السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 27 Dec 2018 / 20 Rabiaulakhir 1440H (Khamis) oleh Ustaz Amran Che Mat.
●Pendahuluan
-Surah Az-Zummar adalah surah di mana Allah membandingkan dua golongan, ahli syurga dan ahli neraka.
Diterangkan dasyatnya neraka dan nikmatnya neraka.
-Surah al-fatihah, “Tunjukkanlah ku jalan yang benar dan lurus..”. Ini diperjelaskan lagi bila kita taddabur surah Az-Zumar.
-Surah Al-Zumar, ayat 18: “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih dan menurut dengan sebaik-baiknya (daripada segi hukum agama); mereka itulah orang yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna.”
-Surah Az-Zumar, ayat 19: “Maka adakah orang yang telah pasti ketentuan hukum azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan dengan berita gembira dengan balasan keimanannya? Sudah tentu tidak)! Oleh itu adakah engkau mampu menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?”
-Surah Az-Zumar, ayat 20: “Tetapi (sebaliknya) orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah. Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-janjiNya.”
-Bila kita mendengar ayat2 Allah maka hendaklah kita dengar dgn teliti.
-Al-Hasanah boleh dilihat dr 2 perkara:
Al-Hasanah~membuat kebaikan
Al-Hasanah~ada perkara-perkara yg paling ptg hdk Allah terangkan kpd kita iaitu perkara tauhid.
Agar kita tidak mensyirikkan Allah.
-Beribadatlah secara mengesakan Allah.
-Bijak mcm mana kita jika tidak berneracakan al-quran mk ia bukanlah orang yg hebat!
-Orang yg baik ialah orang yg mempunyai roh al-quran.
-Kita menjadi ahli syurga atau neraka adalah berdasarkan ikhtiar kita. Kita yg memilihnya.
-Maka hendaklah kita berikhtiar utk ke syurga.
-Ayat al-quran sentiasa menyeru kita utk membuat kebaikan.
Maka kita pilihlah utk beramal spt amalan Nabi saw.
-Kita cenderungkan diri kita kepada amalan2 ahli syurga.
-Bila kita bertaqwa kpd Allah maka kita jaga hukum2 Allah. Ikut perintah Allah.
-Allah tidak sekali-kali memungkiri janjinya. Orang yg beriman & beramal soleh akan dikurniakan syurga dan mahligai yg mengalir sungai didalamnya.
-Dengan kesempatan yg kita ada hendaklah kita berusaha utk mendekatkan diri kpd Allah.
Utk memahami Aqidah, kita pegang kpd 3 dalil:
Dalil Aqli, Dalil Naqli & Dalil Waqli (wahyu).
Hujan mpy 1,000 rahmat. Maka elok berdoa ketika hujan krn ia ada keberkatan.
-Allah turunkan hujan yg menumbuhkan pokok2 dpd bumi yg tandus.
Berbagai jenis pokok yg tumbuh dpd air hujan yg sama. Selepas itu pokok itu akan kuning, jadi kering dan hancur. Ia adalah peringatan utk orang2 yg berfikir.
-Air hujan boleh menyelamatkan bumi. Ada ulamak menyatakan bila ada wahyu al-quran ia akan menghidupkan roh2 yg mati.
-Firman Allah: “Apakah sama orang2 yang Allah lapangkan dengan orang yg Allah tidak buka kpdnya kelapangan.
-Bagi yg tidak beramal,ia menerima balasan buruk.
Kita yakinlah dgn ilmu al-quran
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment