#Perkongsian Nota Kuliah (80/2018)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 29 Dec 2018 / 22 Rabiaulakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Nik Kamarudin bin Haji Yunoh
●Pendahuluan
-Semoga kita menjadi manusia yg lebih baik daripada yg terbaik.
-Allah memuliakan bani Adam. Bani Adam ini termasuk yang Islam dan bukan Islam.
-Pada satu peristiwa Nabi saw bangun daripada duduknya apabila lalu satu usungan mayat orang bukan Islam di hadapan baginda saw.
-Nabi saw bersabda “Sesungguhnya Allah memuliakan Bani Adam.”
-Justeru jika ada mayat Islam atau bukan Islam ditemui di tempat awam maka hendaklah kita uruskan sebaiknya.
Sekiranya mayat yg ditemui itu tidak ada waris yg menuntutnya dan didapati tidak ada tanda-tanda yg ia bukan seorang Islam dan ia berada dlm negara Islam, maka ia boleh diuruskan sebagaimana jenazah orang Islam.
Jadi tidak ada kesalahan bagi menguruskan jenazah orang bukan secara Islam dlm keadaan kita tidak tahu. Sekiranya kemudiannya diketahui ia adalah bukan Islam dan ada waris yg menuntutnya maka diserahkan kpd mereka.
Bagaimana utk menjadi manusia yg terbaik:
1. Orang yg mengajar dan belajar al-quran.
-Sabda Nabi saw:
“Sebaik2 di kalangan kamu ialah yg belajar al-quran dan mengajar al-quran.”
Zikir yg paling baik ialah al-quran.
Nabi saw bersabda elokkan bacaan al-quran dengan suara-suara kamu.
2. Menjaga akhlak dan adab.
-Bagi kita hendak menjadi baik, kita perlu menjaga akhlak dan adab.
-Tidak guna kita mempunyai kekayaan, pangkat dan darjat yg tinggi sekiranya kita tidak beradab & berakhlak.
-Insyallah kita akan dimuliakan bila kita berbuat baik dan berakhlak sesama manusia wp kita tidak mempunyai kekayaan dunia.
-Ingatlah bahawa sehebat mana kita, kita pastikan berharap kepada pertolongan orang lain. Yang pasti orang lain yg akan menguruskan jenazah kita kelak: memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikan jenazah kita.
Maka perlulah menjaga perhubungan sesama manusia.
Maka hendaklah kita menjaga akhlak sesama insan.
3. Mengembalikan hutang dengan lebih.
-Manusia yg baik juga adalah orang yg membayar hutang secara yg baik.
-Bila kita bayar hutang, ia bayar melebihi apa yg dihutangi. Ini bukan bermakna ianya satu riba. Ia dibuat dengan sukarela, iaitu tidak perjanjian utk membayar lebih.
4. Orang yg diharapkan kebaikannya dan tidak ada keburukannya.
-Sebaik-baiknya orang itu ialah orang yg diharapkan kebaikannya.
-Orang mengharapkan kebaikannya dan tidak ada keburukan daripadanya.
Sunnah Berpakaian Nabi saw (samb.):
-Umumnya, hukum berpakaian terbahagi kpd lima, iaitu wajib, sunat, haram,makruh dan harus.
Wajib: Pakaian yg menutup aurat
Sunat: Pakaian Warna putih, yg indah
Haram: Pakaian yg ketat, tidak tutup aurat
Makruh: Pakaian yg dipakai utk menunjuk-nunjuk kekayaan spt jubah yg dilabuhkan, dll.
Harus: Apa jua pakaian selain yg empat di atas.
Pakaian Nabi saw:
-Hadith Nabi saw:
Ummu Salamah r.a menyatakan pakaian yg paling dicintai oleh Nabi saw ialah khomis. Ianya adalah sejenis pakaian berjahit, berlengan panjang & luas dan labuh.
Nabi saw suka pakaian yg dinamakan khomis.
Hadith Nabi saw:
“Aku bertemu saw bersama kabilah...untuk berbaiah. Pd ketika itu jahitan khomis baginda saw terbuka. Maka aku memasukkan tangan ku ke dalam khomis Nabi saw, maka aku nampak khotamah khuah (tanda kenabian)..”
Nota: Para sahabat sememangnya berusaha utk mencari kesempatan utk menyentuh tubuh Nabi saw.
-Nabi saw bersabda: “Siapa yg menyentuh tubuh ku atau mana-mana badan ku, maka ia tidak akan disentuh oleh api neraka.”
-Kita tdk dpt menyentuh tubuh Nabi saw, namun kita boleh menyentuh hati Nabi saw. Kita ikuti sunnah-sunnah Nabi saw.
-Nabi saw bersabda:
“Berbahagialah kamu semua bagi kamu yg menengok aku bagi orang yg beriman. Begitu juga berbahagialah bagi yg tidak menengok aku tetapi mereka beriman dengan aku. Bahkan mrk mempertahankan aku. Maka merekalah berbahagia di dunia dan di akhirat.”
Hendaklah kita beriman dengan apa yg dibawa oleh Nabi saw.
Hadith Nabi saw:
“Nabi saw keluar dari rumah baginda saw dgn bersandar kpd Umar bin Zaid. Ada padanya selendang/selempang..”
-Warna kesukaan Nabi saw ialah hijau dan putih.
Nabi saw juga suka memakai tongkat.
-Nabi saw menyimpan janggut dan baginda saw juga menjaga kekemasannya.
-Ambillah mana-mana sunnah Nabi saw untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
-Nota: Nabi saw menampal pakaian kerana pada masa itu kekurangan pakaian. Justeru, pada masa sekarang tidak perlulah kita tampalkan pakaian kita secara sengaja utk dilihat sbg zuhud. Kecuali jika koyak dan masih elok maka kita jahit.
-Allah suka kpd kecantikan dan kekemasan.
-Bila pakai pakaian baru mk kita berdoa:
“Ya Allah segala puji bagi Allah yg memakaikan aku pakaian baru....lindungilah aku..”
●Penutup
Marilah kita beramal utk menjunjung perintah Allah dan Rasulullah saw.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment