Sunday, 1 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (245/2019): BERBUAT BAIKLAH WALAUPUN DALAM PERKARA SEKECILNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 1 Disember 2019/ 4 Rabiulakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan.
-Al-quran dan hadith merupakan panduan kepada kita yang mencangkupi 2 perkara:
1. Hubungan manusia dengan Allah
-Akidah dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.
-Mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
2. Hubungan manusia sesama Allah
-Mengekal hubungan yang baik dengan linkungan alam
-Tidak ada orang yang boleh hidup bersendirian. Semua kita akan berurusan sesama manusia.
-Saling memerlu dan melengkapi satu sama lain.
-Tanggungjawab kepada ibubapa, suami isteri, jiran dan lain-lain.
-Sesungguhnya agama Islam amat mulia.
-Justeru, hendaklah kita menjaga akhlak kita. Tunjukkanlah kemuliaan Islam.
-Orang yang baik ialah bila ia boleh melebihkan orang lain walau pun ia lebih berhak terhadap sesuatu.
-Jangan kita membazir harta benda kita. Muhasabah diri kita, bagaimana kita menggunakan makanan, pakaian, kenderaan dan lain-lain.
-Kita penuhilah kehidupan kita dengan membuat banyak kebaikan.
-Surah al-A’raf, ayat 56:
إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِیبࣱ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”
-Allah swt menjamin ganjaran bagi mereka yang melakukan kebaikan.
Surah ar-Rahman,ayat 60:
هَلۡ جَزَاۤءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?"
-Walau sekecil kebaikan seperti mengutip sampah dan membasuh pinggan di rumah yang kita lakukan tetap dikurniakan Allah dengan ganjaran kebaikan.
Walau pun mungkin manusia tidak menghargai kebaikan yang dilakukan.
-Surah az-Zalzalah,ayat 7:
فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ
"Maka sesiapa berbuat kebajikan walau hanya seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (ganjaran itu dalam surat amalnya)!"
-Setiap kebaikan yang kita lakukan samada kecil atau besar akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya oleh Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 261:
مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰ⁠لَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰ⁠سِعٌ عَلِیمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"
-Inilah kemurahan Allah swt yang sentiasa membalas sesuatu kebaikan yang kita lakukan dengan ganjaran yang luar biasa iaitu hingga 700 kali ganda atau lebih.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (244/2019): PERBEZAAN WIRID KERANA PERBEZAAN SITUASI/TANGGUNGJAWAB (6 GOLONGAN)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 30 November 2019/ 4 Rabiulakhir 1441H (Sabtu).

Tajuk: Perbezaan Wirid Kerana Perbezaan Situasi/Tanggungjawab: 6 Golongan
●Pendahuluan
-Orang yang berjalan menuju akhirat boleh dikategorikan kepada 6 golongan:
i. Ahli ibadat
ii. Ahli ilmu
iii. Penuntut ilmu
iv. Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali)
v. Golongan pekerja
vi. Orang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah
-Surah al-Furqan, ayat 62: “Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).”
-Jadi dalam ayat di atas menyatakan bahawa bila kita mengingati Allah bermakna kita berwirid.
-Allah jadikan siang untuk manusia mencari dunia dan malam untuk berehat. Namun bukan tidak boleh bekerja di malam hari.
Allah jadikan siang itu untuk kehidupan kamu. Jangan pula kamu ingat kehidupan dunia itu bukannya wirid.
-Syukur kita dapat terus mentaati perintah Allah.
-Semoga Allah pandang kebaikan yang kita buat dan menjadi bekalan bagi kehidupan akhirat kita.
-Walau pun mungkin kita tidak dapat menafaat keduniaan terhadap kebaikan yang kita lakukan di dunia, yakinlah bahawa Allah akan membalas kebaikan yang kita buat di akhirat kelak.
-Golongan kafir ia akan menjadi golongan pelampau. Pada hari ini mereka memperlecehkan Islam.
-Apa yang Allah nukilkan dalam al-quran tentang Bani Israel hendaklah kita jadikan pengajaran dan panduan.
-Ilmu agama ini hendaklah dipelajari melalui jalan yang benar.
-Imam Syafie menyatakan doa, zikir dan wirid adalah amalan yang sama.
Wirid adalah satu bentuk bacaan yang perlu kita amalkan melalui keadaan semasa.
-Imam Syafie menyatakan bahawa ada orang berwirid mengikut keadaa masing-masing.
-Dalam kerja harian yang kita laksanakan dengan ikhlas juga adalah wirid.
Contohnya, wirid bagi seorang guru ialah mengajar anak muridnya dengan ikhlas.
Wirid bagi orang yang ahli ibadat ialah amalan bacaannya.
Setiap orang tidak sama. Justeru masing-masing ada perbezaan dalam usaha mereka.
-Jangan kita rasa bahawa buat kerja dunia boleh diselitkan unsur-unsur dosa.
Bila kita buat kerja dengan ingatkan Allah maka kita akan rasa bahawa kerja kita adalah ibadat. Maka tidak lakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Imam Syafie mengkategorikan amalan wirid kepada enam golongan:
-Ahli ibadat
-Ahli ilmu
-Penuntut ilmu
-Orang yang mempunyai jawatan atau kuasa (al-Wali) / Orang yang berprofession
-Golongan pekerja
-Seseorang yang tenggelam dalam cintanya kepada Allah

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (243/2019): MENCARI SAKINAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah,Presint 18, Putrajaya: 29 November 2019/ 3 Rabiulakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Hasli bin Haji Othman

●Pendahuluan
Nusyuz:
-Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
-Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
-Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
-Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
-Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Antara punca nusyuz:
-Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
-Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
-Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
-Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
-Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
-Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
-Tidak mahu duduk bersama suami (bersembang/bercakap).
-Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
-Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh syarak.
-Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
-Seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
-Surah an-Nisaa, ayat 34: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
-Seorang suami perlu berbuat baik kepada isteri dan anak-anak.
Bagaimana Untuk Mendapat Sakinah Dalam Berumahtangga:
i. Kita perlu syukur kerana Allah kurniakan kita pasangan.
Bila kita syukur, maka Allah akan tambah keberkatan.
ii. Kita perlu senyum kepada suami/isteri kita.
iii. Bergurau senda dengan pasangan (nabi saw bergurau senda dengan isterinya)
iv. Memanggil suami/isteri dengan panggilan yang penuh kasih sayang
v. Peruntukkan masa untuk makan, berbual bersama isteri/suami
vi. Niat untuk jadi suami/isteri yang terbaik
-Apa yang berlaku dalam rumahtangga adalah bergantung dengan niat kita.
-Kekurangan itu adalah ujian Allah.
-Nabi saw menyatakan mana-mana isteri meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha maka ia masuk ke syurga.
-Dengan mengingati Allah maka hati kita akan tenang.
-Masalah rumah tangga hendaklah diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (242/2019): TAFSIR SURAH AL-GHAAFIR (AYAT 1-5)

#Perkongsian Nota Kuliah ( 242/2019 )
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 28 November 2019/ 2 Rabiulakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Haji Amran Che Mat

●Pendahuluan
Surah al-Ghaafir, ayat 2 - 5:
-“Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali. Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain. Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung - sesudah kaum Nabi Nuh itu - telah mendustakan (Rasul-rasulnya), dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!”
-Surah al-Ghaafir, ayat 14: “Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).”
-Kenapa Allah menyatakan dengan berhujah dan memberikan bukti dan dalil.
Sifat Allah yang dinyatakan dalam ayat ini:
1. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
2. Allah Maha Pengampun dan Allah Maha Penerima Taubat
-Ini adalah sifat lembut Allah.
-Justeru janganlah kamu melampaui batas.
3. Kalau kamu tidak mahu bertaubat dan memohon ampun, sifat Allah amat keras kepada hambaNya yang kufur.
Kita tidak ada pilihan. Kepada Allah jualah kita akan kembali.
-Surah Az-Zummar, ayat : “
-Orang kafir adalah orang yang sombong dan menolak kebenaran. Mereka terpedaya dengan keberhasilan usaha dan kemewahan dunia.
Kekayaan harta benda dan anak pinak boleh menjerumuskan seseorang ke api neraka. Kerananya kita boleh leka hingga lupa mempelajari ayat-ayat Allah.
-Kita perlu menggunakan dunia untuk membuat kebaikan sebagai bekalan akhirat.
-Umpama kita sebagai kapal, dunia sebagai laut. Jangan sekali-kali kita biarkan air laut masuk dalam kapal kita.
-Jangan kita menjadi orang banyak sangat mengecapi nikmat Allah tetapi kita tidak mentaati perintah Allah.
-Allah uji kita dengan kenikmatan dan kemurkaan.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (241/2019): ADAB DAN ILMU UNTUK KETAQWAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor: 28 November 2019/ 2 Rabiulakhir 1441H (Khamis).

●Pendahuluan
-Surah al-Maidah, ayat 35: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.”
-“Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah yang akan mengajar kamu ilmu.”
-Dengan ilmulah kita akan mendapat manafaat.
-Bila kita beribadat perlu berasaskan ilmu.
-Soal jawab antara Nabi saw dengan malaikat.
Dari Umar bin Al-Khattab r.a., ia berkata,
“Suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah saw. tiba-tiba muncullah seorang laki-laki berpakaian putih dan rambutnya hitam kelam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan jauh dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Lalu duduklah ia di hadapan Nabi, lalu kedua lututnya disandarkan pada kedua lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata, “Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam.” Rasulullah saw. menjawab, “Islam adalah engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, mendirikan salat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan mengerjakan ibadah haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya.” Orang itu berkata, “Engkau benar.” Kami pun heran, ia bertanya lalu membenarkannya.
Orang itu berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang iman, Nabi menjawab, “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir Allah yang baik atau pun yang buruk.” Orang itu berkata, “Engkau benar.”
Orang itu berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang ihsan.” Nabi menjawab, “Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia pasti melihatmu.”
Orang itu berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang hari Kiamat.” Nabi menjawab, “Yang ditanya tidaklah lebih tahu dari pada yang bertanya.”
Orang itu pun berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya, Nabi menjawab, “Jika budak perempuan telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang-orang yang tak beralas kaki, tanpa memakai baju, miskin, dan pekerjaannya menggembala kambing, telah berlomba-lomba mendirikan bangunan yang megah.”
Kemudian orang itu pergi, aku pun terdiam. Beberapa saat kemudian Nabi berkata kepadaku “Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya tadi?.” Aku menjawab, “Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui.” Nabi berkata, “Dia adalah malaikat Jibril. Ia datang untuk mengajarkan kepadamu tentang agamamu.” (HR. Muslim)
-“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyirikan Allah kecuali dosa-dosa kecil melainkan siapa yang dikehendakinya.”
“Sesungguhnya orang yang tidak berimanan dan mati dalam keadaan kufur maka Allah tidak akan terima apa-apa jua amalan / perbuatan baiknya.”
-Surah-surah dalam al-quran menerangkan ilmu aqidah dan syariat.
“Di utuskan setiap umat itu nabi/rasul..”
Semoga iman kita semakin bertambah.
Menurut Abdullah ibnu mubarak ra:
i. Barang siapa mengambil ringan soal adab dalam kehidupannya maka Allah akan menjauhkannya dalam melakukan perkara amalan-amalan sunatnya.
ii. Barangsiapa yang mengambil ringan amalan sunat dalam kehidupannya maka Allah akan menjauhkan dirinya daripada melakukan ibadat-ibadat fardhu.
iii. Barangsiapa yang mengambil ringan dalam melaksanakan ibadat fardhu menyebabkan Allah mengharamkan ia daripada mengenal Allah.
-Justeru beradab itu penting sebelum kita membuat amalan yang diajar oleh Nabi saw.
-“Berlumba-lumbalah kamu dalam melaksanakan kebaikan.”
-Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Allah. USemoga iman kita tidak terjejas dengan ujian kehidupan.
-Keimanan kita hendak sepenuhnya kepada semua 6 rukun iman.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday, 25 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (240/2019): DOSA BESAR (DERHAKA KEPADA IBU BAPA, BERZINA , MENSYIRIKKAN ALLAH SWT, SUMPAH PALSU DAN MEMUTUSKAN SILATURRAHIM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 24 November 2019/ 28 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Haji Mohd Meeftah

●Pendahuluan
-Nabi saw bersabda seseorang lelaki yang memakai pakaian bercampur sutera maka tidak ada habuan baginya di hari akhirat.
-Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Umar dari Umar ibnu Khathab ra, bahawasanya ketika dia melihat kain sutera yang dijual di depan pintu masjid, maka dia berkata: "Wahai Rasulullah sukakah engkau membeli kain sutera ini untuk kau pakai pada hari jumaat dan untuk menyambut delegasi luar daerah yang datang padamu". Jawab Rasulullah saw: "Sesungguhnya yang pantas memakai sutera ini hanyalah orang yang tidak mendapatkan bahagian di hari akhirat nanti." Tapi setelah beberapa waktu ketika Rasulullah saw diberi hadiah beberapa helai kain sutera; maka salah satu dari kain itu diberikan padaku, aku berkata: "Wahai Rasulullah saw mengapa engkau memberi kain sutera padaku, padahal engkau telah melarang memakainya." Sabda Rasulullah: "Aku memberikan kain itu padamu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu memberikannya kepada seseorang atau kamu menjualnya." Akhirnya Umar memberikan kain itu kepada saudaranya laki-laki seibu yang masih musyrik.”
-Sabda Nabi saw: “Mengkhabarkan padaku Abu Zubair bahawasanya dia telah mendengar Jabir ra berkata: "Rasulullah saw pernah memakai mantel dan sutera kasar yang dihadiahkan pada beliau, tetapi beliau melepasnya dan mengirimkannya kepada Umar. Maka Umar bertanya padanya: "Wahai Rasulullah, engkau telah melepas kain sutera itu, tetapi mengapa kamu memberikannya padaku? Jawab beliau: "Jibril telah melarangku memakainya. "Tiba-tiba Umar menangis dan berkata: "Wahai Rasulullah saw, engkau tidak menyukai baju itu, tetapi mengapa engkau memberikannya padaku?" Sabda beliau: "Aku memberikan pada mu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu jual." Akhirnya Umar menjualnya dengan harga dua ribu dirham."

Sunday, 24 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (239/2019): SIRAH SAIDINA TUFAIL BIN AMRU AL-DAUSI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 24 November 2019/ 27 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Murshidy Mustapha.

●Pendahuluan
-Beliau antara para sahabat yang awal memeluk Islam.
Keperibadian Baik Beliau:
-Beliau suka memberi makan dan memberikan keamanan kepada orang (tempat tinggal) yang memerlukan.
-Beliau ahli syair yang mahir
-Beliau dari golongan bangsawan dan berharta.
-Beliau merupakan pemimpin kepada kabilah ad-Dausi di Yaman. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan berpengaruh.
-Pada satu hari beliau bergerak daripada kampung halaman beliau ke Mekah untuk buat ibadat di Kaabah.
Beliau tidak tahu bahawa ketika itu di Mekah sedang berlaku permusuhan/pertikaian antara Nabi saw dengan kafir Jahilliah.
-Nabi saw menyeru masyarakat Jahilliah kepada keselamatan dan keimanan kepada Allah. Orang Jahilliah melakukan sebaliknya.
-Mereka saling untuk mendapatkan ansar (pertolongan) dan pengaruh.
-Bila Saidina Tufail sampai di Mekah maka ramailah pembesar Jahilliah Mekah yang datang meraikannya.
Mereka ingin menambah pengaruh mereka.
-Kemudian mereka berkata kepada Saidina Tufail bahawa ada seorang lelaki yang hendak memecahkan keluarga dan masyarakat.
Maka mereka minta Saidina Tufail jangan bercakap dengan lelaki itu dan jangan dengar tutur kata lelaki itu.
-Iaitu orang Jahilliah Mekah telah menyatakan kepada Saidina Tufail tentang Nabi saw. Mereka memburuk-burukkan Nabi saw.
-“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhi mu dan kaum mu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”