Saturday, 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (171/2019): TAHUN BARU TITIK TOLAK PERUBAHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 31 Ogos 2019/ 1 Muharram 1441H (Sabtu)

● Pendahuluan
-Bila kita menyambut tahun, yang pentingnya adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Iaitu hijrah berkehendakkan kepada perubahan.
Yang penting ialah untuk kita hendak berubah.
Dinamakan tahun hijrah kerana kita diperlukan untuk berubah.
-Bulan pertama dalam tahun hijrah adalah muharam (al-muharam). Muharam ialah diharamkan segala yang tidak baik. Riba, rasuah dan seumpamanya adalah haram.
-Keseluruhan tahun adalah dinamakan al-hijriah. Maka kita perlu sentiasa berubah untuk terus menjadi baik.
Kita tinggalkan segala perkara yang tidak baik.
Keseluruhan kehidupan kita adalah terikat dengan ibadat.
-Surah Al-Asr: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
-Allah bersumpah dalam ayat ini. Ini menunjukkan ianya adalah satu perkara yang amat penting
Ianya juga kerana ianya tidak nampak (ghaib) oleh kita.
Sumpah ini biasanya untuk orang yang degil.
Jadi Allah kuatkan sumpah dalam ayat surah Al-Asr, “demi masa sesungguhnya..”
Al-Insan..menunjukkan setiap aktiviti dalam menjalani kehidupan manusia dalam satu hari, ia akan rugi kecuali orang yang beriman dan membuat amal soleh.
Amal soleh terkait dengan iman.
Bila ayat menyatakan: “Wahai orang beriman,maka hendaklah kamu mendirikan solat...”
Justeru siapa yang beriman akan beramal soleh. Jika buat amal buruk maka ia menunjukkan lemah imannya.
Fungsi Kehidupan Manusia:
1. Untuk Beribadat
-Firman Allah: “Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah.”
Jin kita tidak nampak. Syurga,neraka, roh, janin dan lain-lain yang ghaib kita tidak nampak.
Maka jika kita hendak hijrah ianya bukan mudah.
Manusia itu berbeza dengan fiitrah jin. Fitrah manusia adalah nampak.
Setiap kehidupan kita hendaklah dijadikan sebagai ibadat. Maka kita mulakan setiap perkara dengan Bismillah.
Kita mulakan dengan menyebut nama Allah.
Kemudian kita bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita.
Siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi.
Kita akan diuji dalam kehidupan. Maka siapa yang berjaya menerimanya dengan kesabaran ia akan berjaya.
Allah minta kita supaya meminta hidayah. Kita bukan minta sesuatu atas keinginan hawa nafsu semata-mata.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (170/2019): MEMPERBANYAKKAN KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 1 Sept 2019/ 1 Muharram 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Dalam kita hendak membuat hijrah ke arah yang lebih baik pastinya akan banyak ujian.
-Ujian yang ditemui oleh Nabi saw dan para sahabat amat banyak sehingga melibatkan nyawa.
-Bagi orang yang berjaya dalam membuat hijrah maka akan banyak kelebihan dan kebaikan yang dijanji oleh Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Apakah Hijrah Yang Boleh Kita Lakukan:
1. Memperbanyakkan membuat kebaikan.
-Kita jauhi kejahatan. Syaitan akan sentiasa datang kepada kita bagi melakukan kekufuran.
-Surah An-Naas:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".”
-Surah Al-Nasr:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima Taubat.”
-Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (surah Al-Nasr), maka pujilah Allah.
Maha Suci Mu Ya Allah. Dengan memuji Mu Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada ku.
2. Mengamalkan apa yang diperintah oleh Allah dalam al-quran.
Maka bertasbihlah iaitu dengan memuji Allah, memohon ampun dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. (Surah Al-Nasr).
Semasa di akhir hayat, Nabi saw memperbanyakkan membaca tasbih tentang kebesaran Allah dan bertaubat.
Saidina Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw, aku melihat engkau banyak membaca ayat. Apakah ayat yang engkau baca. Maka jawab Nabi saw: “Maka telah ditandakan buat umat ku yang jika aku telah melihatnya maka aku akan memperbanyakkan bacaan, maha suci Allah, aku memohon keampunan kepada mu Ya Allah.
“Izzaja...(surah Al-Nasr).
Maha Suci Allah, Astagfirllah,..

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (169/2019): MEMASUKI SYURGA LEBIH AWAL DARIPADA ORANBG YANG SYAHID


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Asar@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Imam Masjid Mahmoodiah

●Pendahuluan
-Orang yang hidup lebih lama dan banyak amalannya adalah lebih banyak bekalan akhiratnya berbanding orang yang terlebih dahulu dunia kerana syahid di medan perang.
Diceritakan, terdapat dua lelaki berjumpa Nabi saw pada hari yang sama untuk memeluk Islam.
-Apabila telah memeluk Islam, orang pertama sangat rajin beribadah dan melakukan amal kebajikan termasuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah sehinggakan dia meninggal dunia dalam keadaan syahid.
Manakala orang kedua pula meninggal dunia setahun selepas orang pertama itu. Ia meninggal dalam keadaan biasa, bukan di medan perang tetapi hanya di tempat tidurnya sahaja.
“Lalu seorang sahabat, Talha bin Ubaidalha ra bermimpi menyaksikan sendiri dirinya bersama dua orang itu di hadapan pintu syurga. Kemudian muncul satu malaikat dari syurga dan memasukkan orang kedua itu tadi ke dalam syurga terlebih dahulu berbanding orang pertama,” katanya.
Maka apabila terjaga daripada tidur, Talha sangat terkejut lalu menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi saw.
“Selepas menceritakan kepada Nabi saw, baginda memberitahu beliau, “Ya Talha, kenapa kamu terkejut?” Talha menjawab: “Ya Rasulullah bagaimana seorang syahid memiliki darjat tinggi di sisi Allah dimasukkan ke dalam syurga kemudian selepas seorang biasa yang meninggal dunia setahun selepasnya?”
“Lalu Nabi saw menjelaskan: “Ya Talha, bukankah orang yang meninggal dunia kemudian itu hidup setahun lebih lama berbanding individu yang syahid tadi?” Talha menjawab, “Ya, benar.” Nabi saw bersabda: “Bukankah dia berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan dan beribadah dengan lebih banyak pada bulan tersebut?”
“Talha menjawab: “Benar Rasulullah”. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Oleh kerana dia sempat menemui Ramadan seterusnya maka dia dapat beribadah dengan lebih banyak membuatkan Allah mengangkat darjatnya lebih tinggi seumpama langit dan bumi berbanding orang yang mati syahid,” jelasnya.
Huraian Hadith:
-Begitulah ganjaran Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang hidup lebih lama dan banyak beramal serta banyak membuat kebaikan.
-Maka bila hidup lebih lama, akan bertemu bulan Ramadan dan bulan-bulan lain yang perlu diambil peluang oleh kita semua bagi membuat sebanyak mungkin amalan dan kebajikan.
“Dalam kisah ini dinyatakan Talha sangat terkejut, mengapa? Ini kerana terdapat dalam hadis Nabi saw bersabda bahawa: “Bagi orang yang mati syahid ada enam keistimewaan iaitu:
1. Diampunkan dosanya bagi setiap titisan darah yang keluar.
2. Memperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dilindungi daripada azab kubur dan terjamin daripada malapetaka besar.
4. Merasakan kemanisan iman.
5. Dikurniakan bidadari syurga.
6. Diperkenankan untuk memberi syafaat bagi 70 orang kerabatnya.” (HR Tirmizi).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (168/2019): LIMA MUSUH ORANG MUKMIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Nik Kamaruddin Md Junoh

●Pendahuluan
-Sempena bulan Muharram ini disunatkan kita perbanyakkan puasa sunat terutamanya puasa sunat pada 9 & 10 Muharram.
-Sekiranya kita menolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.
-Bila kita membesarkan dan berselawat ke atas Nabi saw maka ia akan meningkatkan syiar Islam.
Musuh orang mukmin itu ada 5:
1. Orang mukmin itu sendiri
Di kalangan manusia ada perasaan hasad dengki.
Sekiranya kita tewas kepada hawa nafsu maka kita tidak suka kebaikan. Sebaliknya jika kita mempunyai sifat taqwa yang menebal, hawa nafsu dapat dikawal. Tidak berlaku hasad dengki dan adu domba.
2. Orang munafik
-Dalam al-quran, satu surah bernama surah munaafiquun khusus menerangkan berkaitan orang yang munafik.
-Surah al- Munaafiquun, ayat 1:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 2:
“Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 3:
“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 4:
“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 5:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (167/2019): TETAMU ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 7 Sept 2019/ 6 Muharram 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Gunawan.

●Pendahuluan
-Syukur kita dapat berada di rumah-rumah Allah. Berada di rumah Allah adalah satu nikmat dan kemuliaan yang amat besar kerana menjadi tetamu Allah.
Maka bersyukurlah kita yang dapat pergi ke rumah-rumah Allah.
-Sabda Nabi saw: “Secinta-secinta tempat di sisi Allah ialah masjid-masjid”
-Jika kita rasa ada tempat yang lebih besar daripada masjid-masjid maka kita perlu semak keimanan kita.
-Bertuah juga kita dapat solat berjemaah. Siapa yang solat Isyak dan subuh berjemaah maka seolah-seolah mendirikan solat sepanjang malam.
-Pada mulanya, di masjid tidak dipasang lampu/pelita. Pada tahun 9 Hijrah baru pelita dihidupkan semasa solat di masjid setelah dicadangkan oleh seorang sahabat bernama Tamim Ad Dari.
-Di zaman Saidina Umar ra, berlaku gegaran di satu bukit dan keluar api.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang mencontohkan satu contoh yang baik dan ianya dikuti oleh orang lain sehingga hari kiamat, maka ia mendapat pahala berterusan.”
-“Berilah gembira gembira bagi orang yang berulang-alik ke masjid dalam gelap malam, baginya adalah cahaya terang benderang yang sempurna di akhirat kelak.”
Jadi jika kita tidak bersyukur kerana dapat berada di rumah-rumah Allah maka kita perlu semak tahap keimanan kita.
Iman pada bahasanya ialah satu ibarat (ungkapan). Iaitu ianya satu membenarkan kepada satu percakapan seseorang. Dengan tasdik yang jazam (yang mantap) semata-mata percaya kepadanya.
Percaya sepenuhnya apa yang dibawa oleh Nabi saw. Ianya satu pembenaran yang murni tanpa melihat/menyaksikan sendiri, semata-mata yakin kepada Nabi saw.
-Untuk faham agama, hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh.
Sabda Nabi saw: “Seseorang itu tidak beriman selagi aku tidak dicintai melebihi dirinya sendiri dan sekelian umat manusia.”
Kita perlu rasa besar terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi saw.

Tuesday, 6 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (156/2019): ADAB-ADAB TERHADAP KAUM KERABAT DAN JIRAN TETANGGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Ogos 2019/ 4 Zulhijjah 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.

● Pendahuluan
-Surah Ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Surah al-Hasyr, ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
-Hidup kita sebagai hamba kadang-kadang kita terleka dan terlupa dengan perintah Allah.
Ada kalanya mulut kita lupa mengucapkan syukur.
Ada kalanya kita lewat sahut seruan Allah.
Namun Allah terus kurniaan dengan nikmat. Boleh sahaja Allah mengambil semula apa yang kita kecapi.
-Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.
-Seseorang muslim terikat dengan ikatan kaum kerabat. Maka sama dengan kewajipan kita beradab dengan ibubapa dan adik beradik maka hendaklah kita juga beradab dengan ibubapa saudara dan kerabat.
-Hendaklah kita memberi pertolongan dan memberi bantuan kebajikan sebagai mana diberi kepada ibubapa dan adik beradik kita.
-Hubungan silaturrahim hendaklah dijaga samada dengan yang muslim dan dengan bukan muslim, dengan yang lebih tua atau lebih tua.
-Yang sakit diziarahi. Yang diuji dengan bala disimpati.
-Yang perlu dibantu maka kita bantu sebaiknya.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati.”
-Surah Muhammad, ayat 22: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”
-Maka tidaklah harus bimbang bila kamu berkuasa sekiranya kita dapat sentiasa taat kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Monday, 5 August 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (155/2019): KITAB RIYADUS SOLIHIN: BAB 51- MENGHARAPKAN RAHMAT/ KASIH SAYANG ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 30 Jun 2019/ 26 Syawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.

●Pendahuluan
-Surah Az-Zumar, ayat 53: “Katakanlah, “wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas kepada diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan setiap dosa. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
-Surah Saba ayat 12: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
-Surah Saba, ayat 17: “Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.”
-Surah Toha, ayat 48: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".
-Surah Al-A’raf, ayat 56: “Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
-Surah Al-A’raf, ayat 156: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.”
Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengaku percaya perkara-perkara berikut, Allah masukkan dia ke dalam syurga walau bagaimana pun amalannya. Perkara-perkara itu adalah menjadi saksi tiada Tuhan selain Allah, hanya Dia yang satu, dan tidak ada sesuatu pun yang menjadi rakan kongsiNya. Orang itu juga menjadi saksi Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya. Juga menjadi saksi Nabi Isa adalah hamba Allah dan utusanNya, beliau adalah kata-kata Allah yang dia sebut kepada Maryam dan roh daripada Allah. Dan mempercayai syurga benar-benar ada dan neraka benar-benar ada.” (HR: Bukhari dan Muslim).