السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 16 Sept 2019/ 16 Muharram 1441H (Isnin) oleh Ustaz Dato’ Nasarudin Ali
●Pendahuluan
-Pada satu hari Abi Idris al Khailani ia dapati orang ramai sedang mengerumuni seseorang di sebuah pasar di Damsyik. Maka didapati orang itu adalah sahabat Nabi saw yang terhormat bernama Saidina Muaz bin Jabar. Ia hendak sangat berjumpa dengan Saidina Muaz. Namun orang terlalu ramai, lalu ia kembali semula ke rumahnya.
-Maka pada esok harinya ia ke masjid untuk beliau dapat berjumpa Saidina Muaz. Sebelum subuh, Abi Idris al-Khailani telah sampai di masjid dan didapatinya Saidina Muaz telah pun ada di masjid dan sedang solat.
-Lalu ia menunggu Saidina Muaz untuk siap solat. Ia hendak berjumpa hanya semata-semata untuk sampaikan satu perkara sahaja kepada Saidina Muaz iaitu “aku sayang kepada mu kerana Allah.”
Justeru, selepas Saidina Muaz siap solat maka Abi Idris al-Khailani pun melafazkan kata-katanya, “ Aku sayang pada mu Saidina Muaz kerana Allah.”
-Maka Saidina Muaz tanya sekali lagi adakah benar kamu sayang aku kerana Allah. Pertanyaan yang sama dituturkannya sebanyak 3 kali dan dijawab Abi Idris al-Khailani ya.
-Maka ditarik Abi Idris al-Khailani oleh Saidina Muaz rapat kepadanya. Kemudiannya Saidina Muaz bin Jabbar telah menyampaikan pesanan Nabi saw kepada beliau.
Iaitu beliau berpesan kepada Abi Idris al-Khailani empat (4)perkara.
Iaitu beliau berpesan kepada Abi Idris al-Khailani empat (4)perkara.
-Katanya, Nabi saw telah bersabda dan bahawa Allah telah berfirman (hadith qursi):
1. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang hidupnya ia saling mengasihani/berkasih sayang semata-semata kerana Ku.
2. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang duduk di majlis ilmu kerana Ku.
3. Wajib Aku sayang di kalangan kamu yang ziarah menziarahi kerana Allah.
4. Wajib untuk Aku sayang di kalangan kamu suka bertukar-tukar hadiah (memberi dan menerima) kerana Ku.