Friday, 31 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (23/2020): PENJAWAT AWAM DALAM SITUASI HARI INI- MENCARI KEBAHAGIAN DALAM BEKERJA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sesi Perkongsian Ilmu@Mesyuarat Agung Puspanita, MEA: 30 Januari 2020/ 6 Jumadilakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Imam Muda Asyraf

●Pendahuluan
1. Kita perlu bekerja dengan rasa bahagia. Kebahagian perlu kita pupuk bersama. Kita bukan hendak bahagia seorang tetapi kita hendak semua orang bahagia.
-Bila kita bahagiakan orang, Insyallah kita juga akan bahagia.
2. Untuk menjadi pekerja yang baik perlu ada dua ciri:
i. Berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya
ii. Beramanah
-Kisah Nabi Musa as dan Nabi Syu’aib as. Nabi Musa as menolong anak Nabi Syu’aib as mengangkat air yang Allah rakamkan dalam al-quran, surah al-Qasas, ayat 22-28.
-Firman Allah dalam Surah al-Qasas, ayat 26: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapa ku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.
-Dalam mencari pekerja, yang dilihat tidak hanya tenaganya atau kelayakannya semata-mata tetapi juga dan tidak kalah pentingnya adalah kejujuran calon pekerja tersebut.
-Puteri Nabi Syu’aib mengusulkan kepada ayahnya untuk mengambil Nabi Musa as kerana Nabi Musa as adalah seorang yang al-qawiy al Amin.
-Untuk mengetahui jujur atau tidaknya seseorang antara lain dapat dilihat dari bagaimana ia beragama ia taat dalam melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama.
-Misalnya dari segi cara berpakaian dan kesungguhan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
-Dewasa ini sukar untuk mendapat pekerja yang sedemikian.
Oleh kerana majikan sukar untuk mendapat pekerja-pekerja yang memperlihatkan ketaatan beragama yang kuat maka pelbagai sistem pengurusan sumber manusia dilaksanakan bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti dan tinggi produktivitinya.

-Para pekerja dan profesional yang taat beragama bukan sahaja menguntungkan majikan dari segi produktiviti tetapi juga aman dan selamat daripada segala macam bentuk penipuan, pecah amanah dan pelbagai penyelewangan.

Thursday, 16 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (22/2020): SOLAT JUMAAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 9 Januari 2020/ 15 Jumadilawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Haji Zamani bin Yaakob.

●Pendahuluan
Hukum solat jumaat.
-Surah Al-Jumu'ah, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Sabda Rasulullah saw: “Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (HR: Abu Dawud & Hakim.)
-Orang yang tinggalkan solat dengan sengaja termasuk solat Jumaat adalah berdosa besar. Tetapi ia tidak jatuh kafir.
Nota: Satu perkara yang salah bagi yang menyatakan jika tidak pergi solat jumaat tiga hari berturut-turut akan jatuh menjadi kafir.
-Maka kita patuhilah larangan berjual beli bila azan telah dikumandangkan.
-“Kita adalah umat yang terakhir. Bezanya kita menerima kitab yang terahir. Ia mukjizat Nabi saw.
-Walau pun kita umat terakhir tetapi Nabi saw memilih hari kebesaran (hari Jumaat) mendahului umat Nasarah dan umat-umat yang lain (hari Ahad).

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (21/2020): ADAB TERHADAP BINATANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 6 Januari 2020/ 12 Jumadilawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Syukur kita dipertemukan dengan tahun baru. Semoga amal kita juga bertambah dengan bertambahnya umur kita.
Adab Terhadap Binatang:
-Allah kurniakan banyak ruang untuk kita membuat kebaikan termasuk dengan binatang.
-Terutamanya kepada pembela binatang hendaklah kita mengetahui adab kita dengan binatang.
-Kebanyakan orang muslim memahami bahawa binatang adalah makhluk Allah. Maka binatang juga membawa rahmat kepada kehidupan.
Justeru ada adab-adab yang perlu kita amalkan.

Antara adab-adab dengan bintang ialah:
1. Memberi makan dan minum bila di dapati binatang itu lapar dan dahaga.
-Sabda Nabi saw: “Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya).” (HR: Bukhari).
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani.” (HR: Bukhari & Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit.” (HR: At-Tirmizi).
Betapa hebatnya Islam. Dengan mengasihani binatang pun akan dikurniakan rahmat yang banyak.
2. Menyayangi dan kasihan belas terhadap binatang.
-Pada satu hari Nabi saw melihat sahabat menjadikan burung untuk sasaran memanah. Lalu Nabi saw bersabda: “Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran.”
-Sabda Nabi saw juga menyatakan Allah melaknat orang menjadi sesuatu yang ada roh sebagai sasaran anak panah atau lembing atau sebagainya.
-Sabda Nabi saw: “Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini kerana anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya".
Nabi saw bersabda demikian setelah baginda melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (HR:Abu Daud).

Saturday, 11 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (20/2020): KURSUS ASAS HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT, SUNAT IHRAM, LARANGAN IHRAM DAN DAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Asas Haji 1441H / 2020M: Masjid UPM, Serdang, Selangor: 11 Januari 2020 / 15 Jumadilawal 1440H (Kursus Minggu Kelima: Sabtu,9.00- 12.00 tgh)



●Pendahuluan
REVIEW:
Carta Aliran Pekerjaan Haji:
Rukun Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting / Bercukur
[Maka dapatlah tahallul Awwal]
12. Tertib pada kebanyakkan rukun

Wajib Haji:
2. Niat Di Miqat
3. Larangan Ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra Pada 10 Zuhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
~Pada malam hari kita perlu berada pada sebahagian malam.
~Pada siang hari melontar Jamrah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.

Berwukuf: waktunya ialah pada 9 Zulhijjah, mulanya bila masuk waktu zohor hingga ke masuk waktu fajar subuh 10 Zulhijjah (hari raya aidil adha).
Tiada amalan wajib yang ditetapkan semasa berwuquf.

-Banyakkan amalan sunat. Antaranya, kita bertalbiah, beristigfar, berselawat, membaca al-quran dan lain-lain.
Kemudian pada 10 Zullhijjah ke Muzdalifah untuk bermalam di sana (Mabit).
Kemudiannya melontar Jamrah Kubra pada 10 zulhijjah tersebut.
Seterusnya bermalam (Mabit) di Mina, iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Kemudiannya diikuti dengan melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
-Orang yang berusaha bersungguh-sungguh akan merasa kenikmatan beribadat bagi mendapat haji yang mabrur.

Friday, 10 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (19/2020): BERSIFAT LEMAH LEMBUT DALAM BERHUBUNGAN DENGAN SAHABAT DAN PENGIKUT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Taddabur Al-Quran Selepas Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 10 Januari 2020/ 15 Jumadilawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Imam Hakimi

●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 159: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya
-Surah ali-Imran, ayat 160: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Wassalam.

Monday, 6 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (18/2020): DOSA BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 4 Januari 2019/ 10 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Haji Mohd Aizam Mas’od.

Tajuk:
i. Dosa Besar: Haram Menasabkan Nama Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat

ii. Dosa Besar: Haram Berdebat dan Berbalah Pada Perkara Yang Jelas Kebathilannya

●Pendahuluan
Dosa Besar: Haram Menasabkan Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat:
-Dosa besar bagi orang yang menasabkan anak yang bukan anak kandungnya dengan namanya.
-Anak luar nikah juga tidak boleh dibinkan dengan nama bapa yang biologikalnya.
-Surah al-Ahzab, ayat 4: “...dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri..."
-Surah al-Ahzab, ayat 5: "...panggillah anak-anak angkat itu dengan ber‘bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”
-Sesungguhnya yang menetapkan nasab itu ialah Allah dan menasabkan kanak-kanak itu kepada bapa kandungnya ialah hak kanak-kanak tersebut.
-Memelihara hak Allah dan hak kanak-kanak itu merupakan sesuatu yang wajib. Maksudnya hak Allah dipelihara dengan menasabkan kanak-kanak itu kepada asal usul keturunannya, kerana dari situlah dia dijadikan Allah, manakala hak kanak-kanak itu ialah mesti dinasabkan kepada bapanya kerana darah daging seseorang itu sabit kepada bapa kandungnya.
-Seorang bapa angkat boleh berkahwin dengan isteri kepada anak angkat yang telah diceraikan. Ini telah ditunjukkan oleh sirah Nabi saw.
-Surah al-Ahzab, ayat 37: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zainab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan nyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah lebih patut engkau takuti (melanggar perintah-Nya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.”

Sunday, 5 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (17/2020): KEDIAMAN MAKHLUK JIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Januari 2019/ 9 Jumadilawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Ahmad Fuad Mokhtar.

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat dan rahmat Allah kita menemui alaf baru dengan persekitaran dunia yang semakin mencabar.
-Kita hendaklah menjadi benteng kepada Islam. Berjuang untuk mempertahankan agama.
-Semoga Allah selamat negara kita. Cabaran untuknanak muda kita agar semakin pandai dan dapat memakmurkan negara.
-Border manusia bercakap semakin luas. Namun kita hendaklah berupaya berhujah dalam ruang lingkup rasional yang berpaksikan undang-undang.
-Kita perlu jaga agama supaya institusi agama Islam terpelihara.
Kisah Harut dan Marut:
-Dalam ayat yang berbicara tentang sihir di zaman Nabi Sulaiman as, Allah Ta’ala menyebutkan nama Harut dan Marut. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 102:
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.”
-Ibnu Katsir mengatakan:
حاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل ، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى
“Kesimpulannya, rincian kisah Harut dan Marut itu berasal dari Israiliyat. Kerana tidak ada hadith yang sahih marfu’ muttashil sanadnya kepada Nabi saw yang tidak bicara dengan hawa nafsu.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/360).