السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib Khas@Surau Jumaat Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 30 Dec 2018 / 23 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar Idrus.
Sumber: Kitab Anak Kunci Syurga (samb. ms 77: Solat Mayat)
●Pendahuluan
-Bila ada berlaku kematian, maka perlu lakukan:
Mandi
Kafan
Solat
Tanam
Solat Mayat:
-Pahala solat mayat sebesar gunung uhud (lebar 7km lebar, tinggi lebih kurang 2000 kaki tinggi)
-Nabi saw bersabda: “Siapa yg ziarah orang meninggal kemudian ia sembahyangkan solat jenazah dan ia ikut menghantar ke kubur maka ia dapat dua qirat pahala. Banyak manakah satu qirat? Satu qirat seumpama bukit/gunung Uhud.”
Bayangkan bagi orang solat jenazah orang selama 10 tahun. Betapa banyaknya pahala yg boleh diperolehi.
-Setiap kita tidak mengetahui bila kematian kita. Yang tahu hanya Allah dan malaikat maut.
“Katakanlah, bagi tahu kepada manusia..ia datang kepada manusia untuk mencabut nyawa manusia”
Bolehkah kita tahu bila kita hendak mati? Adakah ia umpama road tax kereta.
Maka road tax manusia boleh tahu jika kita boleh berhubung dgn malaikat maut.
Ttp kita tidak boleh berhubung dgn malaikat.
-Bila datang masa tempoh hidup kamu untuk berakhir, ia tidak boleh lewat atau awal walau pun sesaat.
-Solat jenazah terbahagi kpd dua:
Solat Jenazah hadir
Solat Jenazah ghaib
-Justeru bila kita dengar shbt baik atau saudara mara dll yg meninggal di tempat lain mk hendaklah kita buat solat jenazah ghaib mereka.
Jauh mana boleh solat jenazah ghaib ialah jarak yg membolehkan solat jamak/qasar iaitu jarak 56 batu 85-90 km.
Wbp jk ada keuzuran atau tidak ada kenderaan maka boleh solat jenazah ghaib.
Apa yg ada ditangan kita akan ditinggalkan. Maka kita bawalah banyak catatan amal.
-Kita banyak dosa, maka kita buat banyak amal baik yg boleh memberatkan timbangan kita.
Nabi saw bila mendengar Raja Najasi meninggal dunia pd bulan Rejab thn ke-9 Hijrah, baginda saw telah membuat solat jenazah ghaib bersama para shbt di satu padang. Masa itu Nabi saw berada di Madinah (jarak lebih kurang 1,500 km dgn Yaman).
Raja Najasi asalnya kristian yg kemudiannya memeluk Islam. Ia menjadi muslim yg baik.
Di Eropah sekarang banyak masuk Islam.
-Solat jenazah tidak wajib dibuat di masjid atau surau. Ada ulamak yg menyatakan afdhal disolatkan di masjid/surau. Ada juga ulamak yg menyatakan harus disolatkan di masjid/surau.
-Jika hendak jenazah kita disolatkan di masjid/surau dgn jemaah yg ramai maka hendaklah kita lazimkan berjemaah di masjid/surau.
-Amat malang jika kita tdk pernah berjemaah masjid/surau ttp kita berharap utk disolatkan jenazah di masjid/surau. Yg dapat pahala bukan kita yg telah mati ttp orang yg masih hidup yg mensolatkan kita.
Rebut lima perkara sblm dtg lima perkara. Salah satunya masa sihat sebelum datang sakit.
Wp harta kita banyak ttp jika Allah tidak izinkan maka kita tidak akan dapat menikmatinya walau pun sesuap nasi.
Maka hendaklah kita berusaha memberi ruang masa utk berjemaah di masjid/kuliah dan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Gunakanlah kesempatan masa yg kita ada untuk beramal dan meraih sebanyak mana pahala.
Q&A:
Q1: Mengajar mengaji ttp dalam haid.
A1: Haram utk membaca al-quran waktu haid. Ttp boleh betulkan bacaan anak murid kita. Iaitu anak murid kita yg membaca.
Q2: Apa hukum mengenakan bayaran bagi mengajar al-quran
A2: Hukumnya harus. Wang diperlukan utk pengurusan dll. Tetapi jangan kita berniat menjual agama untuk hidup.
Sesuatu yg haram itu jelas dan yg halal itu jelas.
Orang yg mengambil gaji utk urusan agama hukumnya harus. Ini fatwa yg dikeluarkan oleh Saidina Uthman r.a.
Wbp jgn kita rosakkan hati bekerja krn nampak duit
Q3: Bolehkah kita follow Jesus
A3: Tidak boleh
Perbuatan pekerjaan bergantung kpd apa yg dilakukan.
Kita perlu beriman kpd semua Nabi iaitu termasuk Nabi Isa.
Tapi jgn guna ayat we follow Jesus. Ttp kita believe Jesus. Kita follow Nabi saw.
Q4: Bagaimana kita hdk buat aqiqah bg anak2 kita yg ramai ttp budget kita terhad.
A4: Buat ikut kemampuan. Utamakan buat utk diri sendiri
Q5: Bagaimana utk meminta maaf atas dosa kita kpd ibubapa yg telah meninggal
A5: Bila telah meninggal maka mmg sudah tidak boleh meminta maaf. Mohon maaf tidak berjawab didunia ini. Diakhirat nanti baru ibubapa kita akan menjawab samada ia memaafkan atau tidak
Kita hendaklah buat baik kpd ibubapa kita. Wp ibubapa kita yg bukan Islam
Begitu juga dgb kes hutang. Kita perlu bayar hutang orang yg kita berhutang semasa di dunia. Jika tidak maka ia akan dituntut di akhirat kelak. Pahala kebajikan kita akan diambil oleh orang yg kita hutangi.
Seorang isteri pastikan sentiasa pegang tangan suami untuk meminta maaf. Bila hdk pergi kerja, saling memohon maaf.
Q6: Budak yg duduk saf di saf dewasa
A6: Nabi saw mengaturkan saf. Yg pertama ialah yg dewasa. Kmdn diikuti oleh kanak2 yg baligh kmdn diikuti olh wanita.
Ulamak menyatakan bhw tidak putus saf bg kanak2 yg berada di saf dewasa. Wbp ada perbezaan pandangan.
Q7: Bolehkah kita biarkan orang yg dtg lewat pergi ke saf hadapan
A7: Dibolehkan. Namun perlu beradab, jgn langkah orang. Kalau sudah padat, tidak dibolehkan.
Q8: Apakah hukum orang yg tertidur dalam solatnya.
A8: Hukumnya batal solat. Orang yg tidur ia batal wuduknya.
Tidur yg tidak batal wuduk bila ia bersila & tidak mengangkat punggungnya. Iaitu ia duduk pada dua punggungnya dan tidak bersandar.
Q9: Apa yg dimaksudkan hidup orang bujang tidak baik dan Nabi saw tidak mengaku umatnya.
A9: Ia tidak baik jika ia seorang bujang ttp hidup mcm orang kahwin (bersekedudukan). Ini yg dikatakan bhw Nabi saw tidak mengaku umat.
Orang yg berkahwin dpt kelebihan.Tetapi jika ia bujang tetapi ia hidup mengikut landasan Islam maka ia tidak mengapa.
Q10: Apa hukum meletakkan frame ayat-ayat al-quran di dinding rumah.
A10: Hukumnya harus. Yang haram ialah meletakkan patung. Tidak masuk malaikat di rumah2 yg ada perhiasan patung-patung. Tetapi patung permainan kanak-kanak tidak mengapa.
Q11: Hukum tetamu buat rumah macam rumah sendiri
A11: Adab pergi rumah orang.
-Bila pergi rumah orang maka kita jangan terus melihat ke dalam rumah. Jgn halakan pandangan ke dalam rumah. Kemudian beri salam sehingga tiga kali.
Jika telah dijawab salam maka jgn terus masuk. Bila dibenarkan masuk baru masuk. Masuk dalam rumah jgn lama-lama. Paling lama 10-15 minit sahaja. Kecuali jika tuan rumah yg minta duduk lama. Jangan kita bawa orang lain masuk. Ia umpama pergi jemputan kenduri. Kalau bawa kawan maka hendaklah minta kebenaran tuan rumah terlebih dahulu.
Q12: Bolehkah kita letak nama haji pada orang yg kita buatkan badal haji
A12: Boleh.
Kita boleh buat badal haji bagi orang yg tidak sempat menunaikan haji sebelum kematiannya, terutamanya ibubapa dan suami/isteri kita.
Meletakkan nama haji adalah utk memuliakannya.
Wbp dlm kitab dinyatakan bhw jgn tulis nama panjang2 dikubur.
Q13: Puasa sunat yg manakah yg afdhal.
A13: Puasa sunat hari Isnin dan Khamis.
Hari isnin Nabi saw dilahirkan dan pada hari khamis buku amalan diangkat ke langit.
Kita buatlah yg mana yg mudah bagi kita.
Puasa itu bagi Allah. Allah yg akan membalasnya.
Q14: Kenapa tidak ada tabir bagi jemaah wanita
A14: Tabir boleh diletak atau tidak. Ia elok diletak utk elak pencampuran.
Q15: Solat jamak qasar ikut imam perlukah buat 4 rakaat jika telah dirakaat ke 3 & 4.
A15: Jika imam dah masuk rakaat ketiga & keempat maka tidak perlu buat empat rakaat.
Q16: Sahkah solat yg tidak mengeluarkan suara?
A16: Tidak sah solat yg bacaannya tidak didengari suara di telinga kita.
Orang yg gagal di padang Masyar, ia akan terima buku amalan dari belakang. Kenapa? Ia tidak hendak kpd agama & akhirat. Ia amat mencintai dunia.
Q17: Gigi berdarah, adakah batal wuduk
A17: Tidak batal wuduk. Ttp kita hendaklah berkumur-kumur. Atau pun gunakan tisu.
Q18: Apakah hukum solat tetapi masih minum arak dan makan benda yg tidak halal.
A18: Solat sah. Namun kita perlu usaha tinggalkan perkara haram. Di akhirat nanti, setiap amalan baik dan jahat kita akan ditimbang.
Q19: Apakah hukum guna khinzir utk tujuan perubatan dan produk kesihatan.
A19: Jika ada pilihan maka perlu dielakkan. Barangsiapa yg tidak ada pilihan maka terangkat keharamannya. Ia dalam keadaan darurat.
Q20: Bagi wanita, solat di manakah lebih afdhal, di rumah atau di masjid/surau.
A20: Jika datang ke masjid/surau semata-mata untuk solat, maka wanita itu lebih afdhal solat di bilik tidur di rumahnya. Tetapi jika ke masjid itu selain utk bersolat dan dengar kuliah maka elok utk solat di masjid/surau.
Q21: Bagaimana isteri yg tidak berhias menyebabkan suami tidak tertarik dan berkeinginan.
A21: Seorang isteri hendaklah berhias untuk suami.
-Allah menyatakan, jangan kamu bersolek melainkan untuk suami kamu.
Sunat utk seorang isteri berpakaian seksi di hadapan suami.
Q22: Bolehkah kita berdoa utk keburukan orang lain.
A22: Kita jgn berdoa utk keburukan orang. Nabi saw byk berdoa yg baik2.
Q23: Hukum aurat dengan ibu mertua.
A23: Ia sama seperti hubungan dgn emak sendiri
Q24: Mana yg lebih baik, pergi umrah banya kali berbanding bersedekah kpd orang miskin.
A24: Lebih utama utk sedekah pd orang memerlukan berbanding pergi umrah banyak kali. Pahalanya lebih banyak.
Q25: Hukum onani kerana ketagihan.
A25: Nabi saw menyatakan bahawa wahai orang muda jika kamu mampu menjadi suami mk hendaklah kamu berkahwin. Ia dpt menjaga pandangan dan hawa nafsu.
Allah laknat orang yg berkahwin dgn tangan sendiri. Hukumnya haram.
Nabi saw amat bangga orang yg byk anak. Kahwinilah perempuan yg sangat sayang pada kamu.
Jgn bimbangkan kekurangan rezeki. Setiap insan ada rezekinya.
Q26: Jika seseorang itu meninggal pd hari jumaat adakah ada soal jawab di alam barzakh.
A26: Ada soal jawab ttp soalannya diringankan.
Q27: Apakah hukum menguap semasa membaca al-fatihah. Perlukah utk ulangi bacaan al-fatihahnya.
A27: Jika rosak bacaannya mk ulang ayat yg rosak tersebut (iaitu ulang pangkal ayat).
Q28: Bagaimana pendapat menyatakan anjing ada bersama dlm gua masa peristiwa al-kaffi.
A28: Ia tdpt banyak khilaf.
Q29: Apakah syarat utk solat jenazah ghaib
A29: Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila jenazah telah siap dimandikan.
Q30: Jika jenazah telah meninggal lama, adakah boleh buat solat jenazah ghaib (spt dibuat dikubur)
A30: Boleh solat jenazah ghai
Hukum solat atas kubur adalah sunnah Nabi saw. Pd satu peristiwa Nabi saw bertanya di manakah seorang yg biasa menyucikan masjid. Di beritahu beliau telah meninggal. Mk ditunjukkan kpd Nabi saw kuburnya. Lalu Nabi saw membuat solat jenazah ghaib di kuburnya.
Siapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka kita tulis yg baik-baik.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.