Thursday, 7 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (227/2019): SIFAT ORANG MUNAFIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 7 November 2019/ 11 Rabiulawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Maulana Mohammad Insan Abu Bakar.

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 8-16

●Pendahuluan
~sambungan:
-Surah al-Baqarah, ayat 8: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.”
-Surah al-Baqarah, ayat 9: “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”
-Surah al-Baqarah, ayat 10: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
-Surah al-Baqarah,ayat 11: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”
-Surah al-Baqarah, ayat 12: “Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”
-Surah al-Baqarah, ayat 13: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Surah al-Baqarah, ayat 14: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).”
-Surah al-Baqarah, ayat 15: “Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).”
-Surah al-Baqarah, ayat 16: “Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.”
-Orang yang kufur itu ia merasakan bahawa apa kerosakan yang dibuat sebagai kebaikan.
Mereka menggunakan akal untuk menghukum sesuatu yang mereka buat jahat sebagai betul. Iaitu mereka membuat pendustaan dan menafikan kekufuran yang dibuat.
Jika seseorang itu menghukumi sesuatu dengan tidak bersesuai dengan realiti maka mereka adalah orang yang jahil murakap.
Tetapi ada dalam perkara harus kita boleh menghukumi mengikut hawa nafsu seperti menyatakan makanan sedap atau tidak; isterinya sayang dia; dan lain-lain.
Jika ia menghukumi sesuatu dengan realiti barulah ia dianggap sebagai seorang berilmu.
-Apabila dikatakan kepada orang kafir bahawa kerosakan yang dibuat mereka menolaknya. Mereka menganggap apa yang dilakukan sebagai reformis.
-Akal kita perlu tunduk kepada al-quran. Tidak mungkin Allah yang mencipta kita tidak mengetahui cara akal pemikiran manusia.
-Kita perlu nasihatkan dan menyeru mereka kepada keimanan.
-Orang yang berakal, bila diserukan kepada kebaikan maka mereka yang pertama mengikutinya.
-Perbuatan orang yang mengubah fakta dan memutarbelitkan kebenaran adalah orang yang lemah.
-Iman perlu diterjemahkan kepada ketaatan pada perintah dan ketaatan meninggalkan larangan Allah.
-Allah gunakan kiasan bahawa orang kafir itu membeli kebenaran dengan kesesatan dan tidaklah mereka itu beruntung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 6 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (226/2019): ORANG MUKMIN NYAWANYA DICABUT DENGAN MULIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 6 November 2019/ 10 Rabiuawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Datuk Haji Abd Manaf

●Pendahuluan
-Gunakan segala kesempatan yang ada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
-Kita adalah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
-Berusahalah kita meningkatkan keimanan.
Tugas-Tugas Malaikat:
-Malaikat mikail bertugas mengambil nyawa manusia.
-Orang yang tidak berimana akan dicabut nyawanya dengan cara yang zalim.
-Surah al-Nahl, ayat 31: “(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa.”
-Surah al-Nahl, ayat 32: “(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.”
-Jadi untuk mendapat layanan yang baik daripada malaikat hendaklah bertaqwa.
-Maka kita buatlah ketaatan sungguh-sungguh kepada setiap yang diperintah dan bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang dilarang.
-Surah al-Fussilat, ayat 30: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
-Surah al-Furqaan, ayat 27-39: “Dan (ingatkanlah) hari orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata: 'Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Celakalah aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada jalan peringatan (Al-Quran) setelah disampaikan kepadaku.' Dan Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikannya sahabat karib)."

Tuesday, 5 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (225/2019): KEDUDUKAN MASJID DALAM ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian: 4 November 2019/ 7 Rabiuawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Abd Razak bin Abdullah.

●Pendahuluan
-Surah at-Taubah, ayat 18: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
-Justeru, yang memakmur dan meramaikan masjid adalah orang beriman pada Allah dan hari akhirat.
Dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan dalam ayat 18, surah at-Taubah tersebut, diharapkan kita mendapat petunjuk daripada Allah.
Tidak takut melainkan kepada Allah.
Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Kita berani mengatakan kebenaran semata-semata kerana Allah.
-Sabda Nabi saw: “Berkata benarlah walau pun ianya pahit.”
-Masjid dan surau mampu menjadi pusat untuk menyatukan umat serta untuk umat mendapat dan menambah ilmu.
-Secara urusan masyarakat dan manusia yang beriman dapat dilakukan masjid.
-Nabi saw bila berhijrah ke Madinah membina masjid terlebih dahulu. Iaitu masjid Kubah. Ia dinyatakan oleh Allah dalam surah Taubah sebagai masjid yang didirikan atas dasar taqwa dan untuk menyatu padukan ummah. Kemudian selepas itu Nabi saw telah membina masjid Nabi pula.
-Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid di mana sahaja umatnya berkampung. Ia jadi tempat masyarakat berurusan.
-Sabda Nabi saw: “Daripada Aisyah ra menyatakan bahawa Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid dan surau ditempat perkampungan dan supaya masjid dan surau itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan.”
Dimaksudkan bersih dan harum meliputi keseluruhannya. Tidak ada kemaksiatan. Harum dan keindahan pada pandangan manusia. Masjid/surau yang penuh dengan aktiviti kerohanian.
Balasan orang yang membina masjid/surau:
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang membina sesebuah masjid atau surau dengan ikhlas nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid atau surau maka hendaklah kamu menjadi saksi bahawa ia benar-benar beriman kerana Allah berfirman: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya samada daripada hadas kecil atau besar dan kemudiannya ia pergi ke rumah Allah, tiap-tiap langkahnya yang satunya diampunkan dosanya dan yang satu lagi ditinggikan darjatnya”

Sunday, 3 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (224/2019): DOAKAN KEBAIKAN KEPADA ORANG YANG MENCERITAKAN MIMPINYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu: 3 November 2019 / 6 Rabiuawal 1441H (Sabtu) oleh Imam Masjid Al-Muktafi Billah Shah

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
-Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, bila diceritakan sesuatu mimpi oleh seseorang kepada kamu maka sebutlah: “Kebaikanlah yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
-Sabda Nabi saw: “Abu Hurairah ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah saw : “ Mimpi itu ada tiga bahagian iaitu berita atau khabar gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan.” (HR: Ahmad).
-Jadi, mimpi ada 3 jenis:
i. Bisikan hati: Ingatan yang dibawa sebelum kita tidur (perkara yang difikir semasa jaga hingga terbawa-bawa masa tidur).
ii. Gangguan syaitan
iii. Khabar gembira daripada Allah
Iaitu satu bahagian daripada 46 kenabian. Orang biasa sukar untuk mendapat mimpi jenis ini. Ianya adalah biasanya untuk orang yang soleh. Orang yang soleh ia tidak berkata dengan perkara yang buruk dan ia benar-bernar bertaqwa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.
-Justeru, mimpi kita kebanyakannya adalah mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Ada seorang sahabat beritahu kepada Nabi saw bahawa pada malam tadi ia mimpi kepalanya kena penggal. Maka Nabi saw menyatakan kepadanya janganlah kamu ceritakannya kepada orang. Mimpi itu mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Nabi saw didatangi seorang Arab Badui dan berkata, ‘Aku bermimpi bahawa kepalaku dipenggal lalu akui mengikuti kepalaku yang menggelinding.’ Kemudian Nabi saw. mencela Arab Badui tersebut dan bersabda, ‘Jangan engkau ceritakan kisah syaitan yang mempermainkanmu disaat engkau tidur,” (HR: Muslim).
Ulamak menyatakan, Nabi saw larang cerita mimpi buruk pada orang lain adalah untuk mengelakkan orang tafsir yang tidak betul hingga menimbulkan fitnah.
-Namun, jika tidak diceritakan kita rasa tidak tenang maka ceritakanlah kepada orang alim yang dipercayai dan yang boleh memberi nasihat yang baik kepada kita.
-Dalam hadith yang lain, dinyatakan ada juga para sahabat cerita mimpi baik kepada baginda saw. Maka Nabi saw tidak mahu ianya diceritakan kepada orang kecuali kepada orang yang dipercayai.
“Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, sebutlah: “Kebaikan yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
Kebaikan kepada kita dan keburukan buat musuh-musuh kita.
Jadi Nabi saw mengajar kita bahawa bila ada orang yang menceritakan mimpinya kepada kita maka hendaklah kita berdoa yang baik-baik.
-Sabda Nabi saw: “Mimpi yang benar berasal dari Allah, sedangkan mimpi yang merupakan bunga tidur berasal dari syaitan. Jika diantara kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, hendaklah ia tidak menceritakannya kecuali kepada orang yang dicintainya. Tetapi jika ia bermimpi sesuati yang di bencinya, maka hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari keburukannya dan dari keburukan syaitan, dan supaya meludah tiga kali serta tidak menceritakannya kepada siapa pun. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan membahayakan.” (HR Muttafaq ‘alaih).
-Ketika Nabi Yusuf as bermimpi melihat matahari, bulan, dan sebelas bintang bersujud kepadanya, ia menceritakannya kepada bapanya. Ayahnya berkata jangan diceritakan kepada saudara-saudaranya. Ini difirmankan oleh Allah dalam surah Yusuf.
-Surah Yusuf, ayat 5: “Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi mu itu kepada saudara-saudara mu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (223/2019): TIDAK RUGI BERSEDEKAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Wakaf Tembesu Kuala Nerus, Terengganu: 2 November 2019 / 6 Rabiuawal 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Surah al-Fajr, ayat 20: “Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!"
-Kita jangan rasa bimbang akan berlaku kekurangan bila kita banyak bersedekah dan membuat infaq. Setiap yang kita sedekahkan/infaqkan adalah bekalan kita di akhirat kelak. Ianya adalah simpanan akhirat kita.
-Kisah tentang sahabat Nabi saw bernama Sa'ad Ibn Waqqas ra. Ketika sakit, beliau ingin mendermakan seluruh hartanya sedangkan beliau mempunyai anak.
Namun baginda saw hanya membenarkan satu pertiga daripada harta tersebut untuk didermakan.
-Sabda Nabi saw: Daripada Sa’ad Ibn Waqqas ra, beliau berkata: "Rasulullah saw pernah menziarahiku ketika sakit pada masa Hajjatul Wada’ yang aku rasa membawa kematian.
Lantas aku bertanya: “Hai Rasulullah, telah kamu melihat keadaanku yang sakit sedangkan aku mempunyai harta dan tidak ada yang mewarisiku kecuali anak perempuan ku satu-satunya. Bolehkah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku?
Baginda saw menjawab: “Jangan.”
Aku bertanya: "Apakah aku menyedekahkan separuh daripadanya?"
Baginda saw menjawab: “Jangan.”
Aku bertanya lagi: "Apakah aku sedekahkan sepertiganya?"
Rasulullah saw menjawab: “Ya, sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada orang ramai. Dan tidaklah kamu sedekah semata-mata mencari keredaan Allah kecuali kamu diberi pahala dengannya sekali pun kamu memberi satu suapan kepada mulut isterimu juga dikira pahala." (HR: al-Bukhari dan Muslim)
-Kisah Annas yang pergi berperang di Peperangan Tabuk:
Kisah Yazid hendak bagi sedekah kepada orang tapi dapat kepada anaknya:
-Sedekah tergantung pada niat kita.
Dari Abu Yazid Ma’an bin Yazid bin Al Akhnas ra, berkata bahawa ayahnya iaitu Yazid pernah mengeluarkan beberapa dinar untuk niat sedekah. Ayahnya meletakkan wang tersebut di sisi seseorang yang ada di masjid (maksudnya: ayahnya mewakilkan sedekah tadi pada orang yang ada di masjid). Lantas Ma’an pun mengambil wang tadi, lalu ia menemui ayahnya dengan membawa wang dinar tersebut. Kemudian ayahnya (Yazid) berkata, “Sedekah itu sebenarnya bukan ku tujukan padamu.” Ma’an pun mengadukan masalah tersebut kepada Rasulullah saw. Lalu baginda saw bersabda:
لَكَ مَا نَوَيْتَ يَا يَزِيدُ ، وَلَكَ مَا أَخَذْتَ يَا مَعْنُ
“Engkau dapati apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Sedangkan, wahai Ma’an, engkau boleh mengambil apa yang engkau dapati.” (HR. Bukhari no. 1422).
-Kisah di atas menceritakan bahawa ayah Ma’an (Yazid) ingin bersedekah kepada orang fakir. Lantas datang anaknya (Ma’an) mengambil sedekah tersebut.
Orang yang diwakilkan sedekah tersebut di masjid tidak mengetahui bahawa yang mengambil wang tersebut adalah anaknya Yazid. Kemungkinan lainnya, ia tahu bahawa anak Yazid di antara yang berhak mendapatkan sedekah tersebut. Lantas Yazid pun menyangkal dan mengatakan bahawa wang tersebut bukan untuk anaknya.
Kemudian hal ini diadukan pada Nabi saw dan baginda saw pun bersabda, “Engkau dapati apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Sedangkan, wahai Ma’an, engkau boleh mengambil apa yang engkau dapati”.
-Justeru perbanyakkan kita membuat kebaikan termasuk bersedekah.
-Dalam masa yang sama kita pelihara perkara baik yang kita buat dengan tidak melakukan perkara buruk seperti mengumpat dan mengadu domba. Ia akan melarutkan pahala amalan kita bahkan boleh menyebabkan kita fakir di akhirat kelak.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday, 2 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (222/2019): TANGGUNGJAWAB KITA MENGENALI SANG PENCIPTA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah Batu 14, Hulu Langat, Selangor: 2 November 2019 / 5 Rabiuawal 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Beriman kepada Allah adalah menjadi kewajipan setiap manusia.
-Apabila manusia memikir sejenak tentang nikmat deria maka ia akan sedar adanya pencipta.
-Surah al-Nahl, ayat 78: “Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan tidak mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kalian bersyukur.”
-Kita bila lahir dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa seperti firman Allah tersebut!
-Surah al-Insaan, ayat 2: “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”
-Kenapa dalam firman Allah, dimulakan dengan pendengaran kemudian baru penglihatan.
-Bila dalam perut ibu, pada minggu ke-24 bayi telah mula mendengar. Ia boleh mendengar percakapan ibubapanya.
Jadi masa mengandung hendaklah seorang ibu itu memperbanyakkan membaca ayat al-quran. Membaca memberi kesan kepada anak-anak dalam perut yang bakal dilahirkan.
Bayi hanya boleh melihat selepas beberapa minggu dilahirkan.
Pendengaran, penglihatan dan akal adalah punca bagi memperolehi ilmu.
Fungsi utama bagi mendapatkan ilmu daripada ketiga-ketiga di atas adalah akal.
Maka hendaklah kita gunakan pendengaran, penglihatan dan akan kita untuk kita mengenal Allah.
-Dengan ketiadaan manusia mengenali penciptanya mana mungkin ia mendapat petunjuk.
Justeru,tidak boleh tidak untuk kita mengenali Allah.
Kita mengenali Allah adalah sebagai tanda berterima kasih kita kepada Allah yang menciptakan kita dan segala nikmat yang tidak terkira banyak.
Kemudian kita perlu mempunyai ilmu sebagai jalan untuk beriman.
Untuk kita mempunyai iman yang jitu dan suci perlu mempunyai ilmu.
Kita perlu mempunyai keupayaan berfikir dalam setiap apa yang disampaikan.
Kita jangan beriman dengan secara ikut-ikutan sahaja.
Sekiranya kita tidak ada ilmu, iman kita akan cepat goyah bila diuji.
-Surah Az-Zumar, ayat 9: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
-Surah ali-Imran, ayat 191: “Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”.
-Keimanan kepada Allah adalah satu yang amat mencabar.
Beberapa Kaedah Untuk Kita Merasai Adanya Sang Pencipta:
Kita boleh menggunakan 3 cara:
1. Ketiadaan ia menciptakan sesuatu
2. Memikirkan apa yang dicipta menunjukkan ciri-ciri Sang yang menciptanya (Memikirkan Hasil Daripada Ciptaan)
3. Jika Ia tidak memiliki sesuatu pastinya ia tidak memberi
Mengenali Sang Pencipta Dengan Memikirkan Hasil Daripada Ciptaan:
-Lihat kepada kipas yang berpusing dan yang menyejukkan. Pastinya kita yakin adanya yang pandai dan mahir yang menciptanya walau pun kita tidak mengenalinya.
-Justeru lihatlah semua kejadian alam ini. Lihat bagai mana tumbuhan mengeluarkan oksigen, manusia/binatang mengeluarkan karbohidrat, ikan yang duduk lautan masin tetapi ikan tidak masin dan lain-lain. Betapa hebatnya Sang Penciptanya iaitu Allah.
-“Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang”
(Badi’uzzaman Said Nursi).
-Maka tatkala kita ada pancaindera dan akal hendaklah kita mengenali Allah.
-Kita carilah ilmu untuk tidak mudah dipesongkan.
-Jangan kita beriman secara ikut-ikut.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (221/2019): ISLAM DAN HUKUM-HUKUMNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah Batu 14, Hulu Langat, Selangor: 1 November 2019/ 5 Rabiuawal 1441H (Jumaat).

●Pendahuluan
-Islam adalah mematuhi segala perintah dan hukum hakam Allah.
-Surah ali-Imran, ayat 19: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…”
-Surah al-Ma’idah, ayat 3: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
-Sabda Nabi saw:
“Siapa yang taat pada Rasul maka ia taat pada Allah.”
-Imam Hanafi ada menyebut: “Apabila diberi sunnah dan al-quran maka kami akan letakkannya pada mata dan kepala kami.”
-Iaitu perlu patuh dan taat kepada ketetapan Allah.
- Surah Ali ‘Imran, ayat 85: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”
Ayat-ayat perintah:
-“Sesungguhnya solat itu telah ditentukan waktu-waktunya”
-“Wahai orang beriman telah difardhukan kepada kamu puasa..”
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kehancuran.”
-Selain daripada hukum hakam yang telah ada dalam al-quran ada hukum sampingan yang baru muncul.
-Contohnya, hukum mengambil dadah sebagai haram, bayar zakat melalui amil dan lain-lain yang telah dikeluarkan fatwa.
-“Allah menghendaki kesenangan, Allah tidak menghendaki kesukaran.”
Setiap orang Islam perlu menjaga:
-Agama
-Nyawa
-Akal
-Keturunan
-Harta
-Islam adalah agama yang sempurna di bawa kepada kita oleh Nabi saw.
-Dua kategori bidaah:
Bidaah benar
Bidaah dhalalah (sesat)
-“Umat yang berkumpul di rumah-rumah Allah maka mereka akan dihampiri malaikat dan mendoakan untuk kerahmatannya.”
“Siapa yang berpaling kepada ajaran Allah maka syaitan akan mengelilingi kepalanya.”
-Penipuan dalam agama akan dilaknat Allah.
Ayat-ayat yang menyatakan kesempurnaan Islam:
-Tidak boleh samakan dengan agama lain (Surah ali-Imran).
- Surah al-Kafirun ayat 1-6: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”
-Surah al-Ma’idah, ayat 3: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
-Surah al-Baqarah: “..bila telah diberi nikmat agama maka ia akan rasa tenang..”
-Surah az-Zumar, ayat 5: “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
-Surah Hud, ayat 116: “Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
Sezalim-zalim manusia ialah orang yang.. (Surah as-Saff).
-Surah al-Anfal, ayat 9-10: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
-Sabda Nabi saw: “Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.” (HR: al-Baihaqi)
-Surah al-Bayyinah ayat 6: “Sesungguhnya orang kafir dalam kalangan ahli kitab dan musyrikin itu di dalam neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya dan mereka itu adalah seburuk-buruk kejadian. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh itu, mereka adalah sebaik-baik kejadian. Balasan mereka di sisi Allah adalah syurga-syurga Adnan yang mengalir di bawahnya sungai-sungai mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, Allah redha terhadap mereka dan mereka redha terhadap-Nya, demikian itu bagi sesiapa yang takut kepada Tuhannya”.
●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.