السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra, Kuantan, Pahang: 25Jun 2019/ 19 Syawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Rosmaini
●Pendahuluan
-Imam Ghazali menyatakan:
“Siapa yang hendak selamat daripada azab Allah maka hendaklah ia sabar dalam setiap kesulitan dan hendak ia sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.”
“Siapa yang hendak selamat daripada azab Allah maka hendaklah ia sabar dalam setiap kesulitan dan hendak ia sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.”
-Firman Allah: “Hendaklah kamu takut pada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu batan.”
-Saidina Aisyah menyatakan bahawa bila Nabi saw membacakan ayat firman Allah tersebut, ianya telah menyebabkan batu kisar gandum menangis. Batu tersebut meminta pada Nabi saw untuk didoakan ia bukannya batu yang dinyatakan dalam firman Allah itu.”
-Dinyatakan, sebenarnya batu yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah batu berhala yang menjadi sembahan manusia yang kufur.
-Dinyatakan, sebenarnya batu yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah batu berhala yang menjadi sembahan manusia yang kufur.
-Jadi kalau batu pun takut pada api neraka maka apatah lagi manusia yang bakal dihisab.
Jadi untuk masuk syurga maka Imam Ghazali minta kita lakukan 3 perkara:
1. Jauhi azab api neraka Allah
-Jangan kita menjemput kemurkaan Allah. Kita jauhilah apa yang dilarang.
Dirikanlah solat dan bersabar.
-Jangan kita menjemput kemurkaan Allah. Kita jauhilah apa yang dilarang.
Dirikanlah solat dan bersabar.
2. Kumpulkan pahala yang sebanyaknya.
-Pahala hanya akan Allah zahirkan di akhirat kelak.
-Kita masih ramai yang endah tidak endah tentang untuk membuat amal bagi mendapat pahala. Ini kerana manusia tidak nampak pahala.
Walau pun diberitahu bahawa pahala berjemaah 27 kali ganda, masih ramai yang tidak mahu mengejarnya.
Walau pun diberitahu bahawa pahala berjemaah 27 kali ganda, masih ramai yang tidak mahu mengejarnya.
-Maka hendaklah kita bersabar dalam mengumpul pahala.
-Kita bersabar dalam membuat ketaatan, kita bersabar dalam menjauhi kemaksiatan & kekufuran dan kita sabar menghadapi ujian.
3. Mendapatkan rahmat Allah.
-Allah masukkan hambaNya ke syurga bukan kerana amalan hambaNya. Tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
-Umur kita pendek. Jadi kalau nak buat amalan pun tidak banyak yang dapat dibuat. Nikmat kurniaan Allah kepada kita lebih banyak daripada amalan kita. Jika kita hendak tulis nikmat-nikmat Allah maka tidak tertulis. Bahkan jika air laut menjadi dakwatnya, sampai kering air laut pun tidak akan terhitung.
Maka dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga.
-Saidina Umar ra dan generasi para sahabat yang lain yang dikenali sebagai generasi khairun ummah pun tidak merasakan bahawa mereka adalah calon syurga.
Walau pun mereka buat banyak amalan berbanding kita, mereka masih merasakan bahawa amalan mereka masih tidak cukup untuk mereka masuk syurga, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Walau pun mereka buat banyak amalan berbanding kita, mereka masih merasakan bahawa amalan mereka masih tidak cukup untuk mereka masuk syurga, melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
-Jadi kita usahalah buat perkara-perkara yang akan mendatangkan kasih sayang Allah kepada kita. Kita jadi insan yang banyak bersabar dan memberi kebaikan serta membuat kebajikan kepada insan & ummah. Bila kita diberi amanah, maka kita tunai tanggungjawab dengan sempurna. Bila kita jadi pemimpin, kita jalankan tanggungjawab kita dengan amanah dan adil. Bila kita ada ibubapa maka kita jaga mereka dan jadi anak yang soleh. Bila kita mampu bantu orang maka kita bantu sebaik mungkin.
-Sesungguhnya amat penting untu kita mendambakan rahmat & kasih sayang Allah. Kita bukan boleh masuk syurga kerana amalan kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.