السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ
ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir
Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45 pagi: 3 Jun 2020 / 11 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz
Ikmal Zaidi Hashim (Imam Masjid Putra, Putrajaya).
Sumber:
Tafsir surah an-Nisa ayat 3.
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ
اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ
عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ
العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن
شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah
kita sama-sama merafakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya
terutamanya nikmat Iman dan Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah.
Segala puji hanyalah milik Allah.
-Kita
buktikan kesyukuran kita dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan
segala larangannya.
-Mudah-mudahan
Allah beri hidayah dan ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan
kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga
Allah pandang kita dengan pandangan belas kasihan.
-Semoga
kita dikurniakan kecerahan hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga
kita menjadi hambaNya yang kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan.
-Surah
An-Nisa, ayat 3: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap
perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)
hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat
(untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
HURAIAN:
-Imam
al-Bukhari meriwayatkan: “Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Aziz bin
‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Shalih bin
Kaisan dari Ibnu Syihab, ia berkata: ‘Urwah bin az-Zubair mengabarkan kepada ku
bahawa ia bertanya kepada Saidina Aisyah ra. tentang firman Allah: wa in
khiftum allaa tuqsithuu fil yataamaa (“Dan jika kamu takut tidak akan dapat
berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawini,”) beliau
menjawab: “Wahai anak saudara ku, anak yatim perempuan yang dimaksud adalah
wanita yatim yang berada pada pemeliharaan walinya yang bergabung dalam
hartanya.” Sedangkan ia menyukai harta dan kecantikannya. Lalu, walinya ingin
mengawininya tanpa berbuat adil dalam maharnya, hingga memberikan mahar yang
sama dengan mahar yang diberikan orang lain. Maka, mereka dilarang untuk
menikahinya kecuali mereka dapat berbuat adil kepada wanita-wanita tersebut dan
memberikan mahar yang terbaik untuk mereka. Dan mereka diperintahkan untuk
menikahi wanita-wanita yang mereka sukai selain mereka.