Sunday, 23 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (45/2020): PERMUSUHAN SYAITAN DAN MENGENAI TIPU DAYANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 23 Feb 2020 / 29 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zulrusdi.

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.” (HR: al-Bukhari).
-Iaitu syaitan itu mengikut anak Adam melalui aliran darah.
-Dalam kehidupan, kita akan diiikuti dengan tipu daya dan bisikan iblis.
-Untuk menghentikan bisikan syaitan, kita diminta untuk membaca surah An-Nas: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

-Iaitu kita bacalah surah muawaziatan (surah berlindung daripada kejahatan iblis, syaitan, manusia, jin).
Tiga surah tersebut ialah: Surah al-ikhlas, al-alaq & An-Nas.

-Iblis akan berbisik-bisik pada kita bila kita tidak berzikir mengingati Allah.
-Sabda Nabi saw: “Aku diutuskan untuk menyeru dan menyampaikan agama Allah. Tetapi hidayah adalah daripada Allah.”
-Sesungguhnya Allah jualah yang memberi hidayah.
-Surah al-Qasas, ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (44/2020): AMALAN UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT (KITAB AL-AZKAR)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 22 Feb 2020 / 28 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Salleh Saad.

●Pendahuluan
Syukur kita terus dapat kekuatan untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah.
-Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah dan solat isyak berjemah maka ia seumpama beribadat sepanjang malam.”
-Imam Ghazali menyatakan bahawa hendaklah kamu membuat banyak amal sebelum naik matahari dan selepas naik matahari.
-Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ).
-Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah Taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.
-Manusia muslim terbahagi dalam tiga keadaan:
i. Mereka yang melakukan ibadah
ii. Mereka yang melakukan maksiat
iii. Mereka yang melakukan perkara yang harus

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (43/2020): TANDA-TANDA KIAMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presin 18, Putrajaya: 18 Feb 2020 / 25 Jumadilakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohamad Firdaus.

●Pendahuluan
-Wajib beriman akan berlakunya kiamat.
-Tanda-tanda kiamat juga perlu diimani kerana ianya telah disebut dalam al-quran dan hadith Nabi saw. Ia bukan sekadar kita mengambil tahu sahaja.
-Kedatangan hari kiamat adalah antara kunci-kunci perkara ghaib.
Ia adalah perkara-perkara ghaib yang Allah dikhususkan untuk Allah sahaja yang mengetahuinya.
-Ada beberapa ayat al-quran yang menyatakan bahawa hari kiamat itu dalam pengetahuan Allah sahaja.
-Dalam Surah Luqman, ayat 34, Allah SWT menjelaskan kepada manusia bahawa pengetahuan-Nya meliputi banyak perkara.
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”
-Sesungguhnya apa yang manusia ketahui amatlah sedikit sekali.
Allah lah mengetahui segalanya.

Saturday, 22 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (42/2020): PENYAKIT HATI DAN RAWATANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Salleh Saad (Mantan Imam Masjid Putra).


●Pendahuluan
-Penuhilah masa kita dengan membaca al-quran.
-Jangan kita terlepas untuk membaca 10 ayat pertama surah al-kaffi pada malam jumaat atau hari jumaat.
Ia akan memberi ketenangan dan melindungi kita di alam barzakh.

-Surah al-Kaffi, ayat 2: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”
-Surah al-Kaffi, ayat 3: “(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”
Jadi ayat ini memberikan berita yang gembira bagi orang yang beriman dan ancaman bagi orang yang kufur.
Apa itu penyakit hati?
-Segala sifat, perbualan, perasaan, fikiran, sangkaan dan niat yang menjauhkan diri kita daripada menjadi seorang hamba Allah SWT yang mulia lagi suci.

-Sabda Nabi saw: “Sesungguh hati manusia itu boleh berkarat seumpama berkaratnya besi. Maka para sahabat bertanya apakah rawatannya. Nabi saw bersabda, rawatannya adalah al-quran dan mengingati mati.”
-Bila kita ingat mati maka kita akan buat persiapan untuk menemui kematian. Bila ingat mati maka kita tidak terlalu mencintai dunia.

Friday, 21 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (41/2020): DUNIA YANG MENIPU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Khas Sebelum Jumaat@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani.

●Pendahuluan
Surah al-Hadiid, ayat 20: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Firman Allah:
“Ingatlah kehidupan dunia ini hanyalah keseronokan untuk orang yang terpedaya.”

-Ada yang merasa bahawa bila ia kaya raya dan hidup senang maka Allah redha kepada kita. Itu adalah satu yang terpedaya jika ia tidak menjadi insan yang bertaqwa.
-Bagi yang hidup susah pula janganlah merasa bahawa Allah tidak redha kepadanya. Asalkan kita bertaqwa kepada Allah maka ia adalah lebih mulia di sisi Allah.
-Hidup di dunia ini hanyalah musafir lalu.

Monday, 17 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (40/2020): TAFSIR SURAH AL-BAQARAH (AYAT 30-33)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 16 Feb 2020 / 23 Jumadilakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Kehidupan kita berjalan di muka bumi ini perlulah sentiasa mendapat redha Allah.
-Maka hendaklah kehidupan kita mengadaptasi 5 hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh & haram.
-Sekiranya kita dapat mengikuti kelima-lima hukum yang ditetapkan oleh Allah maka kita akan mendapat redha dan rahmat Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 30: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
-Surah al-Baqarah, ayat 31: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Sabda Nabi saw:
-“Setelah Allah membentuk lembaga Adam di dalam syurga maka Allah membiarkan di dalam syurga...”


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (39/2020): PENJAGAAN KESIHATAN MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 14 Feb 2020 / 21 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Prof Dr Azizi Al Safi Ismail (Pakar Kesiharan Lincoln University)

●Pendahuluan
Formula penjagaan kesihatan Nabi saw:
-Berbekam
-Madu
-Kecergasan Fizikal
-Tiada bahan memabukkan seperti arak, dadah dan rokok

Mengapa Perubatan Semulajadi?
-Ibn ‘Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Penyembuhan terdapat di dalam tiga perkara: seteguk madu, berbekam dan besi panas. Tetapi aku melarang umatku menggunakan besi panas.” (HR: Bukhari).

Steps In Improving Renal Functions:
i. Cupping therapy
ii. Avoid animal protein (vegetarian)
iii. Barley diet & drink
iv. Detox, drugs
v. Exercise (Breathing & Swinging)
vi. Fasting / Intermitten Fasting.

Menjaga Makanan Tidak Berlebihan:
-Sabda Nabi saw: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya.”