Sunday, 6 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (07/2019): PENGAJIAN KITAB HAYATUS SAHABAH - SAIDINA KHALID BIN SAID AL AS


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 6 Jan 2019/ 28 Rabiulakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Ahmad Farkhan.


●Pendahuluan
-Kita perlu muliakan sesiapa sahaja. Kita jangan pandang rendah kpd orang lain kerana warna kulit, rendah darjat, buruk penampilan, rendah status, dll.
-Orang yg paling mulia di sisi Allah ialah orang yg bertaqwa. Di zmn Nabi saw, orang2 biasa spt Saidina Bilal ra sangat rapat dgn Nabi saw. Tapak kakinya didengari oleh Nabi saw di syurga
-Ilmu itu tidak ada harga. Jika diberi maka diambil, tidak mengapa.
-Kisah Imam Abu Hanifah. Ia menghargai orang yg memberi ilmu kepadanya walau pun dari seorang tukang gunting. 
Kisah Imam Abu Hanifah yg hendak bertahallul & bercukur dgn seorang tukang gunting. Beliau nyatakan, lima ilmu disampaikan oleh tukang gunting kpdnya, iaitu:
i. Tiada bayaran utk membuat kerja agama/beribadat (Iaitu bila ditanya olh Imam Abu Hanifah berapa bayaran utk menggunting rambutnya).Tukang gunting itu kata bhw jika diberi ia akan ambil. 
ii. Semasa bercukur hdklah mengadap kiblat
iii. Mulakan cukur dari kanan kepala
iv. Semasa bertahallul banyakkan berzikir
v. Selepas siap buat sesuatu amal, berdoa dulu dimakbulkan. Jadi slps tahallul ia berdoa.

Sebenarnya Imam Abu Hanifah mengetahui apa yg diajar olh tukang gunting itu. Imam Abu Hanifah sekadar utk berkongsi betapa tingginya ilmu tukang gunting itu wp ia hanya seorang tukang gunting.
-Nota: Usaha2 bathil termasuk antaranya menyekat usaha dakwah, spt tidak bagi berceramah. Usaha menyekat dakwah telah berlaku sejak zaman dahulu lagi spt di zaman Nabi Nuh a.s, Nabi Musa a.s lagi.
-Jadi amat malang jika ada di kalangan kita yg terjatuh dari kalangan yg mewarisi kerja2 yg dibuat oleh Firaun, Abu Jahal dll yg menghalang usaha dakwah.
-Yang memberi manafaat dan memudaratkan ialah Allah.
Jadi kita menafikan apa yg kita nampak dan membenarkan perkara yg.

-Bani Tamin antara Bani yg sgt kuat.
Kisah Saidina Khalid Bin Said Al As:
-Pd satu hari sblm ia masuk Islam, ia bermimpi hendak terjatuh dlm neraka. Bapanya menolak2nya ke neraka. Maka dalam mimpinya itu dtg Nabi saw menyelamatkannya. 
Beliau mempercayai mimpinya, maka slps itu beliau telah berjumpa Saidina Abu Bakar r.a sblm berjumpa Nabi saw utk memeluk Islam.

-Bila Saidina Khalid memeluk Islam mk Nabi saw amat gembira.
-Jadi bila kita buat kerja dakwah maka Nabi saw gembira dgn kita. Allah dan Nabi saw mencintai kita.
-Allah berfirman: “Siapa yg mendapat cinta Aku maka ia mendapat segala-segalanya. Siapa yg tidak mendapat cinta Aku maka ia tidak mendapat segala-segalanya.
-Bila bapa Saidina Khalid yg merupakan pembesar kaumnya dpt tahu anaknya memasuki Islam. Lalu ia telah menyiksanya selama 3 hari , tidak beri makan dan ada yg nyatakan ia ditindihkan dgn batu.
-Slps tiga hari didapati siksaannya tidak berkesan maka bapanya bawa balik Saidina Khalid ke rumah utk ia cuba bincang dgn anaknya secara baik & tidak dgn kekerasan.
Bapanya memujuknya utk ia kembali kpd agama nenek moyang mereka dan meninggalkan agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jika bersetuju maka ia akan memberinya makan. Bila Saidina Khalid masih tidak mahu kembali kpd agamanya mk ia tdk diberi makan oleh ayahnya.

-Saidina Khalid menyatakan kpd bapanya sampai bila engkau hendak menahan aku dari makan. Katanya kpd bapanya, sesungguhnya Allah yg memberinya makan.
Akhirnya, bapanya menghalaunya keluar dari rumahnya. Lalu Saidina Khalid keluar dan pergi kpd Nabi saw. 
Bapanya mengancam anak2nya yg lain utk mrk tdk mengikut Saidina Khalid. Jika ikut ia akan disiksa spt Saidina Khalid.

-Nabi saw telah memuliakan Saidina Khalid beliau datang berjumpa baginda saw.
-Dinyatakan bhw tekanan dan siksaan yg dialami oleh Saidina Khalid ini juga berlaku kpd shbt2 yg lain. Mereka yg di peringkat awal memeluk Islam telah ditindas selama 13 thn. Iaitu dalam tempoh usaha dakwah olh Nabi saw di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah.

-Kemudiannya Saidina Khalid tinggal di Habshah selama 7 thn. Selepas itu ia berpindah ke Madinah.
-Beliau walau pun seorang yg pendiam adalah seorang yg berani. Dlm medan perang ia seringkali berada di barisan depan. Beliau sentiasa bersama Nabi saw berjuang sehingga di saat kewafatan Nabi saw.
-Beliau telah dihantar oleh Nabi saw utk berdakwah di Yaman.
Nabi saw pernah melantik beliau sbg Gabenor di satu tempat di Yaman.

-Nabi saw wafat pd hari Isnin 12 Rabiulawal dan disemadikan pd hari selasa.
Saidina Abu Bakar ra telah diminta jadi Imam beberapa hari sblm baginda saw wafat. Ini diambil olh shbt sbg isyarat utk Saidina Abu Bakar ra utk memimpin umat slps Nabi saw.

-Semasa kewafatan Nabi saw, Saidina Khalid tidak berada bersama Nabi saw.
Selepas mdpt berita kewafatan Nabi saw, Saidina Khalid balik utk memberi pandangan tentang perlantikan khalifah. 
Pada pandangan beliau,memang Saidina Abu Bakar r.a seoranh yg sangat baik ttp ia berpandangan bhw adalah lebih baik jawatan khalifah dilantik di kalangan keluarga Nabi saw atau pembesat Quraish spt Abu Abbas. 
Saidina Abu Bakar ra tdk kecil hati dgn pandangan Saidina Khalid. Bahkan ia sentiasa menyebut kebaikan-kebaikan yh dibuat oleh Saidina Khalid.

Kemudian Saidina Khalid kembali ke Yaman. Setelah beberapa lama, Saidina Khalid telah datang ke Mekah utk berjumpa Saidina Abu Bakar ra. Beliau berbaiah kpd Saidina Abu Bakar ra. Dia kata bhw memang dia lah yg layak jadi Khalifah krn beliau banyak bersama dgn Nabi saw dan begitu banyak sumbangannya kpd Islam.
Dlm satu peperangan, Saidina Khalid tidak dilantik sbg pemimpin tentera Islam. Ianya hasil dpd perbincangan yg dibuat oleh Khalifah dgn para sahabat. Perkara ini telah disampaikan kpd Saidina Khalid dan beliau menerimanya dgn baik.
Di sini kita lihat bahawa berbincang/muzakarah adalah ptg dalam sesuatu perkara besar.
Saidina Khalid syahid di bumi Syam dalam satu peperangan.
Ada lebih kurang 40,000 shbt Nabi saw wafat di Syam.

●Penutup
Kita hargailah siapa sahaja dalam kehidupan kita.
Istiqamah dlm perjuangan adalah ptg.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (06/2019): KULIAH UMUM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 4 Jan 2019/ 27 Rabiulakhir 1440H (Jumaat) oleh SS Dato’ Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

●Pendahuluan
-Orang2 yg bersungguh-sungguh menghafal al-quran mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah.
-Al-quran diturunkan kpd Nabi Muhammad saw utk menjadi panduan kpd orang yg berakal.

-Al-quran mengajar adab-adab dan akhlak yg mulia utk umat manusia.
Sesungguhnya al-quran itu kunci hati, jalan ketenangan dan memberi petunjuk utk kejayaan di dunia & di akhirat.
Al-quran mulia krn ia kalam Allah.
Mk org yg mengajar & belajar al-quran juga mulia.

Al-quran itu kita pelajari umpama mengambil air mata air, selagi kita ambil semakin banyak manafaatnya.
Al-quran itu mjdi petunjuk kpd umat manusia.
Al-quran diturunkan dlm bulan Ramadhan.
Nabi saw amat menyukai ahli al-quran.

Al-quran yg kita baca perlu kita terjemahkan dlm kehidupan kita.
Jgn kita dikatakan bhw seseorang itu baca al-quran ttp dilaknat. Mungkin kita faham ia berlaku bila kita tidak baca dgn betul. Tetapi tafsiran yg lain ialah kita hanya sekadar membaca al-quran ttp kita tidak ikut apa yg diajar olh al-quran. Kita tidak applikasikannya dlm kehidupan kita.
Jgn kita suruh orang buat baik ttp kita sendiri tidak membuatnya.

Allah bukan shj jaga al-quran ttp juga orang yg menekuni al-quran.
Al-quran jadi lampu suluh kehidupan kita. Mka kita tarbiahkan anak2 kita dgn al-quran.
Mk kita beri sokongan dan dokongan kepada usaha & program mencintai dan menghayati al-quran.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (05/2019): TAFSIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Muhibuddin Shah, Ipoh Perak: 3 Jan 2019/ 27 Rabiaulakhir 1440H (Khamis).

●Pendahuluan
-Dalam perjuangan ada kemenangan dan kekalahan.
-Jika mendapat kemenangan ia adalah anugerah Allah. Kemenangan juga merupakan ujian bagaimana menguruskan kemenangan berdasarkan landasan yg ditetapkan oleh Allah.
-Jika mendapat kekalahan ia juga merupakan nikmat bagi sesiapa yg berjuang. Ia menjadi ujian yg menguji kita sejauh mana kita bersabar dalam menghadapi halangan & kepayahan. Dlm surah Al-Asr’, Allah tutup surah tersebut untuk berpesan-pesan dgn kesabaran. Sesungguhnya bagi mengubah sesuatu ke arah kebaikan ia memerlukan perjuangan dan pengorbanan (2P).
-Ada sesetengah daripada kita tidak bertahan dgn halangan/kepayahan dan cepat beralah/berundur dari perjuangan yg dimulakan.
-Bagi sesiapa bersama dalam perjuangan Islam yg menegakkan kebenaran dan menolak kemungkaran bagi kemajuan ummah pasti hadapi halangan dan kegagalan di sebalik sesuatu kejayaan. Kedua-duanya (kegagalan & kejayaan) akan mendapat balasan pahala kebajikan.
Surah Ali-Imran, ayat 165: “Apakah ketika kamu ditimpa musibah (di perang uhud) sementara kalian telah mendapatkan kemenangan dua kali lipat (di perang Badar), kalian pun berkata: “Bagaimana kami boleh kalah? Katakan, “(Musibah kekalahan itu) berasal dari diri kalian sendiri.”
-Surah At-Taubah: “Sesungguhnya Allah telah menolongmu di tempat-tempat yang banyak dan di hari perang Hunain. Ingatlah di saat itu kamu merasa ujub dengan jumlah yang banyak, padahal jumlah yang banyak itu tidak bermanafaat sedikit pun untuk kamu dan menjadi sempitlah bumi yang luas itu bagi kamu dan kamu pun lari ke belakang.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (04/2019): SA'IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKKAN RUKUN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1440H Bil 6 (Musim Haji 1440H): Dewan Syeikh Daud Al-Fatani, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya: 5 Jan 2019 / 28 Rabiulakhir 1440H (Sabtu).
10.00 - 12.00 tgh.

Tajuk: Minggu 6: Sa’ie, Bercukur Atau Bergunting Dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun.

●Pendahuluan
-Bilakah kita Talbiah? Bagi umrah semenjak kita niat ihram sehingga kita mengerjakan tawaf umrah. Bagi haji semenjak niat ihram sehingga selesai Tahalul awal.
-Jangan kita takut dgn bayaran Dam. Segala harta yg kita adalah kepunyaan Allah. Maka kita gunalah buat ibadat kita kpd Allah. Jangan bimbang akan rugi bila berbelanja utk beribadat.
Haji terbahagi kpd 3 kaedah:
-Haji Ifrad: Bila masuk ke Mekah terus berniat utk mengerjakan haji. Bagi haji ifrad ini kita lama utk menunggu utk ke Arafah. Pd 8 Zulhijjah baru pergi ke Arafah. Jk kita sampai ke Mekah 20 hari awal dpd 8 Zuhijjah mk kita perlu menanggung pantang larang ihram haji (i.e 13 perkara) sehingga selesai haji.
Haji Ifrad inilah yg paling sukar berbanding Haji Qiran & Haji Tamattu’. Ia perlu kpd kesungguhan yg tinggi.

-Haji Qiran: Kita berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dgn melaksanakan semua rukun & syarat haji. Selesai haji maka selesailah umrah. Ttp kita perlu bayar dam.
Cara kedua haji Qiran ia mula2 niat utk buat haji Tamattu’ iaitu semasa di Bir Ali ia niat utk buat umrah. Namun bila dah tgh buat umrah di Mekah ia ada halangan utk meneruskan umrah. Maka ia boleh tukar utk buat haji Qiran & ia perlu bayar Dam.
Mengerjakan Haji Tamattu’ kena 1 dam. Mengerjakan Haji qiran kena 1 dam. Wbp hanya perlu bayar satu dam shj.

-Haji Tamattu’: Bila kita masuk shj ke Mekah terus buat umrah. Kita boleh buat umrah beberapa kali, iaitu sebanyak mungkin (pagi & petang).
Bila masuk sahaja 8 Zulhijjah mk terus niat mengerjakan haji. Kita boleh berniat di bilik hotel. Bila niat di hotel maka ia sudah mjdi haji Tamattur’z Haji Tamattu’ kita perlu bayar Dam.

[Haji Ifrad tidak perlu bayar Dam. Haji Qiran & Tammatur shj yg kena bayar Dam].
-Waktu wukuf adalah pada 9 Zulhijjah. Kita lalu di Arafah antara waktu zohor dan maghrib.
Sebaiknya kita berada di Arafah pd waktu siang dan malam.
Boleh buat jamak Tammam bg solat Asar & Zohor. Jika tidak Jamak lg baik. Wbp TH menggalakkan jamak.
Tetapi kita tidak boleh buat jamak &qasar krn kita bukan Musafir.

-Nota: Bilakah kita buat Jamak wp kita tidak bermusafir?
Bagi kerja2 yg kita lakukan ada Mussaqah maka kita boleh buat Jamak Tammam spt seorang Dr yg membuat pembedahan, orang membuat kerja2 kejuteraan di bawah tanah dll. Tetapi jgn dibuat tanpa bersebab.

-Allah ingin melihat kita punya amal. Bersungguh-sungguh atau tidak.
Kadang-kadang kita banyak buat daripada tidak buat.

Apa2 yg kita guna utk beribadat akan mendapat keberkatan.
Bermalam (Mabit) di Muzdalifah:
-Ia bermula slps pertengahan mlm.
-Jk sampai/masuk sblm pertengahan mlm spt pukul 11.45mlm mk masih belum dikira sbg bermalam di Muzdalifah.
Jk telah sampai pd waktu subuh, mk kita boleh bergerak ke kompleks Jamrah pd waktu maghrib 11 Zulhijjah.

-Bila orang2 yg telah buat tahalull awal maka 10 dpd 13 larangan telah tergugur.
Bila terbuat 3 perkara tsbt, damnya berbeza bagi jika ianya dibuat slps tahalull awwal atau sblm tahallul awwal.

Sa’ie, Bercukur Atau Bergunting Dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
-Sa’ie bererti berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syaratnya.
-Syarat-syarat
-Sunat-sunat Sa’ie

Syarat Sah Sa’ie:
1. Dilakukan slps Tawaf samada tawaf haji/tawaf Qudum (Ifrad/Qiran)/Umrah
2. Bermula di Bukit Safa & berakhir di Bukit Marwah (jarak 420 meter x 7= 3km).
3. Cukup 7 kali dengan yakin, dikira satu kali dpd Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali dpd Bukit Marwah ke Bukit Safa
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa’ie di kaki Bukit Safa & di kaki Bukit Marwah (ada papan tanda)
5. Hendaklah Sa’ie di Batnulwadi (tempat yg termaklum)
6. Mengekalkan niat Sa’ie

-Tawaf qudum ialah tawaf slmt datang.
-Sekiranya Sa’ie di tempat Sa’ie bawah tanah (loweground), jemaah perlu berhati-hati kerana sempadan akhir di tempat Sa’ie di bawah tanah benar-benar hampir dgn dinding kaca Bukit Marwah.
Perhatian:
1. Kawasan tempat laluan utk pengguna kerusi roda membuat pusingan patah balik di kaki Bukit Safa & Bukit Marwah telah dikira sampai ke kaki Bukit tersebut (tidak semestinya memanjat ke kawasan tinggi)

2. Jemaah yg berhenti minum air zamzam ketika Sa’ie disyorkan agar melangkah sedikit kebelakang (undur) dari tempat berhenti (minum air zamzam) sebelum memulakan sambungan Sa’ie.
3. Berhati-hati dgn kumpulan yg mengambil kesempatan menggunting rambut jemaah & mengenakan bayaran yg tinggi
4. Tidak ada niat iktikaf/solat tahayyat masjid di kawasan Sa’ie kerana bukan kawasan masjid. Wanita haid boleh berada di kawasan Sa’ie (antara Safa dan Marwah)
5. Tidak ada ibadat Sa’ie sunat
6. Jemaah perlu berhati-hati utk permulaan & pengakhiran di Safa & Marwah jika Sa’ie di bawah tanah (lower ground).

Nota: Buat Sa’ie tidak disyaratkan bersuci dpd hadas.
Nota: Kita berada di tempat orang mk kita ikut apa yg menjadi praktis di tempat tsbt..spt menjaharkan bacaan Basmallah, qunut dll.
Sunat Ketika Mengerjakan Sa’ie:
1. Dalam keadaan berwuduk
2. Menuju ke tempat Sa’ie melalui pintu Safa (Bab Al-Safa)
3. Menaiki Bukit Safa & Bukit Marwah bagi lelaki sahaja
4. Mengadap ke arah Kaabah/Kiblat sambil bertakbir
5. Muwalat (Berturut-turut)
6. Melakukan Ramal (berlari-lari anak apabila sampai di kawasan yg bertanda lampu hijau bg lelaki sahaja)
7. Beridtiba’ pada semua pusingan (lelaki)
8. Berdoa
9. Berjalan kaki

-Pandanglah rahmat Allah itu luas.
Nota:
Sunat pergi ke kawasan pintu sblm pergi ke Safa.

Di Madinah, masa iqamah lebih kurang 20 mins slps masuk waktu. Ttp di Mekah lebih kurang 5 mins shj.
Bercukur Atau Bergunting:
-Pengertian: Menanggalkan/menghilangkan sekurang-kurangnya tiga (3) helai rambut di kepala dgn menurut syarat-syarat sahnya:
1. Masuk waktu
2. Rambut di kepala
3. Tidak kurang 3 helai rambut

-Waktu bercukur/bergunting: Ia dilakukan selepas separuh malam, malam 10 Zulhijjah bagi orang yg mengerjakan haji.
Perhatian:
1. Boleh mencukur atau menggunting sama ada rambut sendiri atau rambut orang lain apabila telah masuk waktunya
2. Afdhal mencukur atau menggunting rambut sendiri terlebih dahulu sblm melakukannya utk orang lain
3. Ketika bergunting, jemaah haji wanita hendaklah menjaga auratnya
4. Hujung rambut juga dikira sah utk digunting
5. Jemaah haji juga boleh bergunting di tempat penginapan
6. Bagi jemaah haji lelaki yg botak licin sunat dilalukan mata pisau di atas kepala

Tahallul:
-Tahallul ialah melepaskan diri dpd larangan dlm ihram
-Tahallul Haji: Tahallul Awwal
Tahallul Thani
-Tahallul Umrah

Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua (2) dpd tiga (3) perkara:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf rukun & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur

Perhatian: Jemaah haji yg telah tahallul awwal, boleh melakukan perkara2 yg dilarang semasa Ihram kecuali (3) perkara:
1. Nikah & perkara yg berkaitan
2. Mukadimah persetubuhan
3. Bersetubuh

Larangan Ihram:
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit & bercantum (lelaki)
2. Menutup kepala atau sebahagian dpdnya
3. Menutup muka (wanita)
4. Memakai sarung tangan (lelaki & wanita)
5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dlm hidung
6. Memakai minyak di kepala atau janggut & selain dpd yg tumbuh di pipi & dahi
7. Menanggalkan rambut atau bulu
8. Mengerat atau memotong kuku
9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di tanah haram
10. Memburu binatang buruan
11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
12. Melakukan pendahuluan persetubuhan
13. Melakukan persetubuhan

Tahallul Thani:
-Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan amalan berikur:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur
-Setelah selesai Tahallul Thani tiada lagi larangan Ihram.

Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil dgn melakukan dua (2) dpd tiga (3) perkara:
1. Tawaf & Sa’ie
2. Bergunting/Bercukur
3. Melontar di Jamrah Kubra

Tahallul awwal terhasil di Mina:
-Melontar Jamrah Kubra
-Bergunting/Bercukur

Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Tawaf Ifadah & Sa’ie
-Bergunting/bercukur

Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Melontar jamrah Kubra
-Tawaf Ifadah & Sa’ie

Apabila terhasil tahallul awwal, 10 perkara larangan dlm ihram dpt dilakukan melainkan 3 perkara.
Tahalllul: Carts Bagi Tahallul Awwal & Tahallul Thani:
Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
Rukun haji hendaklah dikerjakan dgn tertib pd kebanyakan rukun:
-Didahulukan niat Ihram dpd rukun2 yg lain, didahulukan wuquf dpd tawaf ifadah, dan didahulukan tawaf daripada Sa’ie.

-Tetapi Sa’ie Haji boleh dikerjakan sblm wuquf & tawaf rukun bagi mereka yg mengerjakan Haji Ifrad & Haji Qiran iaitu selepas Tawaf Qudum
-Begitu juga bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf apabila telah masuk waktu & sebelum tawaf Rukun.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Friday, 4 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (03/2019): PERKAHWINAN- TAKHLIL, KHULU' (TEBUS TALAQ)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Batu 4, Tambun, Ipoh, Perak: 2 Jan 2019/ 26 Rabiaulakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Haji Mokhtar.
Sumber: Kitab Tafsir al-Munir, Juz 2 :Bab Perkahwinan:Tahklil, Khulu’ (Tebus Talaq), ms 438-446.

●Pendahuluan
Perkahwinan tahlil.
-Iaitu perkahwinan yg dilangsungkan dengan tujuan utk menghalalkan isteri yg dicerai dgn talaq tiga dgn bekas suaminya atau lebih dikenali dgn istilah “cina buta” secara sementara, sama ada dgn syarat atau persetujuan dlm akad atau lain-lainnya dgn niat tersebut, dikira sbg perkahwinan batil & tidak sah.
Dgn perkahwinan spt itu, isteri tetap tidak sah berkahwin dgn suaminya terdahulu.
Perkahwinan dgn tujuan tsbt adalah maksiat yg dilaknat thdp pelakunya olh syariat, samada suami baharu tsbt mengetahuinya atau tidak.
Ini adalah pendapat Imam Malik, Ahmad, al-Thauri dan golongan al-Zahiriyyah.
Manakala ulama mazhab Hanafi & al-Syafie pula berpendapat perkahwinan tersebut adalah sah tetapi makruh selagi mana tidak disyaratkan tahlil di dlm akad.

Pendapat pertama adalah lebih tepat & benar utk diikuti berdasarkan kpd hadith riwayat Ahmad & al-Nasa’i dpd Ibn Mas’ud & Riwayat Ibn Majah dpd ‘Uqbah bin Amir ra bhw Rasulullah saw bersabda: “Mahukah kamu jika saya memberitahu siapa orang yg keji lagi hina? Para sahabat menjawab: “Ya, wahai Rasulullah saw. “Baginda saw bersabda: “Ia adalah al-muhallil (lelaki yg mengahwini seorang perempuan yg telah dicerai talaq tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kpd bekas suaminya selepas ia menceraikan). Allah melaknat al-muhallil dan al-muhallal lahu (suami yg menjatuhkan talaq tiga kemudian ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan tahlil).”
-Abu Ishaq al-Jauzani meriwayatkan dpd Ibn Abbas ra berkata Rasulullah saw telah ditanya tentang muhallil, lalu Baginda saw bersabda: “Tidak, perkahwinan yg halal hanyalah perkahwinan dgn keinginan (yg ikhlas), bukannya menipu, mempermainkan hukum Allah ‘Azzawajalla. Kemudian dia merasai kemanisan (bersetubuh).”
-Dalam kehidupan kita mohon kpd Allah untuk istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya dan dijauhi dpd kezaliman.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 3 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (02/2019): BERKAT KEPADA MAKANAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid An-Nur Batu 8, Ipoh: 1 Jan 2019/ 25 Rabiaulakhir 1440H (Selasa) oleh Ustaz Tuan Haji Aziz
Sumber: Kitab Bahru Al-Madzi (Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu’17)
~Bab 23 (ms 71): Berkat Kepada Makanan


●Pendahuluan
-Bila kita membuat sesuatu program seperti sambutan tahun baru, janganlah kita mengikut budaya/amalan kaum/agama lain.
-Yahudi & Nasrani tidak redha sampai bila-bila sehingga kita ikut budaya/agama mereka.
-Nabi saw menyatakan orang yahudi & nasrani berusaha menarik manusia sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga binatang masuk ke lubang biawak pun manusia turut ingin ikut memasukinya.
-Nabi saw menyatakan, sesiapa yg mengikut macam mana kaum/agama lain buat maka ia masuk dalam budaya kaum/agama itu.
Hadith Yang Menerangkan Berkat Pada Makanan:
-Maksud berkat yg umum ialah tumbuh dan bertambah.
-Malam turun al-quran juga merupakan malam yg penuh keberkatan.
-Maka berkat ini juga membezakan kita dgn orang lain.
-Nabi Isa a.s (Surah Maryam, ayat 31) juga memohon keberkatan kpd Allah. 
“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.”

-Keberkatan bukan sahaja dalam bentuk harta benda. Ia juga dlm bentuk umur, makanan, ilmu, dll.
-Surah Qaf, ayat 9:”Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi keberkatan, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohonan yang rendang dan biji-bijian yang dapat dituai.”
-Dalam mendapat keberkatan ianya ada kaitan dengankeredhaan Allah.
-Hadith Nabi saw:
Daripada Aisyah katanya:” Diwafatkan Rasulullah saw dan di sisi kami sedikit daripada sya’ir (gandum), maka makan kami daripadanya barang dikehendaki Allah, kemudian aku kata bagi Jariah: Sukat akan dia, maka disukatnya akan dia maka tidak lama bahawa habis ia. Katanya: Maka jikalau ada kami biarkan dia, nescaya kami makan daripadanya lebih daripada itu.”

-Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Adakah makanan itu boleh ia berkat dan boleh ia tidak, maka makna berkat itu yakni barang sedikit menjadi banyak, dan barang yg kecil jadi besar, barang yg tahan sebentar boleh tahan lama. Maka makanan dan lainnya boleh ia menyalahi adat kepada siapa-siapa yang suka Tuhan kurniakan sebagai Tuhan kurniakan nabi-nabiNya dan RasulNya dan aulia’Nya berkat pada makanan, dan berkat pada umur, dan berkat pada amal dan segala rezeki dan lainnya. Dan telah berlaku berkat pada Nabi saw kita dan segala sahabatnya di atas makanan dan minuman itu beberapa kali dan beberapa banyak, sebagai yang telah datang satu daripada khabarnya dikeluarkan oleh Abu’ Isa at-Tirmidzi dengan katanya: “Diriwayatkan daripada seorang dari isteri Nabi Muhammad saw, namanya Siti Aisyah r.a katanya:”Wafat Rasulullah saw ada telah ditinggalnya di sisi kami sedikit daripada sya’ir (gandum), lalu makan kami daripadanya sekira dikehendaki Allah, yakni beberapa lama tidak habis-habis ia oleh berkat peninggal Nabi saw itu.”
Adakah makanan yg kita makan boleh mempunyai berkat?
Berkat itu barang yg sedikit jadi banyak. Berkat pada makanan, umur dan rezeki.
Kita Hidup untuk makan atau makan utk hidup?
Kita makan untuk hidup. Ayam hidup utk makan.

-Makan yg berkat menyebabkan kita mempunyaivminda dan roh yg baik. Dapat hidayah dpd Allah. Sentiasa mengikut perintah Allah & meninggalkan larangan Allah.
-Imam Syafie mempunyai ingatan yg amat kuat. Pada satu hari ia tidak dapat menghafal beberapa ayat. Ia dinyatakan sebab ada sayuran yg menyuntai ke kawasan rumah dan dimasak & di makannya.
-Orang yg bekerja dan mendapat rezeki tetapi ia masih tidak solat & tidak taat kepada perintah Allah maka ini menunjukkan tidak ada keberkatan dalam rezeki/pekerjaannya.
Berkat pada umur:
Allah beri umur dan ia sentiasa dalam ketaatan kpd Allah. Pergi ke mana-mana sentiasa ke Masjid/Surau. Bila pergi ziarah rumah anak-anak ia akan tanya di mana masjid/surau.

-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik manusia, siapa yg diberi umur yg panjang, baik tingkah lakunya.”
Orang yg paling malang ialah orang yg diberi umurnya panjang tetapi buruk tingkah lakunya.”

-Berkaitan dengan keberkatan ini ada juga kaitan dgn amalan jangan membazir. 
-Bila kita makan jangan kita biarkan makanan membazir. Habiskan semuanya, kerana yg baki itu mungkin ada keberkatannya. Mungkin yg sedikit itu yg berkat.
-Amalan kebanyakan orang, ia tidak makan habis, iaitu ditinggalkan sedikit makanan dlm pinggan. Kononnya tidak hendak dilihat sebagai “pelahap” jika pinggan yg di makan bersih licin. 
Ini satu amalan yg tidak betul. Kita perlu betulkan perkara ini. Jangan membazir makanan yg dimakan.

-Nabi saw bersabda: “Di akhir zaman benda yg betul dianggap salah dan yg salah dianggap betul.”
-Sabda Nabi saw: “Setiap perkara yg mempunyai tingkah laku yg baik dan tidak dimulakan dgn Bismillah maka perkara yg baik itu akan terputus.”
-Jadi kalau kita tidak mulakan dgn Bismillah dlm semua perkara, kita hilang keberkatan.
-Juga untuk buat sesuatu perkara kita mulakan dengan Insyallah.
Jika kita tidak sebut Insyallah maka Allah boleh tidak makbulkan.

-Jika sesuatu yg kita buat tidak mengikut syariat spt majlis nikah kahwin yg maka ia akan tidak diberkati.
[“Nikah berkompang-kompang, lepas nikah berlempang-lempang”].
[“Duit berlipat2, rumah bertingkat2, tetapi hidup tidak berkat”].

-Anak-anak jika hendak mendapat keberkatan, jangan mengguris hati ibubapa.
Bila mendapat gaji, beri sedikit kpd ibubapa kita. Rezeki akan bertambah.
-Justeru anak-anak perlu jagalah ibubapa. Walau pun telah berkahwin, jangan lupa ibubapa.

-Untuk mendapat keberkatan seluruh kampung dan negara.
Al-A’raf, ayat 96:”Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 2 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (01/2019): TAHUN BARU- KESEMPATAN UNTUK BERUBAH SEBELUM REBAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 31 Dec 2018 / 24 Rabiulakhir 1440H (Isnin) oleh Ustaz Adzuan Hafiz Hj. Ahmad.


●Pendahuluan
-Syukur kerana memilih utk berada di rumah Allah & berada di majlis ilmu pada mlm terakhir 2018.
Semoga kita dijauhkan dpd gejala negatif.
Bukan bermakna kita yg terbaik ttp kita telah dipilih oleh Allah utk kita buat kebaikan dan berada di tempat yg baik.

Sambutan tahun baru bermula 4,000 thn yg lalu dan juga 2,000 thn sblm masihi. Di mulakan di zmn Rome.
Pada masa itu hanya 10 bulan shj (204 hari). Kmdn masa pemerintah Rome bernama Raja Romerus telah ditukar kpd 12 bulan kalender Georger masihi.
Nama-nama bulan diambil dpd nama-nama tuhan mrk. Januari..dpd nama tuhan Janus..Februari..dpd Februarios..
Kmdn datang Juliaus Caeser..ia cantikkan kalender.
Sambutan thn baru dijadikan sbg ritual2 keagamaan, pesta ria dll.

Sekarang umat Islam telah terikut-ikut dgn cara sambutan yg dibuat oleh mereka.
Salahkah Ustaz?..bila kita sambut tahun baru & buat countdown.
Hukum Sambutan Tahun Baru:
Di sini ada fatwa yg diberikan oleh Mufti WP:
-Kebanyakan ulamak menyatakan sambutan tahun baru adalah haram. Ini adalah berdasarkan hadith Nabi saw: “Sesiapa yg meniru dgn sesuatu kaum maka ia termasuk ke dalam kaum itu.”

Dari zaman para Nabi tidak ada yg sambut tahun baru masihi.
Haram bagaimana?
Hukum Pertama: Haram.
-Ia adalah haram mutlak. Tidak ada ilah.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yg menolong perkara maksiat/mungkar/kejahatan walau pun setengah kalimah, ia juga mendapat saham maksiat/mungkar/kejahatan.”
Kemudian berlaku ikhtilat, iaitu berlaku percampuran lelaki & perempuan.

-Maka jgn kita bersubahat dgn maksiat.
Minuman arak menjadi hidangan utama mlm sambutan thn baru di disco2, night club dan di tapak2 pesta.
-Surah al-Isra’: “Jangan engkau ikut atas perkara yang engkau tidak tahu. Sesunguhnya pendengaran kita, penglihatan kita dan kecenderungan kita semuanya akan dipertanggungjawabkan.”
-Jadi sambutan tahun baru haram kerana:
i. kita menyerupai/meraikan unsur keagamaan lain
ii. menghidupkan syiar tahun baru.

iii. Menzahirkan kebanggaan kita kpd sambutan ritual agama lain
iv. Menampakkan kekurangan orang Islam. Sebenarnya banyak program keagamaan yg boleh dilakukan
v. Unsur maksiat, lagha & membazir masa.
Tiup lilin adalah ritual bagi orang agama majusi.
Hukum Kedua: Harus.
-Harus Untuk Menyambut Sambutan Tahun Baru.

-Ianya harus bila majlis/program sambutan tidak ada Ilah2 kemaksiatan & tidak mendatangkan kemudaratan.
-Ia mungkin telah menjadi kebiasaan yg dibuat oleh sesuatu kaum. Maka hendaklah tidak bertentangan dengan syariat.
-Tidak ada unsur maksiat
-Dibuat dgn roh Islam.
-Tidak ada pembaziran
-Tidak melewatkan solat

Dunia semakin tua. Maka kita perbanyakkan membuat amalan kebajikan.
-Apa yg kita boleh buat sempena sambutan baru ialah kita ambil buku/kertas dan kita buat catatan apa yg kita buat utk tahun baru 2019.
-Boleh catatkan apa usaha kita utk tingkatkan amalan, istiqamah utk baca al-quran, untuk bersedekah setiap hari (buat tabung sedekah subuh di rumah), untuk perbanyakkan berpuasa sunat, bersedekah, membantu ummah, sebarkan ilmu dan pelbagai kebaikan yg lain.
-Tanda-tanda kecil akan semakin dekat kiamat telah banyak. Maka hendaklah kita sedar kehidupan semakin singkat. Jangan kita bazirkan masa kita kepada perkara yg tidak berfaedah dan kemaksiatan.
Sabda Nabi saw: “Setiap amal perbuatan bermula dengan niat.”
-Maka kita mulakan azam tahun baru ini dengan niat untuk membuat banyak kebaikan. Semoga kehidupan kita semakin diredhai dan kita makin dekat kpd Allah.
Nasihat Imam Ghazali kpd anak muridnya: “
1. Waktu itu adalah kehidupan.
-Waktu kehidupan yg digunakan utk kebaikan adalah modal kita.
“Dikira Allah berpaling daripada seorang hambaNya bila ia disibukkan membuat perkara-perkara yg tidak berfaedah.”

-“Seandainya satu saat dpd umurnya digunakan bukan utk tujuan kehidupan akhirat maka panjanglah penyesalannya.”
-Bila telah mati, ada di kalangan manusia yg meminta kpd malaikat utk balik ke dunia. Utk meningkatkan amalannya.
-Jika setiap waktu digunakan ke jalan Allah maka banyak bekalan yg akan dibawa ke akhirat kelak.
2. “Sesiapa yg umurnya telah lebih dpd 40 tahun tetapi kejahatannya masih lagi melebihi kebaikannya maka bersiaplah utk dimasukkan ke api neraka.”
Semoga kita diberi kerahmatan dan kebaikan di dunia & akhirat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.