Wednesday, 31 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (147/2019): KELEBIHAN MENGHAFAL AL-QURAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Asar@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Julai 2019/ 26 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Imam Masjid Mahmoodiah

● Pendahuluan
-Daripada Saidina Ali ra bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ [أي: عَنْ ظَهْرِ قَلْبِيٍ] فَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ
Maksudnya: “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk 10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam neraka”. [HR: al-Tirmizi, no. Hadith 2905).
Sabda Nabi saw:
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ وَعَمِلَ بِمَا فِيهِ ، أُلْبِسَ وَالِدَاهُ تَاجًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، ضَوْءُهُ أَحْسَنُ مِنْ ضَوْءِ الشَّمْسِ فِي بُيُوتِ الدُّنْيَا لَوْ كَانَتْ فِيكُمْ ، فَمَا ظَنُّكُمْ بِالَّذِي عَمِلَ بِهَذَا
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?”. [HR Abu Daud, no. Hadith 1453]
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (146/2019): FALSAFAH KORBAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 30 Julai 2019/ 27 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Gunawan Che Ab Aziz.

● Pendahuluan
-Ibadat korban itu yang dikehendaki oleh Allah bukannya daging korbannya. Ianya adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
-Korban itu untuk menunjukkan ketaqwaan kepada Allah.
-Surah al-Hajj, ayat 37: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk mu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada mu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk (tubuh) dan tidak juga harta kalian. Akan tetapi, Dia memandang kepada hati dan amal kalian.”
-Surah al-Maaidah, ayat 27: “Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Sesungguhnya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
-Surah al-Maidah, ayat 28: “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepada ku untuk membunuh ku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.”
Habil pun berkata kepada Qabil, “Adakah berdosa aku jika Allah menerima korbanku dan menolak korbanmu?” Habil kemudian menasihati Qabil supaya tidak bertindak tergesa-gesa sehingga mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan.”

Tuesday, 30 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (145/2019): TAKABBUR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 30 Julai 2019/ 27 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Suhaimi Zahid.

● Pendahuluan
-Tempat yang paling mulia ialah rumah Allah. Bila kita dapat berada di rumah Allah, ianya adalah kurniaan Allah kepada kita.
-Kita perbetulkan niat kita. Kita belajar ilmu untuk memperbaiki diri.
-Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan Maha Pemurahnya Allah, semua makhluk dikurniakan rezekiNya.
-Semoga amalan kita di dunia ini dapat dituai di akhirat kelak dengan sifat Maha Penyayang Allah. Sifat Maha Penyayang Allah adalah tertakluk kepada orang muslim.
-Namun jangan sampai amal ibadat kita tidak dapat pahala.
-Setiap kehidupan kita memerlukan ilmu. Jangan kita mempunyai rasa sombong dan takabbur.
-Surah An-nahl, ayat 22-23: “Tuhan kamu yang berhak disembah ialah Tuhan yang satu Maha Esa, oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takabbur menentang kebenaran, sebenarnya bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur.”
-Surah Luqman, ayat 18: “Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.”
-Surah al-Baqarah, ayat 34:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya; “Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
-Surah An-Nahl, ayat 29: “Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekal lah kamu di dalamnya, maka sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabbur.”
-Sifat sombong dan takabbur terbahagi kepada tiga :
i. Sombong dan takabbur pada Allah
ii. Sombong dan takkabur pada Nabi saw
iii. Sombong sesama manusia:

Monday, 29 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (144/2019): JALAN MENUJU SYURGA- MENGHADIRI MAJLIS ILMU & ZIKIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 28 Julai 2019/ 25 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Haji Saleh Saad

● Pendahuluan
Kelebihan menghadiri majlis Ilmu dan Zikir.
-Daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya : “Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhan ku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, di mana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR: Bukhari Muslim).
-Daripada Abu Hurairah ra ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR: Muslim).

Sunday, 28 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (143/2019): KELEBIHAN BERAMAL 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Julai 2019/ 25 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Sabran Jamil Ab Razak

● Pendahuluan
-Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah saw bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).” (HR: Ahmad, at-Tirmizi).
-Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)
-Imam Ibnu Kathir berkata, yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah sepuluh awal pada bulan Zulhijjah.
-Surah al-Hajj, ayat 28: “...dan hendaklah menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu..”
-Sebahagian ulama tafsir menyatakan, 10 hari awal pada bulan Zulhijjah ini kita perlu memperbanyakkan menyebut nama-nama Allah SWT.
-Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (HR Ahmad).
-Justeru, umat Islam perlu memperbanyakkan amalan bertahlil iaitu mengucapkan La ilaha illallah, bertakbir Allahu Akbar serta bertahmid dengan mengu capkan Alhamdulillah.
-Imam Bukhari berkata: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya juga kemudian turut bertakbir sama.”
-Jadi, tidak ada amalan yang mulia ganjarannya melainkan amalan di 10 terakhir bulan zulhijjah.
-Menurut ulamak, pada 10 pertama zulhijjah berkumpulnya segala rukun ibadat.
-Kata ulamak, 10 hari pertama zulhijjah ini lebih afdhal daripada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.
-Maka perlu banyakkan amalan. Antara amalan yang kita perlu buat:
1. Perbanyakkan membaca al-quran.
-Quran adalah mukjizat. Ia melemahkan musuh.
-Antara cara majikan dapat melembutkan staff ialah dengan membaca al-quran. Ambil ibrah daripada kisah Saidina Umar ra yang mendengar adiknya Fatimah ra membaca al-quran. Surah Toha, ayat 1-5.
-Nabi saw telah mendoakan agar Saidina Umar ra memasuki Islam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (142/2019): BAGAIMANA UNTUK RASA AMAN DAN KETENANGAN - JANGAN BERSEDIH SELAGI KITA BERIMAN DENGAN ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 27 Julai 2019/ 24 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Yusrizal Yushak

~Jangan Bersedih Selagi Kita Beriman Dengan Allah
● Pendahuluan
-Kita hendak kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat.
-Itu adalah doa yang sentiasa kita baca. Namun ia tidak boleh hanya mengharapkan kurniaan daripada Allah. Kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.
-Namun kita akan sentiasa menerima ujian kehidupan.
-Setiap perkara yang kita tertanya-tanya terhadap setiap perkara yang berlaku kepada kita, itulah yang kita kenali sebagai masalah.
-Kita usaha hingga sampai ke peringkat kita tidak tertanya-tanya kepada Allah.
-Kita perlu jadi orang yang redha. Iaitu bila kita telah usaha dan Allah beri yang lain daripada yang kita harapkan maka kita terima sebaiknya.
-Kita hendak rasa aman dan tenang.
-Bagaimana hendak jadi orang yang nampak Allah dalam mata hati:
(1) Pastikan segala aspek kehidupan kita selama 24 jam sesuai dengan syariat Allah yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Tinggalkan yang haram dan ikut yang Allah perintah. Setiap perbuatan ikut kehendak Allah.
Kisah seorang ulamak bernama Shahal Abdillah yang tinggal berjiran bersebelahan dengan rumah seorang penghuni orang Yahudi yang najisnya keluar di rumahnya. Iaitu ada kebocoran dalam saluran najis.
Ulamak tersebut sanggup bersusah sediakan bekas tadahan bocoran najis jirannya yang mengalir ke rumahnya dan membuangnya pada hari malam.
Ulamak tersebut redha dengan ujian yang diterima kerana melihat ada kebaikan-kebaikan yang Allah hendak beri kepadanya.
Hinggalah bila ia sudah tua barulah hendak diberitahu kerana ia sudah tidak mampu untuk menguruskannya.
Maka bila ditanya oleh jirannya yang berbangsa Yahudi itu,i sudah berapa lama ianya berlaku, katanya sudah 20 tahun.
Lalu ditanya lagi kenapa ia tidak bagi tahu lebih awal. Maka dijawabnya bahawa ia tidak mahu menyusahkan yang menyebabkan jirannya terpaksa berbelanja lebih.
-Maka dengan perbuatan ulamak tersebut telah menatijahkan kepada jirannnya seorang yahudi memeluk Islam selepas itu.
Ini satu contoh orang yang nampak Allah Maha Penyayang. Ia terima segala ujian dengan sabar.
(2) Sentiasa berzikir mengingati Allah.
-Zikir adalah makanan hati dan jiwa.
-Tidak boleh kita biarkan hati kita tidak diberi makanan. Ia akan menyebabkan hati kita mati.
-Allah jadikan manusia itu lemah. Lemah untuk hadapi cabaran dunia.
Allah uji manusia dengan pangkat, jawatan, keluarga, harta dan lain-lain. Ramai manusia yang gagal.
Kita sibuk menguruskan dunia menyebabkan kita lalai dengan Allah.
Kita boleh jadi kaya, tetapi kita kena kuat. Kita hendak memberi manafaat kepada agama. Contohilah para sahabat Nabi saw seperti Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar ra, Saidina Uthman ra, Saidina Ali ra, Abdul Rahman bin Auf ra dan lain-lain.
-Zikir akan menjauhkan kita daripada maksiat dan kekufuran.
(3) Perlu membaguskan/mengelokkan amalan kita.
-Bila telah baik, maka kita tambah baik.
-Bagai mana dengan solat kita, puasa kita dan lain-lain.
-Kita buat amalan sebenar-sebenarnya kerana Allah. Tidak semata-mata kerana hendak balasan syurga.
-Kita tingkatkan ilmu. Bila kita ada ilmu maka bertambah pahala yang Allah kurniakan kepada kita atas setiap amalan kita.
-Orang yang telah sampai peringkat melihat Allah dengan mata hati ia tidak perlu lagi mendapat nikmat dunia baru nampak Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday, 27 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (141/2019): SOLAT BERJEMAAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 26 Julai 2019/ 23 Zulkaedah 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Ulul Azmi

● Pendahuluan
-Jemaah bererti berhimpun/berkumpul. Solat jumaat ialah juga bererti perhimpunan.
-Solat berjemaah adalah sunat muakkaddah bagi kaum muslimin (lelaki).
-Untuk kaum muslimat ianya hanya harus. Jika bersuami, ia perlu mendapat kebenaran suami dan perlu menjaga fitnah.
-Setelah kematian Nabi saw, Saidina Aishah as dapati setahun ke setahun para muslimat yang ke masjid tidak menjaga fitnah.
-Sehingga Saidina Aishah as menyatakan sekiranya Rasulullah saw masih ada sudah pasti baginda saw yang melarang muslimat ke masjid.
Nabi saw menyatakan bahawa bila semakin jauh daripada zaman baginda saw, keadaan umat akan semakin jauh daripada petunjuk.
-Semasa Saidina Umar ra telah mula ada golongan yang lari daripada ajaran Nabi saw. Iaitu ada golongan yang cuba lari daripada membayar zakat.
Kini telah 1,400 lebih Nabi saw meninggalkan kita. Maka semakin tinggi cabaran untuk umat Islam.
-Kelebihan kita berbanding umat terdahulu ialah kitab al-quran yang menjadi panduan kita tidak akan dapat dipinda. Walau pun ada yang cuba menyelewengkan al-quran ianya dapat dikesan.
-Walau bagaimana pun telah banyak berlaku orang yang meminda al-quran secara perbuatan. Iaitu tidak ikut apa yang dinyatakan dalam al-quran dan sunnah.
-Solat berjemaah adalah fardhu kifayah untuk keseluruhan penduduk di sesuatu kariah. Iaitu ia bukan wajib pada semua orang. Bila telah ada beberapa orang yang melaksanakannya, maka tergugurlah kewajipan pada umat yang lain.
-Namun, jika seseorang itu meninggalkan solat jemaah tanpa uzur ianya adalah dicela.
-Setengah ulamak memasukkan orang yang tidak solat berjemaah sebagai salah satu daripada dosa-dosa besar.
-Jika di sesuatu kariah itu tidak ada orang yang mendirikan solat berjemaah maka semua orang di kariah berdosa. Kecuali yang tidak berdosa adalah yang keuzuran dan kanak-kanak.