Sunday, 30 December 2018

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (81/2018): HADITH NABI SAW- SIAPAKAH MANUSIA YANG DICINTAI OLEH ALLAH?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Dec 2018 / 20 Rabiulakhir 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Hasbullah bin Othman.

●Pendahuluan
-Doa:
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Cahayakan kehidupan kami dengan Cahaya Ilmu sebagai mana Engkau Cahayakan bumi ini dgn matahari, jauhilah kami dpd kejahilan, kurniakan kami kefahaman ilmu, kurniakan kami kefahaman para Nabi...”

-Bila kita berada dalam majlis ilmu, rahmat banyak di bahagian depan. Maka eloklah untuk kita berada di bahagian depan semasa menuntut ilmu, berbanding duduk jauh-jauh di bahagian belakang.
-Hadith Nabi saw:
Hadith dpd Saidina Abdullah Ibnu Umar r.a (anak kpd Saidina Umar r.a). Beliau bertanya kepada Nabi saw, Ya Rasulullah, siapakah manusia yg paling dicintai oleh Allah. Maka sabda Nabi saw, “manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada manusia.”

-Al-Quran itu melembutkan hati dan memberi sakinah. Kisah Saidina Umar r.a yg menjadi lembut hatinya bila ia mendengar adiknya mengaji al-quran. Seterusnya beliau berjumpa Nabi saw utk memeluk Islam.
-Para sahabt sentiasa bertanya kpd Nabi saw bagi setiap perkara yg tidak diketahui.
-Firman Allah: “Tanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak tahu”

-Sabda Nabi saw: “Akan ada satu zaman nanti, sedikit ilmu dan banyak kejahilan.”
Ya Rasulullah, siapakah manusia yg paling dicintai oleh Allah. Sabda Nabi saw, mereka yang sentiasa memberi manafaat kepada manusia.”


Huraian Hadith:
Untuk kita mengambil tindakan kpd hadith Nabi saw ini, kita perlu sedar apakah tujuan kita dihidupkan di dunia ini.
-Firman Allah: “Jangan kamu sangka Aku ciptakan kamu sia-sia sahaja.”
-Allah cipta manusia sebagai khalifah. “Ditanya Malaikat kepada Allah kenapakah hendak cipta manusia yg akan merosakkan dunia.
Allah berfirman bahawa Aku lebih mengetahui apa yg engkau tidak tahu..”

-Firman Allah: “Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat.”
-Kita boleh beramal ibadat, datang ke surau & hadiri majlis ilmu dll adalah kerana Allah pilih kita.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yg Allah hendak seseorang itu berbuat kebaikan maka Allah akan berikan kepadanya kefakihan (kefahaman) agama kepadanya.”
-Allah akan beri kefahaman agama kpd hambaNya yg dikehendakiNya.
-Kefahaman agama adalah anugerah dpd Allah. Ia adalah nikmat yg diberi oleh Allah kpd kita yg perlu sentiasa kita syukuri.
-Maka kita jadilah hamba yg bersyukur kpd Allah. Bila kita bersyukur maka Allah akan tambah lagi.
Sihat sebelum sakit.
Bila kita tarik sedikit-sedikit nikmat maka akan ada kerugian kpd kita. Apa yg sebelumnya kita boleh lakukan akan hilang dpd kemampuan kita utk melakukannya.
Maka taatlah kpd perintah Allah. Sesunguhnya siksaan Allah adalah amat pedih.

-Allah ciptakan kita utk beribadat. 
Ibadat itu terbahagi kpd ibadat khusus dan ibadat umum. 
Selagi apa jua yg kita lakukan tidak bertentangan dgn syariat mk ia adalah ibadat.

Menuntut ilmu itu wajib bagi semua muslim lelaki dan perempuan. Ia sebahagian dpd ibadat.
-Ibadat khusus yg utama adalah solat. Nabi saw menyatakan bhw perbezaan antara orang Islam dgn bukan Islam ialah solat.
Solat itu tiang agama. Siapa yg dirikan solat maka ia dirikan agama. Siapa yg tidak solat maka ia meruntuhkan agama.
-Solat adalah perkara utama yg akan dihisab di akhirat kelak.

-Jika tidak solat maka akan hilang kesensitiviti kepada tuntutan agama.
-Tujuan kita solat ialah untuk mencegah dpd melakukan perkara2 fasakh (keji) dan mungkar.
-Orang solat ia tidak suka utk buat benda2 kotor. Tidak ada keinginan utk membuat perkara mungkar.
Ibadat Umum:
-Muamalat; Kejiranan~kita jaga perhubungan. Berlemah lembut dan beradab.
-Kita hendak memelihara dan menyambung silaturrahim. 
-Kita jaga akhlak dan adab bila berhubungan sesama makhluk termasuk dgn binatang, tumbuhan dan alam ini.


●Penutup
Maka sama-sama kita perbaiki diri kita.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment