Monday, 9 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (173/2019): KEMULIAAN HARI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM), Presint 8, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 9 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Halim Md Derus
Sumber: (Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Membicarakan Hal-Hal Sembahyang)
●Pendahuluan
-Kita perlu mengetahui tentang tatacara makmun yang muafiq dan makmun masbuk bila kita solat berjemaah.
-Membaca surah itu sunat. Tetapi mengikut pergerakan imam itu adalah wajib bila kita solat berjemaah.
Hari Jumaat adalah hari yang sangat mulia pada Allah.
Ia adalah kerana:
1. Ia adalah penghulu segala hari
2. Nabi Adam as dijadikan pada hari Jumaat
3. Hari kiamat berlaku pada hari Jumaat
4. Menurut satu riwayat, ia adalah sebaik-sebaik hari yang naik matahari padanya.
Pada hari tersebut Allah memerdekakan 600,000 orang daripada api neraka.
Sesiapa yang mati pada hari tersebut, Allah memberi ganjaran baginya pahala syahid dan dipelihara daripada fitnah kubur.
5. Pada hari Jumaat, disunat memperbanyakkan bacaan selawat pada siang hari dan malamnya, membaca surah al-Kahfi, mandi dengan niat sunat Jumaat, kemudian pergi awal pagi ke tempat sembahyang Jumaat dan sunat memberi perhatian kepada khutbah.
-Orang yang datang ke masjid awal pada hari Jumaat bakal antara yang awal bertemu Allah di syurga kelak.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Sunday, 8 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (172/2019): PUASA ASYURA & ALLAH SWT MELAKNATI ORANG YANG MENYEMBUNYIKAN HUKUM HAKAM ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Putra, Putrajaya: 8 Sept 2019/ 8 Muharram 1441H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat.

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 159 - 160
●Pendahuluan
-Banyak keistimewaan yang berlaku di bulan Muharram.
-Surah At-Taubah, ayat 36: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
-Nabi saw ketika berhijrah ke Madinah, baginda saw telah melihat pendita Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharram (hari Asyura). Maka bila ditanyakan, mereka menyatakan bahawa mereka berpuasa kerana mereka mengingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa as daripada Firaun, di mana Allah telah tenggelamkan Firaun dan tenteranya.
-Maka Nabi saw menyatakan bahawa kami lebih berhak berpuasa pada hari ke-10 itu kerana mengingati peristiwa Nabi Musa as terselamat daripada Firaun.
-Nabi saw kemudian menyatakan bahawa untuk berbeza daripada orang Yahudi, maka sunat berpuasa dua hari iaitu pada 9 Muharram atau 11 Muharram.
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, beliau berkata, “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para shahabat untuk berpuasa pada hari itu, mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani.’ Rasulullah saw pun menjawab, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi saw sudah wafat” (HR. Muslim).
Keutamaan Puasa Asyura:
-Sabda Nabi saw: ““Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (syahrullah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu” (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw:
"Dari Abu Qatadah Al-Anshari ra, Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, maka baginda bersabda: “Puasa 'Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu” (HR. Muslim).
Apakah Peristiwa Lain Yang Berlaku Pada 10 Muharram:
-Pada hari ke-10 Muharram juga berlaku peristiwa bahtera Nabi Nuh as terdampar di bumi.
Dinyatakan ianya terdampar di satu tempat di Turki
-Ada riwayat menyatakan, peristiwa terbenamnya dunia semasa zaman Nabi Nuh as adalah selama 6 bulan.
Nabi Nuh as naik atas bukit dan beliau menyeru anaknya.

Saturday, 7 September 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (171/2019): TAHUN BARU TITIK TOLAK PERUBAHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 31 Ogos 2019/ 1 Muharram 1441H (Sabtu)

● Pendahuluan
-Bila kita menyambut tahun, yang pentingnya adalah untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Iaitu hijrah berkehendakkan kepada perubahan.
Yang penting ialah untuk kita hendak berubah.
Dinamakan tahun hijrah kerana kita diperlukan untuk berubah.
-Bulan pertama dalam tahun hijrah adalah muharam (al-muharam). Muharam ialah diharamkan segala yang tidak baik. Riba, rasuah dan seumpamanya adalah haram.
-Keseluruhan tahun adalah dinamakan al-hijriah. Maka kita perlu sentiasa berubah untuk terus menjadi baik.
Kita tinggalkan segala perkara yang tidak baik.
Keseluruhan kehidupan kita adalah terikat dengan ibadat.
-Surah Al-Asr: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
-Allah bersumpah dalam ayat ini. Ini menunjukkan ianya adalah satu perkara yang amat penting
Ianya juga kerana ianya tidak nampak (ghaib) oleh kita.
Sumpah ini biasanya untuk orang yang degil.
Jadi Allah kuatkan sumpah dalam ayat surah Al-Asr, “demi masa sesungguhnya..”
Al-Insan..menunjukkan setiap aktiviti dalam menjalani kehidupan manusia dalam satu hari, ia akan rugi kecuali orang yang beriman dan membuat amal soleh.
Amal soleh terkait dengan iman.
Bila ayat menyatakan: “Wahai orang beriman,maka hendaklah kamu mendirikan solat...”
Justeru siapa yang beriman akan beramal soleh. Jika buat amal buruk maka ia menunjukkan lemah imannya.
Fungsi Kehidupan Manusia:
1. Untuk Beribadat
-Firman Allah: “Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah.”
Jin kita tidak nampak. Syurga,neraka, roh, janin dan lain-lain yang ghaib kita tidak nampak.
Maka jika kita hendak hijrah ianya bukan mudah.
Manusia itu berbeza dengan fiitrah jin. Fitrah manusia adalah nampak.
Setiap kehidupan kita hendaklah dijadikan sebagai ibadat. Maka kita mulakan setiap perkara dengan Bismillah.
Kita mulakan dengan menyebut nama Allah.
Kemudian kita bersyukur dengan apa yang Allah beri kepada kita.
Siapa yang bersyukur maka akan ditambah lagi.
Kita akan diuji dalam kehidupan. Maka siapa yang berjaya menerimanya dengan kesabaran ia akan berjaya.
Allah minta kita supaya meminta hidayah. Kita bukan minta sesuatu atas keinginan hawa nafsu semata-mata.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (170/2019): MEMPERBANYAKKAN KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Daerah Kluang, Johor: 1 Sept 2019/ 1 Muharram 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Dalam kita hendak membuat hijrah ke arah yang lebih baik pastinya akan banyak ujian.
-Ujian yang ditemui oleh Nabi saw dan para sahabat amat banyak sehingga melibatkan nyawa.
-Bagi orang yang berjaya dalam membuat hijrah maka akan banyak kelebihan dan kebaikan yang dijanji oleh Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Apakah Hijrah Yang Boleh Kita Lakukan:
1. Memperbanyakkan membuat kebaikan.
-Kita jauhi kejahatan. Syaitan akan sentiasa datang kepada kita bagi melakukan kekufuran.
-Surah An-Naas:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".”
-Surah Al-Nasr:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima Taubat.”
-Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (surah Al-Nasr), maka pujilah Allah.
Maha Suci Mu Ya Allah. Dengan memuji Mu Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada ku.
2. Mengamalkan apa yang diperintah oleh Allah dalam al-quran.
Maka bertasbihlah iaitu dengan memuji Allah, memohon ampun dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat. (Surah Al-Nasr).
Semasa di akhir hayat, Nabi saw memperbanyakkan membaca tasbih tentang kebesaran Allah dan bertaubat.
Saidina Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw, aku melihat engkau banyak membaca ayat. Apakah ayat yang engkau baca. Maka jawab Nabi saw: “Maka telah ditandakan buat umat ku yang jika aku telah melihatnya maka aku akan memperbanyakkan bacaan, maha suci Allah, aku memohon keampunan kepada mu Ya Allah.
“Izzaja...(surah Al-Nasr).
Maha Suci Allah, Astagfirllah,..

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (169/2019): MEMASUKI SYURGA LEBIH AWAL DARIPADA ORANBG YANG SYAHID


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Bacaan Hadith Selepas Asar@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Imam Masjid Mahmoodiah

●Pendahuluan
-Orang yang hidup lebih lama dan banyak amalannya adalah lebih banyak bekalan akhiratnya berbanding orang yang terlebih dahulu dunia kerana syahid di medan perang.
Diceritakan, terdapat dua lelaki berjumpa Nabi saw pada hari yang sama untuk memeluk Islam.
-Apabila telah memeluk Islam, orang pertama sangat rajin beribadah dan melakukan amal kebajikan termasuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah sehinggakan dia meninggal dunia dalam keadaan syahid.
Manakala orang kedua pula meninggal dunia setahun selepas orang pertama itu. Ia meninggal dalam keadaan biasa, bukan di medan perang tetapi hanya di tempat tidurnya sahaja.
“Lalu seorang sahabat, Talha bin Ubaidalha ra bermimpi menyaksikan sendiri dirinya bersama dua orang itu di hadapan pintu syurga. Kemudian muncul satu malaikat dari syurga dan memasukkan orang kedua itu tadi ke dalam syurga terlebih dahulu berbanding orang pertama,” katanya.
Maka apabila terjaga daripada tidur, Talha sangat terkejut lalu menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi saw.
“Selepas menceritakan kepada Nabi saw, baginda memberitahu beliau, “Ya Talha, kenapa kamu terkejut?” Talha menjawab: “Ya Rasulullah bagaimana seorang syahid memiliki darjat tinggi di sisi Allah dimasukkan ke dalam syurga kemudian selepas seorang biasa yang meninggal dunia setahun selepasnya?”
“Lalu Nabi saw menjelaskan: “Ya Talha, bukankah orang yang meninggal dunia kemudian itu hidup setahun lebih lama berbanding individu yang syahid tadi?” Talha menjawab, “Ya, benar.” Nabi saw bersabda: “Bukankah dia berpeluang bertemu dengan bulan Ramadan dan beribadah dengan lebih banyak pada bulan tersebut?”
“Talha menjawab: “Benar Rasulullah”. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Oleh kerana dia sempat menemui Ramadan seterusnya maka dia dapat beribadah dengan lebih banyak membuatkan Allah mengangkat darjatnya lebih tinggi seumpama langit dan bumi berbanding orang yang mati syahid,” jelasnya.
Huraian Hadith:
-Begitulah ganjaran Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang hidup lebih lama dan banyak beramal serta banyak membuat kebaikan.
-Maka bila hidup lebih lama, akan bertemu bulan Ramadan dan bulan-bulan lain yang perlu diambil peluang oleh kita semua bagi membuat sebanyak mungkin amalan dan kebajikan.
“Dalam kisah ini dinyatakan Talha sangat terkejut, mengapa? Ini kerana terdapat dalam hadis Nabi saw bersabda bahawa: “Bagi orang yang mati syahid ada enam keistimewaan iaitu:
1. Diampunkan dosanya bagi setiap titisan darah yang keluar.
2. Memperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dilindungi daripada azab kubur dan terjamin daripada malapetaka besar.
4. Merasakan kemanisan iman.
5. Dikurniakan bidadari syurga.
6. Diperkenankan untuk memberi syafaat bagi 70 orang kerabatnya.” (HR Tirmizi).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (168/2019): LIMA MUSUH ORANG MUKMIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Sept 2019/ 2 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Haji Nik Kamaruddin Md Junoh

●Pendahuluan
-Sempena bulan Muharram ini disunatkan kita perbanyakkan puasa sunat terutamanya puasa sunat pada 9 & 10 Muharram.
-Sekiranya kita menolong agama Allah maka Allah akan menolong kita.
-Bila kita membesarkan dan berselawat ke atas Nabi saw maka ia akan meningkatkan syiar Islam.
Musuh orang mukmin itu ada 5:
1. Orang mukmin itu sendiri
Di kalangan manusia ada perasaan hasad dengki.
Sekiranya kita tewas kepada hawa nafsu maka kita tidak suka kebaikan. Sebaliknya jika kita mempunyai sifat taqwa yang menebal, hawa nafsu dapat dikawal. Tidak berlaku hasad dengki dan adu domba.
2. Orang munafik
-Dalam al-quran, satu surah bernama surah munaafiquun khusus menerangkan berkaitan orang yang munafik.
-Surah al- Munaafiquun, ayat 1:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 2:
“Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 3:
“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 4:
“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?”
-Surah al- Munaafiquun, ayat 5:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (167/2019): TETAMU ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 7 Sept 2019/ 6 Muharram 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Gunawan.

●Pendahuluan
-Syukur kita dapat berada di rumah-rumah Allah. Berada di rumah Allah adalah satu nikmat dan kemuliaan yang amat besar kerana menjadi tetamu Allah.
Maka bersyukurlah kita yang dapat pergi ke rumah-rumah Allah.
-Sabda Nabi saw: “Secinta-secinta tempat di sisi Allah ialah masjid-masjid”
-Jika kita rasa ada tempat yang lebih besar daripada masjid-masjid maka kita perlu semak keimanan kita.
-Bertuah juga kita dapat solat berjemaah. Siapa yang solat Isyak dan subuh berjemaah maka seolah-seolah mendirikan solat sepanjang malam.
-Pada mulanya, di masjid tidak dipasang lampu/pelita. Pada tahun 9 Hijrah baru pelita dihidupkan semasa solat di masjid setelah dicadangkan oleh seorang sahabat bernama Tamim Ad Dari.
-Di zaman Saidina Umar ra, berlaku gegaran di satu bukit dan keluar api.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang mencontohkan satu contoh yang baik dan ianya dikuti oleh orang lain sehingga hari kiamat, maka ia mendapat pahala berterusan.”
-“Berilah gembira gembira bagi orang yang berulang-alik ke masjid dalam gelap malam, baginya adalah cahaya terang benderang yang sempurna di akhirat kelak.”
Jadi jika kita tidak bersyukur kerana dapat berada di rumah-rumah Allah maka kita perlu semak tahap keimanan kita.
Iman pada bahasanya ialah satu ibarat (ungkapan). Iaitu ianya satu membenarkan kepada satu percakapan seseorang. Dengan tasdik yang jazam (yang mantap) semata-mata percaya kepadanya.
Percaya sepenuhnya apa yang dibawa oleh Nabi saw. Ianya satu pembenaran yang murni tanpa melihat/menyaksikan sendiri, semata-mata yakin kepada Nabi saw.
-Untuk faham agama, hendaklah kita belajar bersungguh-sungguh.
Sabda Nabi saw: “Seseorang itu tidak beriman selagi aku tidak dicintai melebihi dirinya sendiri dan sekelian umat manusia.”
Kita perlu rasa besar terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi saw.