun ada Rukhshah bermaksud: Keringinan yg Allah berikan kpd umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah, masyaqqah atau haajah
-Azimah bermaksud: Suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Contoh: Wajib berwuduk semasa tawaf dan solat
-Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi’e masyhur kpd pendapat Syafi’e yang Marjuh iaitu tidak batal berwuduk jika berlaku persentuhan lelaki & perempuan tanpa Syahwat dalam Masyaqqah dan Haraj spt kesesakan di tempat tawaf dan lainnya.

Pendapat Ini Diguna Pakai Ketika:
1. Bermula dari keluar bangunan penginapan seterusnya hingga ketika di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi

2. Ketika berada dlm keadaan Masyaqqah seperti menaiki pesawat atau bas sepanjang tempoh mengerjakan haji/umrah sahaja
Sah diguna pakai utk tawaf & sebagainya selagi wuduk tidak terbatal mengikut mazhab Syafi’e. Contohnya spt keluar angin dpd Qubul atau Dubur.
Nota: Bersentuh yg tidak batal dgn syarat ia tidak menaikkan syahwat.

Perhatian: Jemaah Hji Hendaklah Berhati-hati Dengan Najis yang Terdapat:
1. Selipar yg dibawa bersama selipar tawaf
2. Anak kecil berlampin
3. Pakaian yg bernajis
4. Tahi burung yg jatuh semasa tawaf

Aurat Lelaki Semasa Tawaf:
1. Aurat lelaki antara pusat
2. Jemaah lelaki juga dikehendaki menutup bahagian ata tubuhnya sbg menjaga adab.
3. Idtiba’ (pemakaian ihram yg menampakkan bahu kanan). Hendaklah ketika dalam tawaf yg diiringi dengan Sa’ie sahaja. Beridtiba’ apabila hendak memulakan tawaf sahaja. Jangan beridtiba’ terlalu awal spt di stesyen berlepas, lapangan terbang atau bangunan di Makkah atau Madinah.

Aurat Wanita Semasa Tawaf:
1.Had aurat
2. Berhati-hati dgn perkara ini:
-Bawah dagu
-Pergelangan tangan
-Anak rambut di muka
-Stokin (tebal)
-Anak rambut di kawasan telinga/berhati-hati jika memakai kacamata
2. Aurat (tidak semasa tawaf)
-Mengikut hukum biasa

Antara Kesalahan Tawaf:
A). Batal Tawaf:
1. Terbuka aurat dgn sengaja
2. Menyentuh Kaabah/kelambunya termasuk Syazarwan
3. Terbatal niat spt sibuk mencari kawan (sehingga terlupa ia sedang bertawaf)
4. Menyentuh atau memasuki Hijr Ismail
5. Tidak yakin tawaf 7 pusingan tanpa menambahnya utk menyakinkannya.
6. Belum cukup tujuh pusingan, kemudian terus bercukur dan Sa’ie. kerana dibimbangi ditinggal oleh isteri/suami/kawan

B). Makruh tawaf tetapi tidak batal tawaf
1. Makan/minum semasa tawaf
2. Bercakap (percakapan yg kurang sopan) semasa tawaf
3. Baca doa dengan nyaring
4. Bercakap menggunakan telefon bimbit
5. Melakukan ramal (berlari anak) dalam semua pusingan
6. Menahan kentut, membuang air kecil, membuang air besar

Perhatian: Kaedah Sambung Jika Terbatal Tawaf:
1. Boleh disambung (pusingan yg terbatal sahaja) di tempat pusingan terbatal tawaf
2. Yang afdhal dibuat semula pusingan tawaf yg terbatal bermula di rukun hajarul Aswad

Tawaf/Sa’ie Dengan Cara Menggunakan Kerusi Roda:
1. Jemaah yg disorong dan menyorong di kira mendapat pusingan tawaf /sa’ie secara bersama (2 dalam 1).
2. Hukum ini berbeza dgn tawaf dan sa’ie secara mendukung/mendukung hanya dikira seorang sahaja yang terhasil.
Nota: Bagi perempuan dan yg tidak sihat boleh meletakkan niat “berisyarat”. Ini kerana akan berlaku kedatangan haid sebelum sempurna tawaf dll.
~Arafah itu Akbar.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment