Monday, 22 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (132/2019): TUJUH KUNCI KEBAHAGIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 22 Julai 2019/ 19 Zulkaedah 1440H (Isnin).

● Pendahuluan
-Semua orang hendak kepada kebahagian, tidak kira siapa jua.
-Saidina Ali ra menyatakan bahawa ada 7 kunci kebahagian.
1. Jangan simpan dendam pada seseorang walau pun ia pernah buat zalim kepada kita.
-Berilah maaf kepada seseorang yang buat kesilapan dan kezaliman kepada kita.
Jangan ikut yahudi “I can forgive but I can’t forget”.
2. Jangan bersedih yang bersangatan (keterlaluan).
-Walau pun masalah yang kita hadapi sedang memuncak.
-Salah satu daripada 40 senjata iblis ialah melalui perasaan. Itu sebab Islam larang untuk kita terlalu gembira dan terlalu sedih. Jangan ketawa keterlaluan.
Jadi jangan bersangatan dalan sesuatu perkara.
Baca kitab “La Tah Zan” (don’t be sad). Iaitu bagaimana untuk merawat kesedihan.
3. Bersedekah dan menghulurkan bantuan ketika mana kamu sedang susah.
-Kita yakin bahawa Allah sentiasa memberi kebaikan kepada kita. Allah boleh beri lebih daripada yang kita keluarkan.
4. Lakukan kebaikan dan kebajikan.
-Walau pun banyak dugaan dan ujian kita terus buat baik.
-Bila kita buat baik pun ada orang tidak suka. Jadi apatah lagi kalau buat perkara buruk.
Memang ada orang yang berpenyakit. Bila kita buat baik ia sakit hati.
5. Hiduplah dengan sederhana, walau pun kita seorang yang mewah.
-Islam memang tidak halang hidup mewah. Tetapi hidup sederhana lebih baik.
-Orang masuk neraka bukan sebab hidup mewah dan kekayaan. Tetapi kerana sombong dengan kemewahan/kekayaan.
6. Tersenyumlah walau pun hati di dalam hancur/gundah gelana.
-Tidak ada orang yang tidak bersedih/bermasalah.
-Nabi saw menyatakan bahawa senyum itu sedekah.
-Kajian barat menunjukkan bahawa senyuman menyebabkan otot muka sihat dan nampak muda.
-Kajian juga menunjukkan bahawa senyuman itu boleh melambatkan proses sakit jantung.
-Jadi senyuman itu adala elemen perubatan.
7. Jangan putuskan doa sesama orang mukmin/beriman.
-Kita doakan kepada semua orang samada masih hidup atau telah mati.
-Kata orang alim, orang yang telah meninggal ia umpama orang sedang lemas. Mereka menunggu doa-doa orang yang masih hidup termasuk anak yang soleh.
Sabda Nabi saw:
-“Ketika mana seseorang itu mendoakan orang lain, maka Allah utuskan malaikat untuk mendoakan kepadanya.”
-Doa para malaikat tidak ditolak oleh Allah. Malaikat sentiasa taat kepada Allah, ia tidak bermaksiat.
-Justeru untuk dapat doa yang makbul, kita tumpang dengan doa para malaikat. Ianya dengan kita mendoakan orang lain.
-Moga kita dapat amalkan seperti yang disabdakan oleh Nabi saw 1,400 tahun dahulu.
-Bila kita berdoa, hendaklah kita benar-benar yakin dengan Allah. Biar hati kita juga berdoa, bukan mulat sahaja yang berdoa. Kita yakin pada Allah.
-Kisah di zaman Nabi Musa as ada seorang pemuda yang jual daging di pasar. Nabi Musa as boleh berkata-kata dengan Allah. Dan Allah telah berfirman kepada Nabi Musa as bahawa pemuda penjual daging akan menjadi teman Nabi Musa as di syurga. Maka kemudian Nabi Musa as pergi berjumpa pemuda itu di pasar. Bila ditanya oleh Nabi Musa as apakah amalannya, dinyatakan si pemuda tersebut bahawa ia buat amalan biasa sahaja.
Maka Nabi Musa as memohon untuk bermalam di rumah si pemuda penjual daging tersebut
Nabi Musa as dapati bahawa memang tidak ada amalan istimewa yang dibuat oleh pemuda itu.
Namun ada satu yang dilakukan, iaitu Nabi Musa as mendapati si pemuda itu menjaga ibunya yang tua. Pada waktu malam ia berulang alik ke bilik ibunya. Pemuda itu menyuapkan sup pada mulut ibunya. Setiap kali disuap ibunya berdoa, “Ya Allah jadikan anak ku peneman kepada Nabi Musa as di syurga.”
Ibu itu berdoa dengan yakin, walau pun anaknya tidak yakin.
Untuk berdoa ada adab-adabnya:
-Bila berdoa Nabi saw mengangkat tangan bersungguh-sungguh.
●Penutup

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (131/2019): PENGAJIAN KITAB ADABUL MUFRAD


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 19 Julai 2019/ 16 Zulkaedah 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Bashir Mohamed Az-Azhari

Bab 24: Bolehkah Seseorang Anak Memangggil Ayahnya Dengan Gelaran Ayah (Kurniah)
Bab 25: Kewajipan Bersilaturrahim.
● Pendahuluan
Beberapa Adab Seorang Anak Terhadap Ibubapa:
-Tidak boleh seorang anak berjalan di hadapan ayah/ibu kecuali sebab tertentu(sakit, melindungi daripada musuh, dll).
-Tidak boleh duduk sebelum ibubapa
Makan.
-Tidak boleh memijak bayang-bayang ibubapanya.
-Surah al-Isra’, ayat 24:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).”
-Surah Al-Nisa’, ayat 36:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.
-Hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan bacaan doa (Surah Al-Isra’, ayat 24):
رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya: Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil.
Di negara Arab:
-Nama Ayah dinisbahkan dengan nama anaknya. Atau anak dinisbahkan dengan nama ayahnya.
-Kurniah Nabi saw antaranya ialah Abu Kassim, Abu Zahrah..
-Di kalangan orang Arab Ramai orang kenal nama kurnia. Contohnya Abu Hurairah, nama sebenarnya ialah Abdurahman bin Sakhr.
-Telah keluar bersama kami Abdullah bin Umar. Ia bawa anaknya iaitu Salim Ibnu Umar,maka bila masuk solat anaknya berkata kepada ayahnya: “kita solat dulu Ya Abu Abdul Rahman..”
-Tidak menjadi sesuatu yang dianggap tidak sopan memanggil nama kurnia di kalangan bangsa Arab.
-Di negara Mesir, si isteri memanggil suami dengan nama sahaja. Ia sudah menjadi adat setempat di sana.
-Tidak menjadi kesalahan kita mencipta nama kurnia kita sendiri. Antaranya dinisbahkan dengan nama anak yang pertama. Atau dinisbahkan dengan nama ayah. Jika diniatkan untuk ikut para sahabat Nabi saw maka ia dapat pahala.
-Laqaf (Nama samaran/gelaran. Ia tidak dinisbahkan kepada nama keluarga).
Abu Has (singa) adalah gelaran kepada Saidina Umar ra.
Jadi dalam Islam memanggil nama ayah dengan gelaran pun diambil perhatian.
Bab 25: Kewajipan Bersilaturrahim.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Nabi saw menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.(HR: Muslim, 2548).
-Sabda Nabi saw: “wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku berbuat baik. Jawab Nabi saw, ibu mu, ayah mu, datuk mu, pelayan-pelayan mu (para pekerja)...”
Usul (ibubapa) & Furuq (adik beradik dan seterusanya).
Kemudian pelayan-pelayan termasuk pekerja-pekerja.
-Yang perlu dilebihkan ialah Usul (ibubapa, datuk/nenek).
-Kenapa dalam berbuat baik Nabi saw minta mulakan ibu kemudian ayah (ini kerana ibu amat memelihara dan memberi kasih sayang pada anak).
Tetapi dalam berbuat taat maka Nabi saw letakkan bapa dahulu (ini kerana bapa yang beri arahan).
-Imam al-Nawawi yang menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka: ‘’Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut’’. (Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi 16/79).
Surah Al-Ahqaf, ayat 15:
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
Maksudnya: Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan.
Hadith # 48:
Perintah dakwah secara terang-terangan:
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ ﴿٢١٤﴾ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢١٥
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iatu orang-orang yang beriman. (Asy-Syu’ara :214
-Ayat tersebut adalah perintah kepada Nabi saw berdakwah terang-terangan untuk mengajak manusia kepada Allah.
Hadith Nabi saw:
-Tatkala turun ayat perintah dakwah secara terang-terangan, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw melaksanakan firman Allah dengan mengumpulkan semua keluarga dan kerabatnya lalu berkata kepada mereka (HR Muslim):
“Wahai Bani Ka’ab bin Lu’ai, selamatkan diri mu dari api neraka! Wahai Bani Murrah bin Ka’ab, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Bani ‘Abd Shams, selamatkan dari kamu dari api neraka, Wahai Bani ‘Abd Manaf selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Bani Hashim, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai bani Abdul-Muttalib, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Fathimah selamatkan diri kamu dari api neraka! Sesungguhnya, aku tidak akan dapat membela kalian di hadapan Allah, selain bahwa kalian mempunyai tali kekeluargaan yang akan aku sambung dengan hubungannya.”
(Rujuk Sahih Bukhari, hadith 3529)
-Nabi saw telah memberi peringatan dan amaran keras kepada kaum keluarganya.
-Bila kita berdakwah kepada umum, kita hendak sampai kebaikan kepada mereka.
Jika kita menasihat orang yang bukan keluarga maka kita lebihkan nasihat yang berbentuk berita gembira (Busra).
Tetapi kita berdakwah kepada ahli keluarga perlu ada dua-dua busra dan inzar.
-Hadith ini tidak bererti bukan Nabi saw tidak mahu beri syafaat.
-Keluarga Nabi saw yang digelar Ahli Bait daripada jalur Saidina Fatimah yang kahwin dengan Saidina Ali ra , cucu Nabi saw..Saidina Hassan dan Saidina Hussin.
-Jadi jangan kita berbangga-bangga dengan hubungan rapat kita dengan orang alim (seperti anak ulamak dll).

Sunday, 21 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (130/2019): BERAMAL DENGAN HUSNUL KHULUK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 20 Julai 2019/ 17 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Muhammad Adli Adlan

● Pendahuluan
-Syukur kepada Allah kerana Allah memberi kepada petunjuk kita. Allah yang bangun kita daripada tidur. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah tempat kita kembali.
-Tidur kita adalah sebahagian daripada mati. Ia untuk kita ingatkan mati.
Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati.
Hanya di alam dunia sahaja ada tidur. Di akhirat kelak hanya tempat berehat-rehat.
-Padanya syurga itu mata tidak pernah melihat, tidak pernah mendengar dan tidak pernah terdetik dalam hati.
-Demikian juga azab api neraka. Mata tidak pernah lihat, tidak pernah mendengar dan tidak pernah terdetik di hati.
Kisah-Kisah Para Sahabat:
-Nabi saw menyatakan, sahabat ku adalah umpama bintang di langit. Sebaik-baik kurun ialah kurun ku.
-Seorang budak telah sampai ke rumah Abu Dardak, maka Abu Dardak menyatakan bahawa rumah ku tidak terbakar. Sampailah orang kedua dan ketiga datang kepadanya memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Dijawab Abu Derdak bahawa rumahnya tidak terbakar. Bila balik ke rumahnya bahawa didapati rumahnya tidak terbakar.
Maka beliau menyatakan bahawa Nabi saw telah mengajar kepadanya untuk membaca doa ini. Nabi saw menyatakan bahawa siapa yang baca doa Sayyidul istigfar waktu pagi maka ia akan diberi perlindungan daripada musibah sehingga petang.
Nabi saw juga menyatakan doa itu elok dibaca pada setiap kali selepas solat.
Doa Sayyidul Istighfar:
“Berikut ini bacaan sayyidul istighfar yang baik untuk sering kamu baca.
للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ertinya: ”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang hak kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampu ku, aku berlindung kepada Mu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui Mu atas nikmat Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR Bukhari no. 6306).
-Selain itu kita sentiasa amalkan membaca 3 Qul-
Kelebihan membaca Sayyidul Istigfar:
1. Masuk syurga.
Dalam hadis yang merupakan lanjutan dari hadis di atas, Nabis saw bersabda
مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Ertinya: “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.”
2. Diampuni Dosa.
-Istighfar adalah bacaan yang kita lafazkan dilidah dan di hati agar diampuni dosa-dosa kita oleh Allah SWT atas kesalahan dan khilaf yang kita lakukan.
-Bacaan ini menandakan betapa kecilnya kita di hadapan Allah.
Kita makhluk ciptaan Allah adalah tempatnya khilaf dan salah.
-Dengan membaca istighfar, kita berharap dosa-dosa kita akan diampunkan.
3. Bentuk Syukur atas Nikmat Allah.
-Dalam bacaan sayyidul istighfar tersebut juga terdapat pengakuan atas nikmat yang diberikan Allah SWT pada kita.
-Membaca istighfar ini juga merupakan kebersyukuran kita pada Allah ta’ala.
4. Dicintai Allah.
-Allah berfirman, surah al-Baqarah, ayat 222: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.”
5. Mencegah Azab.
-Firman Allah surah Al-Anfal, ayat 33: ”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”
-Keutamaan orang yang memohon ampun dan bertaubat pada Allah SWT adalah dapat terhindar dari azab.
6. Memperlancar Rezeki.
-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR: Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
-Dosa-dosa yang kita lakukan boleh menjadi menghalang kelancaran rezeki kita. Dengan membaca istighfar dan memohon ampun pada Allah, diharapkan dosa-dosa yang kita lakukan itu dapat diampunkan.
7. Membersihkan Hati.
-Istighfar dapat membersihkan hati kita. Sepanjang kehidupan keduniaan kita, banyak yang dapat menyebabkan hati kita menjadi kotor dan jauh daripada Allah.
-Banyak perkara ketaatan yang kita tinggalkan dan perkara yang ditegah kita lakukan.
-Sabda Nabi saw: “Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR: Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
8. Ketenangan Batin.
-Istighfar adalah bentuk pengakuan atas segala dosa dan kesalahan yang kita perbuat. Dengan keampunan Allah maka hati kita akan tenang.
-Kita hendaklah sentiasa yakin kepada kekuasaan Allah.
Amat mudah untuk Allah tunaikan permintaan hambaNya.
-Allah jika tidak perkenankan doa hambaNya di dunia, Allah akan tunaikan di akhirat kelak.
-Siapa yang taat kepada Allah seperi yang di bawa oleh Rasul maka Allah akan memberi kejayaan yang besar.
-Kejayaan yang besar itu tidak semestinya dalam bentuk harta benda dan wang ringgit.
-Kita yakinlah dengan perkhabaran Nabi saw. Walau pun ia nampak kecil tetapi ianya besar pada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday, 18 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (129/2019): TIDAK TAHU? BERTANYALAH PADA YANG TAHU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Surau C7, Kompleks C, Putrajaya: 18 Julai 2019/ 15 Zulkaedah 1440H (Khamis) oleh Ustaz Harme

● Pendahuluan
-Kita jangan malu untuk belajar daripada orang lebih tahu.
-Sekiranya kita melakukan kesilapan di atas ketidaktahuan kita kita perlu jujur dan meminta maaf.
-Kita perlu jujur dan mampu memohon maaf serta membetulkan kesilapan yang berlaku.
-Nabi saw bersabda:
“Kamu adalah lebih tahu dalam urusan dunia kamu.”
-Orang yang alim adalah orang yang belajar dari kesalahan. Orang yang cerdik dan bijaksana serta sempuna pengetahuannya adalah orang yang berpengalaman.”
-Kisah pencantuman benih kurma jantan dan betina yang dibuat oleh petani di zaman Nabi saw. Ia telah ditegur oleh Nabi saw bahaw ianya satu perkara yang tidak berfaedah. Maka mereka memberhentikan apa yang dilakukan. Maka pada tahun berikutnya didapati hasil kurma berkurangan banyak. Maka Nabi saw menyatakan bahawa beliau berkata pencantuman itu tidak berfaedah itu atas sangkaannya. Maka Nabi saw menyatakan bahawa sesungguhnya kamu lebih tahu dalam urusan dunia kamu. Lalu mereka kembali membuat pencantuman benih tersebut.
-Nota:Biasanya pendebungaan boleh berlaku secara semulajadi iaitu melalui angin dan haiwan.
-Kisah salmam al-Parisi yang telah mencadangkan supaya digali parit semasa perang Khandak bila tentera Islam telah dikepung oleh tentera musuh. Salman memberi cadangan atas dasar pengalaman beliau. Lalu Nabi saw telah menerima cadangan beliau.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (128/2019): AQIDAH-SAMMIYAT (KEPERCAYAAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT IZRAIL)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 16 Julai 2019/ 13 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohd Darwi

● Pendahuluan
-Syukur kerana dengan taufik dan hidayah kita dapat menunaikan solat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw iaitu solat berjemaah.
-Juga syukur kerana dengan taufik dan hidayah dapat kita berada di majlis yang disebutkan di dalamnya nama Allah. Majlis ilmu ini didoakan oleh para malaikat untuk kita yang hadir.
-Jadi banyak kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kita yang perlu kita sentiasa syukuri. Maka kita jagalah hak-hak Allah.
-Jumlah malaikat sangat banyak. Tidak siapa yang mengetahui jumlahnya kecuali Allah. Namun ada 10 malaikat yang wajib kita ketahui. Mereka mempunyai tugas masing-masing yang berbeza-beza.
1. Malaikat Jibril
2. Malaikat Mikail
3. Malaikat Israfil
4. Malaikat Izrail
5. Malaikat Mungkar
6. Malaikat Nakir
7. Malaikat Raqib
8. Malaikat Atid
9. Malaikat Malik
10. Malaikat Ridwan
(4) Malaikat Izrail
-Dalam al-quran memang tidak ada dinyatakan malaikat bernama Izrail.
Jadi bagaimana ulamak menyimpulkan adanya malaikat Izrail? Ianya adalah diasaskan daripada hadith Nabi saw.
-Dalam surah As-Sajdah, ayat 11 disebutkan tentang malaikat maut: “Katakanlah, “Malaikat maut yang yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhan mu, kamu akan dikembalikan.”
-Tugas malaikat Izrail adalah malaikat yang diwakilkan oleh Allah untuk mencabut nyawa arwah.
Ia mempunyai pembantu-pembantunya yang ramai.
-“Akan mengambil nyawa kamu oleh utusan-utusan Kami.”
-Pada satu masa dahulu, Allah telah ciptakan maut (kematian). Maka Allah mengistihar penciptaan kematian kepada malaikat. Kemudian malaikat tanya kepada Allah apakah itu hakikat maut. Maka Allah telah menyingkapkan kefahaman tentang maut.
Kemudian para malaikat pengsan. Ini kerana melihat betapa dasyatnya kesakitan maut.
Bila malaikat sedar, Allah serahkan maut kepada malaikat Izrail.

Wednesday, 17 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (127/2019): KEJADIAN DAN PENCIPTAAN ALAM BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Catatan Khutabah Gerhana Bulan@Masjid Mahmoodiah, Presint 8, Putrajaya: 17 Julai 2019/ 14 Zulkaedah 1440H (Rabu) oleh Ustaz Muhammad Shabil b. Muhafiz (Ketua Imam Masjid Mahmoodiah(

● Pendahuluan
-Gerhana matahari dan bulan berlaku dengan kehendak Allah. Ianya bukan fenomena semula jadi dan sebagainya.
-Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang boleh menghalang kehendak Allah.
-Firman Allah, “Janganlah kamu sembah matahari dan bulan. Sembahlah Allah..”
-Sabda Nabi saw: “Bahawasanya dalam kejadian matahari dan bulan adalah sebahagian daripada kekuasan Allah. Tidak tidak mati seseorang dengannya. Bila melihat gerhana, maka hendaklah kamu solat hingga tersingkap ianya kembali.”
-Sabda Nabi saw: "Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. “
-Sabda Nabi SAW: "Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis".
-Gerhana bulan adalah satu daripada kejadian alam yang memperlihatkan kebijaksanaan Penciptanya dan menjadi iktibar kepada sekelian manusia.
-Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Ta’ala melakukannya.
-Gerhana bulan adalah suatu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia kerana secara tiba-tiba bulan kehilangan cahayanya.
-Sesungguhnya gerhana bulan yang berlaku tahun demi tahun merupakan peringatan Allah SWT tentang hari Kiamat.
-Umat islam perlu percaya pada penciptaan dan kekuasaan Allah. Matahari bergerak pada siang hari dan bulan pula bergerak pada malam hari dengan kehendak Allah.
-Setiap kejadiaan alam ini adalah petanda kekuasaan dan keagungan Allah untuk hambaNya taat dan patuh pada segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
-Surah Ali Imran, ayat 133: “Dan bersegeralah kamu kepada kampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
-Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Majah yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sediakanlah kelapangan buat beribadat kepada Allah, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan jiwa, dan aku tutupi apa-apa jua kekuranganmu, tetapi jika engkau tidak kerjakan sesuatu kebaikan di waktu yang terluang itu, nescaya Aku penuhi di waktu-waktumu itu dengan kesibukan yang berbagai, dan Aku tidak menutupi apa-apa jua kekuranganmu”.
-Ia juga sebagai pengajaran kepada kita betapa dasyatnya kekalutan dan huru-hara pada hari di Padang Masyar kelak di mana setiap kita kelak akan dihisab dan diberi pembalasan atas setiap perbuatan kita.
-Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Majah yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sediakanlah kelapangan buat beribadat kepada Allah, nescaya Aku penuhi dada mu dengan kekayaan jiwa, dan aku tutupi apa-apa jua kekurangan mu, tetapi jika engkau tidak kerjakan sesuatu kebaikan di waktu yang terluang itu, nescaya Aku penuhi di waktu-waktu mu itu dengan kesibukan yang berbagai, dan Aku tidak menutupi apa-apa jua kekurangan mu.”
-Kejadian gerhana ini adalah menunjukkan kekuasaan Allah Taala ke atas alam ini.
-Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.”
-Surah al-Qasas, ayat 71: “Katakanlah: “Terangkanlah kepadaKu, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka Apakah kamu tidak mendengar?”
-Surah al-Qasas, ayat 72: “Katakanlah: “Terangkanlah kepadaKu, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka Apakah kamu tidak memperhatikan?”
-Surah al-Qasas, ayat 73: “Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
-Kejadian malam dan siang itu adalah tanda atau bukti kekuasaan Allah yang tidak dapat ditandingi. Ia menjadi kemudahan bagi manusia untuk menyusun dan mengatur kehidupan mereka di muka bumi Allah ini.
-Nasihat dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa gerhana.
Antaranya ialah untuk kita:
1. Berfikir dan bertafakur melihat kekuasaan Allah
2. Mengingati akan adanya nikmat syurga dan siksaan api neraka
3. Bersyukur dengan nikmat Allah. Jangan kita lalai daripada terus membuat ketaatan dan meninggalkan larangan Allah.
4. Meningkatkan amalan & persiapan kehidupan akhirat
5. Bersegera bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala dosa-dosa kita.
-Surah ar-Rum, ayat 46: “Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya adalah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahn kamu bersyukur.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Tuesday, 16 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (126/2019): KITAB SYAMAIL MUHAMMADIAH AL-HAFIZ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 15 Julai 2019/ 12 Zulkaedah 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Amin Mohd Tahir
Tajuk: Kitab Syamail Muhammadiah Al-Hafiz~
i. Menuntut ilmu kerana Allah
ii. Tiga golongan yang aman di Padang Masyar
iii. Enam golongan yang akan masuk syurga Firdaus
iv. Empat golongan yang menjadi ahli syurga
v. 12 golongan yang mendapat doa Malaikat
● Pendahuluan
-Bila kita belajar ilmu, niatkan untuk kita mendapat redha Allah. Jauhi daripada orang yang mendustakan ilmu dan menjual agama untuk keuntungan dunia.
-Doa yang selalu kita baca (ayat al-quran): “Ya Allah tambahkan kami ilmu yang mendekatkan diri kami kepada Mu Ya Allah.”
-Kita hendak ilmu yang memberi manafaat kepada kita.
-Kita tidak mahu bila telah mendapat ilmu kemudiannya kita menyeleweng.
-“Barangsiapa yang Allah kasih kepadanya maka Allah fakihkan ia dalam urusan agama.”
-Dalam al-quran menyatakan bahawa jika kita tidak tahu maka tanyalah pada yang mengetahui.
-Firman Allah: “Telah datang pada mu cahaya dan kitab yang terang benderang.”
-Kamu adalah cahaya atas segala cahaya.
-Surah Al-Ahzab, ayat 45 & 46: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), serta pemberi peringatan (kepada orang yang engkar). Dan juga sebagai penyeru (umat msnusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan izinNya dan sebagai lampu yang meneranginya.”
-Nabi saw diperintah oleh Allah untuk berdakwah kepada manusia dan jin.
-Manusia adalah makhluk Allah yang diberi akal dan nafsu.
-Para Malaikat dan semua makhluk yang lain sembah Allah (termasuk gunung ganang, haiwan, tumbuhan dan lain-lain).
Kecuali manusia dan jin. Iaitu di kalangan jin dan manusia ada yang menyembah Allah dan ada yang tidak hendak menyembah Allah.
-Firman Allah: “Sesungguhnya dijadikan manusia dan jin untuk beribadat kepada Ku.”
-Allah pertahankan Nabi saw sebagai utusannya dalam banyak ayat-ayatnya.
-Surah An Najm (53), ayat 1-4: “Demi bintang ketika terbenam, Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan) itu tidaklah sesat (dari jalan yang benar) dan tidak pula keliru (dengan kepercayaan yang salah). Dan dia tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan hawa nafsunya. Segala yang diperkatakannya itu hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
-Iaitu Nabi saw tidak pernah terpesong dan tersesat.
-Semua yang dikatakan oleh Nabi saw dan perbuatannya adalah daripada Allah.
-Siapa yang pegang kepada sunnah Nabi saw pahalanya amat besar dan bakal mendapat syafaat Nabi saw di akhirat kelak.
-Maka kita buatlah sunnah Nabi saw yang kita mampu.
Contohnya, berserban, bersugi, pakai tongkat, ibadat-ibadat sunat dan lain-lain.