Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (61/2019): HIKMAH DALAM MENCARI ILMU & BERAMAL


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 13 April 2019/ 7 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Mohd Romli (Pengerusi Yayasan Mujamma’ Darul Hadith Malaysia).
Sumber: Kitab Nasha’ihil Ibad (Imam Nawawi Al-Bantani)


●Pendahuluan
Jenis-Jenis orang alim ulamak dan orang yg berilmu:
-Orang yg berilmu dam alim ulamak ialah orang yg menuturkan ilmu dengan hikmah.
-Tidak semua orang berilmu boleh mengeluarkan hikmah dari tutur katanya.
-Begitu juga orang yg datang belajar ilmu, ada yg tidak mendapat hikmah. Ada orang yg datang dan balik dari majlis ilmu tanpa mengubah dirinya.
Contoh hikmah, bila dikatakan: “kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat apa kebaikan dan keburukan yang kita buat”, maka tersentuh hati kita. Dan ada juga yg tidak rasa apa-apa.
-Sesiapa yg belajar dan ia mendapat hikmah, ia punya respon terhadap apa yg dipelajari adalah berbeza dengan orang yg tidak mendapat hikmah. Yang dapat hikmah, kefahamannya adalah di dalam hatinya.
-Orang dapat menuntut ilmu dengan hikmah ia dapat memperolehi & mencatat ilmu yg ditutur oleh gurunya serta mengamalkannya.
-Ulamak fukarak adalah ulamak yg berusaha memperbaiki dirinya dan cuba memperbaiki orang lain.
-Ulamak ini ialah bila kita melihatnya maka ingat kita kepada Allah. Ulamak fukarak ia mampu menyentuh hati orang mendengar bila ia memberi kuliah/ceramah.
-Mereka sentiasa berusaha meningkatkan makrifatullah.
-Ulamak yg menguasai tiga bidang, bidang aqidah, bidang hukum dan bidang makrifatullah.
-Maka kita dikehendaki duduk dengan ulamak dan bergaul dengannya. Maka sesiapa yg bergaul dengannya maka ia akan dekat dengan hatinya.
Kita akan mendapat input daripada hati mereka (ulamak). Perangai dan akhlak kita akan berubah. Daripada sombong kpd merendah diri, dpd tamak kepada pemurah, dpd hasad dengki kepada mengasihani dlll.

-Justeru, akhlak yg mulia pd diri ulamak akan berpindah kepada diri kita bila kita mendekati mereka. Sifat sabar, kuat beribadat, bertawakal, qanaah dll.
-“Seringlah kamu duduk, bertanya dan bergaul dengan para ulamak fukahak.”
-Bila kita bergaul dengannya, sebelum bercakap pun kita sudah boleh tersentuh.
-Orang yg jika kamu tengok tingkah lakunya dan ia tidak memberi kesan kepada kita, maka tutur katanya juga bakal tidak memberi kesan kpd kita.
Contohnya: Cara ulamak memegang kitab pun kita rasa tersentuh. Bila makanan yg terjatuh juga ia ambil dimasukkan dlm pinggan. Cara ia bercakap & berinteraksi juga menyentuh hati.

-Ulamak fukahak, dengan tingkah lakunya spt merendah diri pun sudah menyentuh diri kita.
-Sesiapa yg nampak akhlak seseorang yg berilmu itu tidak baik, maka kita perlu menjauhinya.
-Tingkah laku dan adab yg baik boleh menambat jiwa manusia.
-Antara sifat ulamak fukarak ialah ia mempunyai sifat Istiqamah dalam amal ibadatnya.
-Insyallah kita cuba untuk istiqamah dlm amalan kita; solat berjemaah,solat sunat rawatib, solat tahajud, puasa sunat, bersedekah, dll.
-Kalau kita boleh istiqamah dalam amalan kita, ia adalah lebih baik daripada seribu karamah.
-Jika hendak berjaya maka kita perlu ikut/tiru orang yg berjaya dalam sesuatu kejayaan.
-Bila kita hendak jadi orang soleh maka kita tirulah orang yg soleh.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (60/2019): HADITH TERPILIH - KEUTAMAAN NIAT & APAKAH ITU ISLAM, IMAN, IHSAN SERTA TANDA KIAMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Shukri.

●Pendahuluan
-Niat dikehendaki dalam sesuatu amal. 
Amalan juga hendaklah menepati kehendak agama.

-Surah An-Kabut: Antara tanggungjawab manusia ialah menjadi insan yg bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah. 
-“Kami akan menunjukkan jalan Kami. Kami akan bersama-sama dengan orang mencari keredhaan Allah.”

Kisah sahabat yg gugur syahid.
-Kita menghukum atas perkara zahir. Apa yg dlm hati manusia hanya Allah yg mengetahui.

-Kita perlu sentiasa memperbaharui niat utk meningkatkan keimanan kita kpd Allah.
-Mengikut ulamak, dalam sesuatu amalan niat adalah yg utama dan wajib kecuali dalam perkara tertentu.
-Walau bagaimana pun, dalam melaksana sesuatu amalan itu, terdapat juga perbezaan pandangan di kalangan ulamak. Cthnya, adakah sesuatu perkara itu dilakukan samada dengan duduk atau berdiri. Dalam bab berwuduk, terdapat perselisihan dalam perkara mengenakan air kpd anggota basuhan wuduk.
-Balasan kepada setiap amal kita adalah kita berserah segalanya kepada Allah.
-Pada akhirat ditanya oleh Allah kpd orang yg beramal. Seorang itu ditanya tentang amalan sedekah, bacaan al-quran, jihad, ilmu dll. Terdapat di kalangan yg merasakan ia telah beramal ttp ditolak oleh Allah kerana ia bertujuan selain dpd Allah spt mencari kemuliaan dpd manusia, tidak ikhlas, dll.
-Amal itu adalah qasad yg dikerjakan. Semakin ikhlas seseorang itu dlm beribadat, maka semakin tinggi nilai amalannya.
-Ibadat itu tidak harus diwakilkan kepada orang lain. Kecuali bagi amalan tertentu spt dlm bab zakat, qurban dll.
-Amalan yg hendak dibuat perlulah diqasadkan.
-Di zaman Nabi saw, amalan berhijrah ke Madinah adalah diwajibkan. Ia tanggungjawab yg amat penting utk ditunaikan kecuali mempunyai halangan / alasan yg munasabah.
Ia wajib pada masa awal Islam dahulu. Tetapi sekarang sudah tidak wajibkan.

-Nabi saw menyatakan bahawa tidak ada lagi hijrah selepas kemenangan (pembukaan kota Mekah) kecuali hijrah untuk melawan hawa nafsu dan kepada melaksanakan arahan jihad..”
-Meninggalkan kejahatan & kemaksiatan adalah hijrah yg besar. Ia perlu dibuat dengan qasad.
Setiap kita bertanggungjawab melaksanakan amal makruh nahi mungkar.

-Segala perkara adalah bergantung kepada maksudnya.
-Contohnya, haram utk kita tidak bertegur dengan saudara mara kita lebih 3 hari. Tetapi jika utk perkara-perkara yg dibenarkan syarak maka adalah dibolehkan.
-Dalam contoh yg lain, bila seseorang itu terjumpa barang di jalanan, maka adalah harus utk diambil barang itu utk disimpan kerana ditakuti ia diambil oleh orang yg tidak bertanggungjawab. Maka selepas itu, perlu diusahakan utk kembalikan kpd si pemunyanya seperti dengan cara mengiklankannya.
-Bila seseorang itu susah utk berubah meninggalkan perkara buruk seperti menagih dadah, maka cubalah utk hijrah ke tempat yg lain. Ia mungkin boleh mewujudkan suasana yg baru.
-Hijrah memerlukan pengorbanan. Kita perlu korbankan suasana kampung dan hubungan berdekatan dengan keluarga bila berhijrah ke tempat yg jauh.

#Hadith 2:
Saidina Umar r.a menyatakan:
-Satu hari sedang kami berada bersama-sama Nabi saw, datang seorang lelaki yg dtg secara tiba-tiba. Tidak ada tanda yg ia datang dari perjalanan jauh. Tiada yang mengenalinya. Maka lelaki itu terus duduk di hadapan Nabi saw. Ia seolah-olah seorang sahabat yg memang telah kenal lama.

-Lelaki itu bertanya kpd Nabi saw: “Wahai Muhammad, khabarkan kepada ku tentang Islam & Iman. Jawab Nabi saw “engkau mengakui hanya Allah yg disembah, bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat & menunaikan haji bagi yg berkemampuan.”
Iman itu pula adalah engkau beriman kpd Allah, beriman dgn para malaikat, beriman dengan para Nabi/Rasul utusan Allah, beriman dengan kitab-kitab, beriman dengan hari akhirat/kiamat, beriman kpd qada baik dan buruk.
Lelaki itu bertanya pula, apa itu ihsan. Nabi saw menjawab, Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-seolah engkau melihatnya. Jika engkau tidak melihatnya maka ketahuilah Allah melihat engkau. 
Kemudian lelaki itu bertanya, khabarkan kepada aku bila berlaku kiamat. Kata Nabi saw maka tidaklah yg bertanya itu lebih tahu daripada aku. Lelaki itu kemudian berkata, maka beri tahu aku apakah tanda-tanda kiamat akan berlaku. Jawab Nabi saw, ianya bila seorang ibu melahirkan tuannya,.....”

-Saidina Umar ra menyatakan tidak pernah ia melihat lelaki seindah lelaki yg bertemu Nabi saw. Ia sebenarnya adalah malaikat Jibrail yg datang kepada Nabi saw menyerupai seorang lelaki yg sangat indah.
Huraian Hadith:
-Hadith ini merangkumi perkara zahir & batin.

1. Malaikat datang bertemu Nabi saw mengajar urusan agama.
Para sahabat menyatakan, jika ada satu hari tidak bertemu dan tidak mendengar suara Nabi saw, ia umpama berada dlm laut yg gelap yg tidak nampak haluan.
2. Malaikat jibril yg datang kpd Nabi saw dalam rupa yg amat cantik.
3. Islam itu adalah orang yg mengucap Syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji pada bulan Ramadhan bg yg berkemampuan.
4. Islam adalah yg menjamin keselamatan manusia di sisi Allah.
-Hanya Islam di sisi Allah. Ia adalah agama yg diredhai Allah.
-Surah Ali-Imran: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Aku redha Islam itu agama kamu.”
-Jadi, tidak ada alasan utk mengambil agama yg lain.
-“Adakah mereka mahu agama yg lain dpd agama Allah. Sedangkan langit dan bumi serta isinya tunduk kepada kekuasaan Allah.”
-Lihatlah bagai mana Allah mentadbirkan pergerakan bumi dan bulan serta semua cakrawala.
-“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepada Ku”
“Dan siapakah yg lebih baik agamanya melainkan mereka yg menyerahkan dirinya dan segala amalannya kepada Allah.”
-Syahadah perlu dijaga. Aqidah boleh terbatal jika kita tidak jaga tutur kata, perbuatan dan ikhtikad kita.
-Jaga ucapan/percakapan kita.
Aqidah kita boleh terbatal jika ada amalan-amalan yg bercanggah dgn aqidah. Cth meletakkan pulut di busut utk tujuan mendapat kelebihan, dll.

-Kemudian, dari segi ikhtikad kita kepada Islam. Perlu ingat bahawa Islam yg menyelamatkan kita. 
Jangan kita ingat bahawa Islam itu hanyalah ibadat khusus.

-Islam itu adalah cara kehidupan kita keseluruhannya. Semuanya perlu ikut dan tunduk kepada Allah. Kita tunduk pada Allah tanpa menggunakan perantaraan.
Setelah kita mengakui bahawa Allah itu tuhan kita, maka kita mengakui Nabi saw adalah pesuruh Allah.
-“Katakanlah wahai manusia bahawa aku adalah utusan Allah..”
-Maka kita perlu jaga syahadah kita.
Taat pada Allah dan ikut Nabi saw. Kita dirikan solat dan semua perintah Allah yg lain.

~Bersambung
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (59/2019): KITAB ADAB DAN AKHLAK ORANG ISLAM (ADAB KEHIDUPAN SUAMI ISTERI)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 15 April 2019/ 9 Syaaban 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.

i. Hak-Hak Seorang Isteri Yang Perlu Ditunaikan Oleh Suami.
ii. Hak-Hak Seorang Suami Yang Perlu Ditunaikan Oleh Isteri.


●Pendahuluan
-Moga kita istiqamah dlm membuat amal baik sehingga akhir hayat kita.
-Surah Ali-Imran, ayat 102:
“Wahai orang2 beriman, berimanlah dengan benar-benar iman....”

-Surah Al-Hujrat, ayat 18: “Bertaqwa kamu kepada Allah....”
Hak Seorang Isteri Yang Perlu Ditunaikan Oleh Seorang Suami:
1. Bergaul baik dengan isteri.
2. Mengajar perkara fardhu ain’ kepada isteri.
3. Hendaklah memastikan isteri melaksanakan tuntutan syariat secara amali (praktikal).
-Mencegah berpakaian yg mendedahkan aurat, 
-Memelihara pergaulan, 
-Tidak membenarkan melakukan perkara bertentangan dgn agama.

Mengawal amalan mereka dengan mengajar amalan yg sempurna. 
Tidak melaksanakan adab-adab yang bertentangan dengan Islam.

Suami bertanggungjawab terhadap tingkahlaku isteri. Seorang ayah juga bertanggungjawab kepada anak-anak terutamanya anak perempuan.
-Surah An-Nisa, ayat 34: “Kaum lelaki adalah pimpinan yang bertanggungjawab terhadap seorang wanita..”
4. Jika suami mempunyai beberapa orang isteri, maka hendaklah suami berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam menyediakan pakaian, makanan, rumah, giliran bermalam, dll.
-Surah An-Nisa, ayat 3:”Jika kamu tidak sanggup berlaku adil terhadap isteri kamu adalah memadai sahaja dengan seorang dan mempunyai hamba sahaya perempuan sahaja.”
-Suami perlu elak berlaku zalim terhadap isteri-isteri & anak-anak.
-Nabi saw telah berpesan agar berbuak baik dgn isteri-isteri.
Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik orang di antara kamu ialah orang yg berbuat baik dengan isteri dan anak-anak. Dan aku adalah yang terbaik antara keluarga ku.”

-Isteri Nabi saw ada yg lebih tua dpd baginda saw dan ada yg lebih muda daripada baginda saw. Nabi saw telah menyesuaikan dan dapat meraikan isteri-isteri baginda saw wp umur yg berbeza.
5. Hendaklah rahsia isteri tidak dihebohkan kpd orang lain.
-Suami perlu menjaga kehormatan isteri. Kekurangan & kelemahan isteri tidak diburukkan dan diaibkan.

“Orang yg paling jahat dan rendah kedudukannya ialah orang bergaul dengan isterinya yg saling meminta & memberi antara satu lain yg kemudiannya menceritakannya kepada orang lain.”
-Kita luahkan segala permasalahan kita termasuk masalah suami isteri kepada Allah. Banyakkan bangun tengah malam utk bermunajat kpd Allah.
Hak-Hak Suami Yang Perlu Ditunaikan Oleh Isteri:
1. Isteri perlu taat kepada suami selagi mana dalam perkara-perkara yang tidak berbentuk kemaksiatan & tidak melanggari hukum syarak.
-Surah An-Nisa, ayat 34: “Jika isteri-isteri kamu telah mentaati kamu maka jangan kamu mencari-mencari kekurangannya.....”
-Sabda Nabi saw: “Jika suami mengajak isterinya untuk ditiduri dan ia menolaknya tanpa ada uzur syarie, lalu suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat akan melaknati isteri tersebut sepanjang malam..”
-Sabda Nabi saw: “Jika aku boleh memerintah seseorang itu bersujud kepada seseorang yg lain maka aku akan memerintahkan isteri sujud kepada suaminya.”
2. Memelihara kehormatan suami.
-Iaitu isteri memelihara dirinya, menjaga harta & rumah suaminya, menjaga anak-anak serta keluarga.
-Surah An-Nisa ayat 34 (84?): “Sesunguhnya isteri yg soleh ialah..”
-Isteri adalah hak suaminya sahaja. Justeru, isteri perlu memelihara kehormatan diri untuk suaminya. Jangan berhias utk tujuan lain selain dpd suaminya.
3. Si isteri hendaklak sentiasa berada di dlm rumah suaminya dan tidak boleh keluar tanpa keizinan dan keredhaan suaminya.
-Perlu merendahkan suara bila bercakap dengan suaminya. Isteri perlu menjaga hubungan baik dengan suami & keluarga suaminya.
Perlu merendahkan pandangan matanya.
Membuat hubungan baik dgn kaum kerabat suaminya.

-Surah Al-Azab ayat 33:”Hendak seorang isteri menetap di rumah..”
-Seorang isteri perlu mendapat keizinan dpd suami utk bekerja. Perlu berniat utk membantu suami. Semasa bekerja perlu mengikut yg ditetapkan oleh syariat.
-Menjaga hak-hak suami isteri ini adalah untuk menjauhi berlakunya fitnah.
Perkara yg utama patu dibincangkan antara suami isteri ialah mewujudkan saling percaya mempercayai.
Apa gunanya berkahwin jika tidak mempercayai antara satu sama lain.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (58/2019): KITAB 76 DOSA BESAR YANG DIANGGAP BIASA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 17 April 2019/ 10 Syaaban 1440H (Selasa) oleh Ustaz Muhammad Asri Ishak.

Kitab 76 Dosa Besar Yang Dianggap Biasa.
Sumber: Dosa Besar Ke-37: Mendustakan Qadar (ms 105/109).


●Pendahuluan
-Syukur dgn izin & kasih sayang Allah kita dapat terus beramal & mempersiapkan kehidupan akhirat kita.
-Hadith Kursi: “Allah telah memerintah kepada para malaikatnya pada setiap hari kepada manusia dan mendatangkan musibah & ujian kepada manusia. Maka bila ditanya kepada malaikat kenapa, jawab malaikat, ianya adalah kerana Allah hendak mendengar rintihan & permohonan hambaNya.”
Dpd hadith ini, ingatlah bahawa bila kita ditimpa musibah maka kembalilah kpd Allah. Allah hendak mendengar rintihan hambaNya.
“Kepada Mu Ya Allah Aku Menyembah, Kepada Mu Ya Allah Aku Meminta Pertolongan.”

-Tiada kekuatan & kejayaan melainkan dpd Allah.
-Firman Allah: “Mintalah kepada Aku, nescaya aku beri apa yang engkau minta”
Dosa Besar 37: Mendustakan Qadar.
~samb: ms 109.

-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Majusi umat ini adalah orang-orang yg mengingkari qadar-qadar Allah; jika mereka sakit, maka janganlah kalian menjenguk mereka, jika mereka mati, maka janganlah kalian menshalatkan mereka, dan jika kalian bertemu dengan mereka, maka janganlah kalian mengucapkan salam kepada mereka.”
-Sabda Nabi saw:”Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi melainkan umatnya ada Qadariyah dan Murjia’ah; sesungguhnya Allah telah melaknat golongan Qadariyah & Murji’ah melalui lisan tujuh puluh orang Nabi.”
-Sabda Nabi saw:”Tiga golongan yg mana Allah tidak akan berbicara kepada mereka, Allah tidak akan melihat kepada mereka di Hari Kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka (dari dosa), iaitu: orang yg mendustakan Qadar, orang yg kecanduan minuman keras, dan orang yg berlepas diri dari anaknya.”
-Sabda Nabi saw: “Setiap umat memiliki kaum Majusi, dan Majusi umat ini adalah orang-orang yg mengklaim bahawa Qadar tidak ada.”
Setengah ulamak menyatakan, orang yg engkar qadar Allah ia terkeluar dpd kalangan orang Islam. Maka hilang hak-haknya sbg seorang muslim.
-Sabda Nabi saw: “Al-Qadariyah adalah Majusi umat ini.”
-Hati akan dicerminkan dengan amal perbuatan. Jika hati adalah benar-benar beriman maka ia akan melakukan amalan & mentaati perintah agama.
-Orang yg hidupnya sentiasa bergelumang dgn dosa maka ia tidak akan rasa apa-apa atas maksiat & kekufuran yg dibuat.
-Ingatlah sesungguhnya dalam tubuh badan ada segumpal hati, jika ia baik maka baiklah dirinya dan jika ia buruk maka buruklah dirinya. Itulah hati.
-Allah yg Maha Mengetahui isi hati manusia.
-Perhatikanlah kesudahan bagi orang-orang yg suka berbuat kekufuran & kebinasaan. Lihatlah kesudahan Firaun, Namrud, Qarun dll.
Maka tempat mereka adalah di neraka.

Kenapa kita solat, puasa, zakat, haji dll? Ini kerana keimanan kita kepada Allah.
-Firman Allah: “Wahailah orang beriman, sujudlah, rukuklah dan lakukan kebajikan. Semoga kamu beroleh kemenangan”
-Firman Allah: “Dan Allah tidak mensia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.”
-Nabi saw bersabda: “Iman terbahagi dpd 73 bahagian....”
-Iman seseorang itu bertambah dgn ketaatan. Sesiapa yg membuat dosa maka rendah imannya.
Justeru kita yakin bhw keimanan itu ada peningkatan & penurunan.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (57/2019): ILMU TASSAWURR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Kampung Melayu, Kluang, Johor: 14 April 2019/ 8 Syaaban 1440H (Ahad).

●Pendahuluan
-Dalam jasad kita mempunyai hati yg perlu kita sentiasa jaga. Sekiranya bersih hati kita maka akan baik amalan dan perbuatan kita.
-Iman kita turun dan naik. Maka kita perlu berusaha utk menjaga hati kita.
Ilmu tasawwur dpt membantu menjaga hati kita.

-Hati kita yg keras umpama batu boleh dilembutkan.
-Sebaik-sebaik seorang ialah meninggalkan perkara yg tidak memberi manafaat baginya. Cthnya menonton wayang, bola dll.
-Wahai orang muda, jika kita menjaga (mengingati) Allah maka Allah akan menjaga kita.
-Dosa adalah sesuatu yg membuat hati kita resah. Sesuatu kebaikan yg kita buat membuat hati kita tenang. Cth dgn berwuduk, mengaji, berzikir dll akan membuat hati kita tenang.
-Kita perlu memandang sunnah secara semasa.
-Ilmu agama adalah syariat.
-Tariqah adalah jalan untuk menuju Allah. Antaranya solat, puasa dll.
-Tariqat khas..ia jalan kumpulan tertentu. Namun kita perlu berhati-hati utk mengetahui amalannya.

-Seseorang ingin menyampai taraf wali ia perlu tahu semua ilmu agama.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (56/2019): BERBUAT BAIK/ MENYAMBUNG SILATURRAHIM DENGAN IBU BAPA DAN SAHABAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 19 April 2019/ 14 Syaaban 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari.
Sumber: Kitab Adabul Mutrab


●Pendahuluan
-Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menyantuni dan menyambung silaturrahim dengan kawan/sahabat/kenalan ibubapanya.
-“Memasukkan kegembiraan kepada orang muslim adalah satu perkara yg paling agung.”
-Kisah Abdullah Ibnu Umar r.a dengan seorang arab badwi. Beliau telah menegur dan meraikan arab badwi itu yg merupakan sahabat kpd ayahnya.
-“Peliharalah kasih sayang ibubapa mu.”
-“Sebaik-baik baki ialah orang menyambung silaturrahim ibubapanya.”
-“Orang yg memutuskan silaturrahim tidak akan dimasukkan ke dalam syurga.”
-“Sesungguhnya malam pertama daripada malam-malam ramadhan adalah malam yg Allah melihat hamba-hambaNya.”
-Jika pada malam pertama Ramadhan kita dilihat berada dalam keadaan keredhaan Allah, maka kita akan diberikan keampunan oleh Allah selama-selamanya. Kecuali orang yg memutuskan silaturrahim.”
-Iaitu orang yg tidak menjaga silaturrahim akan terhalang dpd mendapat keampunan Allah.
-Keutamaan ramadhan adalah malam pertama ramadhan. Ia adalah malam Allah melihat hambaNya.
-“Jangan kamu memutuskan perhubungan dgn orang yg ayah kamu mempunyai hubungan dengannya melainkan akan dipadamkan cahaya keimanan daripadanya.”
-Sabda Nabi saw: “Berebut-rebutlah dalam berbuat kebaikan.”
Kecintaan Itu Adalah Perkara Yg Diwariskan:
-“Aku cukupkan engkau bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya kecintaan itu diwarisi.”
-Maksud kecintaan di sini adalah silaturrahim.
Ini adalah perkara yg amat besar. Itu sebab itu nyatakan bhw “aku hendak cukupkan kamu dgn satu nasihat.”

-“Aku cukupkan engkau dgn kata-kata Rasulullah saw.”
-Bab Jangan Memanggil Ayah Dengan Namanya, Jangan Duduk Di Depannya, Jangan Lalu Di Depannya:
-Saidina Abu Hurairah ra bertanya pd seorang lelaki: “Siapakah orang sebelah kamu. Dijawab oleh lelaki itu bahawa itu adalah ayahnya. Lalu Saidina Abu Hurairah ra menyatakan “kamu jgn memanggil ayah kamu dgn namanya, jangan kamu berjalan di hadapan ayah kamu, jangan kamu duduk sebelum ayah kamu duduk..”
-“Jangan kamu berkata “uhh” kpd ibu ayah kamu.”
-Zaman sekarang ini kita telah “diregangkan” dpd adab-adab. Semakin kita advance nampaknya kita semakin dekat dengan fitnah Dajjal.
-Hendaklah kita kembalikan cara kehidupan kita mengikut zaman silam ibubapa kita. Perteguhkan adab susila kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (55/2019): TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN URUSAN DAKWAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Besi, Putrajaya: 20 April 2019/ 15 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Nik Sakiman.

●Pendahuluan
-Kehidupan ini sentiasa memerlukan orang lain.
-Justeru jangan kita memandang rendah kpd orang lain kerana pangkat, darjat, harta kekayaan, kecantikan dll.

-Menjalankan amal makruf dan nahi mungkar adalah tanggungjawab kita.
-Rugilah bila kita nampak majlis ilmu tetapi kita berlalu pergi.
Sekurang-kurangnya hendaklah kita duduk sekejap bagi mendapat doa para malaikat dan mencerap sedikit ilmu.

-Semua orang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah. Sekurang-kurang kita berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan adab yg baik.
-Dalam menjalankan kerja dakwah dan menyampaikan kebaikan memang banyak ujian. Baginda Rasulullah saw dan para Nabi pun begitu banyak ujian yang dilalui. Apa jua ujian yg kita lalui sekarang tidaklah sehebat ujian para Nabi & para sahabat terdahulu.
-Dalam membuat usaha dakwah hendak dengan berlemah lembut dan berkhikmah.
Usaha dakwah juga perlu mengikut tahap-tahapnya. Ianya perlu berstrategik.

-Surah Al-Assyura ayat 43: “Tetapi orang yg bersabar itu adalah yg lebih baik..”
-“Maafkan kesalahan itu adalah lebih baik..”
-Surah Az-Zummar: “Sesungguhnya orang yg bersabar itulah yg dicukupkan mereka dengan pahala yg baik.”
-Dalam setiap perkara kebaikan yg hendak dibuat hendaklah dengan usaha secara istiqamah, kemudian kita hendaklah berdoa dan berserah/bertawakkal kepada Allah.
-DUIT (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal).
-Jadikanlah membaca al-quran & menghafalnya sebagai keutamaan dalam hidup kita.
-Semoga Allah sentiasa memberi keluatan iman kepada kita. Semoga kita & keluarga kita sentiasa dipanjangkan umur dalam keberkatan. Sama-sama kita amalkan akhlak dan keperibadian yg mulia. 
Semoga kita menjadi Hamba-Hamba Allah yg soleh. Aamiin.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.