Thursday, 10 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (15/2019): MEMBESARKAN DIRI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 9 Jan 2019/ 3 Jamadilawal 1440H (Rabu) oleh Ustaz Hanif Zainol.
Sumber: Kitab Penawar Hati-Fasal 8: Membesarkan Diri

●Pendahuluan
Penyakit yg amat merbahaya adalah membesarkan diri.
Ketahuilah bahawa membesarkan diri itu ialah bila dia melihat dirinya lebih dpd orang lain dari sudut kesempurnaan sifat.
Dan ia melihat orang lain itu lebih hina daripadanya.
Maka ia sebahagian daripada segala sifat kecelaan yg di dalam hati & sebesar-beaar maksiat yang tersembunyi.
Ia adalah lawan pada ujub. Ujub ia tidak menghinakan orang tetapi rasa bangga dengan dirinya.
Ia rasa lebih tinggi daripada orang lain. Dia rasa lebih alim, lebih kaya, dll. Iaitu dengan nikmat kesempurnaan yg Allah beri kepadanya lebih daripada orang lain.
Dalam masa yg sama ia menghinakan orang lain.
-Nabi saw bersabda: “Sesunguhnya..Allah tutup tiap2 hati orang yg takkabur..”
Ia tidak kenal dan tidak ingat kepada kekuasaan Allah.
Yang paling dibimbangi ialah bila Allah biarkan ia lupa kpd Allah.
-Antara tanda-tanda kita ada sifat takkabur ialah:
i. Ia meninggi-ninggi akan kedudukannya.
ii. Ia mendahului dirinya daripada pendapat orang lain.
iii. Ia menghinakan orang lain.
iv. Marah ia akan orang yang tidak memberi salam kepadanya.
Ia marah orang tidak memberi sanjungan kepadanya dan kepada orang yang tidak menunaikan hajatnya.
Ketahuilah bahawa melihat diri lebih daripada orang lain seperti mendapat anugerah kekayaan, anak yg cerdik dll akan membawa kepada maksiat batin.
Bila Allah bg kesempurnaan mk kita jaga elok2. Bila Allah beri ilmu, kekayaan dll hendaklah kita gunakan kepada perkara yg diredhaiNya.
Ia adalah sifat kecelaaan yg ada dalam hati.
-Seorang ulamak menyatakan, “Jangan pisahkan lidah kamu daripada kejahilan & kebodohan.” Ia dapat elakkan diri dari membesarkan diri dan bersifat ujub.
Kita banyak keaiban. Allah tutup keaiban kita.
Salah satu cara untuk hilangkan sifat takkabur ialah hisabkan diri kamu.
Membesarkan diri juga adalah sebesar-besar maksiat yang tersembunyi. Ia adalah maksiat batin yg sukar dibuang.
Bagaimana utk meredakan maksiat batin:
-Banyakkan beristigfar;
-Banyakkan selawat kpd Nabi saw; &
-Banyakkan zikir
Dalam masa yg sama kita banyakkan menuntut ilmu.
-Firman Allah dlm surah Az-Zummar, ayat 72: “Maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong (takkabur) ialah neraka Jahanam.”
Iblis dikeluarkan dari syurga kerana ia tidak mahu sujud kpd Adam bila diperintah Allah.
-Sabda Nabi saw (Hadith Qudsi): “Ketinggian itu selindangku. Dan kebesaran itu kain Ku. Maka sesiapa yg mencabut dan merebut dpdKu salah satu dpdnya, nescaya Aku campakkannya ke dalam api neraka Jahanam dan Aku tiada peduli.”
Selindang itu bererti sifat Allah.
Ia menghalang kita dpd kekusyukan dan mengerjakan kebajikan.
-Kibria itu meninggikan atas yg lain dgn melihat kemuliaan bagi dirinya mengatasi orang lain.
-Azmah (ujub) itu keadaan sesuatu pd dirinya itu mulia, sempurna dan terkaya.
Maka yg pertama [kibria(membesar diri)] itu lebih tinggi dpd yg kedua [ujub], kerana ia kesudahan bagi ujub. Kerana itu dimisalkan yg pertama dgn selindang & yg kedua dgn kain yg dipakai di pinggang.
-Makna Hadis ini ialah, bahawa kedua-dua sifat ini ketentuan bagi Allah Taala. Tiada patut kedua-duanya melainkan bagi Allah Taala. Maka sesiapa yg membesarkan dirinya maka seolah-olah ia merebut sifat tuhan, maka wajarlah ia dilemparkan ke dlm api neraka.
Jadi kita kosongkanlah diri kita daripada sifat-sifat mazmumah.
-“Jgn kita sembahyang umpama kpd dua tuhan.”
Ia besarkan tuhan dan dirinya sendiri.
Ia berzikir tetapi ia besarkan dirinya.
-Saidina Aishah menyatakan Nabi saw sanggup melaparkan diri utk mendekatkan diriNya kepada Allah
Jika seseorang itu mempunyai sifat membesarkan diri maka ia telah mengambil sifat Allah. Maka layaklah ia dilempar ke neraka.
-Sabda Nabi saw: “Dan tiada memasuki syurga seseorang yg ada di dalam hatinya seberat biji sawi dpd perasaan membesarkan dirinya.”
Ilmu adalah makanan rohani.
Jika guru adalah seorang yg riak maka ia akan lahirkan anak murid yg riak.
Membesar diri itu adalah paling dicela oleh syarak.
Merendah Diri Kelakuan Dipuji:
-Melaksanakan apa yg Allah suruh dan meninggalkan apa yg Allah larang.
-Sabda Nabi saw: “Allah tiada menambah pada seseorang hamba dgn sebab memaafkan kesalahan orang lain melainkan kemuliaan dan tiada seseorang yg merendah diri kerana Allah Taala melainkan Allah Taala meninggikannya.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg meninggalkan pemakaian pakaian yang elok kerana merendah diri bagi Allah Taala pada ketika ia mampu atasnya, nescaya Allah Taala menyeru kepadanya pada hari kiamat atas kepala sekalian makhluk hingga ia diberi pilih daripada mana-mana “hullah iman” yang hendak dipakainya.
-Dikehendaki dengan menyeru atas kepala sekalian manusia dan Allah bermegah-megah dengannya dan makna “hullah” ialah dua helai kain yang baharu (selindang dan kain yang dipakai dipinggang).
-Antara perkara utama yg boleh membawa kpd membesarkan diri:
1. Kebanggaan kpd keturunan
2. Kecantikan / keelokan
3. Kekuatan yg banyak
4. Kekayaan yg banyak
5. Ilmu yg tinggi
Allah tidak memberikan sesuatu melainkan kpd yg Allah kasih.
-Bagi memperbaiki hati, Nabi saw menyuruh kita:
1.Lazimkan diam dpd berkata-kata yg sia-sia
2. Lazimkan serah diri kita semata-mata kepada Allah
3. Perbanyakkan tawaduk. Jangan besarkan diri
4. Zuhudkan kamu daripada dunia.
Jangan hati berpaut kpd dunia. Biar kekayaaan & kedudukan kita menjadi wasilah untuk dekatkan diri kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (14/2019): SETIAP YANG HIDUP BAKAL MENEMUI KEMATIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Tuanku Ahmad Shah, Kuantan Pahang : 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Azhar.

●Pendahuluan
-Syukur atas nikmat kehidupan yg dikurniakan oleh Allah. Kita ambil semua nikmat yg diberi untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Dari tanah kita datang ke tanah kita pergi.
Kita milik Allah dan kita akan kembali kpdNya.
Jisim kita akan akhirnya jadi tanah. Yang ada dalam alam barzakh nanti ialah roh/hati kita.

-Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Kita walau pun telah beriman, kita akan diuji untuk kita dilihat keimanannya.
-Surah Al-Mulk, ayat 2: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
-Kesenangan, kesusahan, pangkat, harta benda dan kekayaan dll adalah ujian Allah.
Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi pada hati kamu.
Hati digunakan utk meletakkan sifat-sifat diperlukan. Kita perlu ikhlas dan yakin dengan Allah. Bukan yakin dengan harta & wang ringgit.
Setiap hidup akan menemui mati. Maka kita perlu dua sifat:
1.Takut/bimbang kpd Allah.
Kita takut dlm hati. Kita banyak buat dosa.

-Sabda Nabi saw:Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.
Syeikh Abdul Kadir Al-Madini menyatakan sekurang-kurang takut ialah takut untuk membuat dosa. Iaitu bukan sahaja hanya tahu takut sahaja.

2. Takut dengan anggota.
Bila hendak bercakap, melihat dll kita takut utk buat dosa.

Jangan kita suka mencela.
Jangan kita berjalan di atas muka bumi ini untuk melaga-laga. Suka wujudkan kebencian.
Janga lihat benda yg dilarang.
Kita nilai semua perkara yg kita buat samada Allah marah atau tidak.

Maka bila kita telah takut dgn hati dan dengan anggota maka kita akan mendapatcbalasan syurga.
Harap kepada Allah.
-Surah Al-Baqarah, ayat 218: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

-Surah Muhammad, ayat 7: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
-Surah Muhammad, ayat 8: “Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.”
-Dalam surah al-Baqarah, ayat 6 & 7, Allah ceritakan tentang perangai orang kafir. Dalam surah al-Baqarah juga Allah menfirmankan dengan panjangnya tentang orang yg munafik.
-Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
-Surah al-Baqarah, ayat 7: “ (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.”
-Antara ayat al-quran yg menyatakan perangai orang munafik:
-Surah al-Baqarah, ayat 10: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
-Surah al-Baqarah, ayat 11: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”
-Sahabat Nabi saw bila lalu di kawasan perkuburan ia menangis sehingga basah janggutnya. Ia berkata, jika di kubur kita lepas maka di masyar kita lepas.
Di alam Barzakh, ditanya siapa tuhan kamu?
Maka adakah semasa hidup kita kenal Allah.
Jika di dunia penampilan tidak semacam bertuhan maka bagai mana ia kata kenal tuhan.

Orang kafir akan menghalang orang islam utk mengenal Islam.
Bila kita diminta berhijrah kepada yg lebih baik maka kita tinggalkan kekotoran hati kita. Kita bersihkan. Di hari akhirat tidak ada guna lagi isteri & anak-anak melainkan hati yg sejahtera.
Bila manusia cela kita marah. Tetapi bila Allah cela, kita buat tak tahu aje.
-Wahai manusia taubat & minta ampunlah kpd Allah. Nabi bertaubat 100x sehari.
-“Sesungguhnya orang yg bersungguh-sungguh pada jalan Kami, sesungguh kami akan membuka jalan-jalan untuk sampai kepada kebaikan.”
-Jadi kita perlu bersungguh-sungguh dalam beramal. Bermujahadah dalam ketaatan.
Orang beriman perlu ada sifat hijrah. Segalanya akan kita tinggalkan.
Jangan kita bawa sifat-sifat buruk.

Orang yang bersungguh-sungguh dalam membuat ketaatan maka ia akan mendapat keredaan Allah.
Takut yang amat sangat ialah untukkita tinggalkan maksiat dan tidak derhaka kepada Allah. Yang Allah suruh kita taat.
Jadi bagi orang yang banyak buat dosa hendaklahvia kena banyakkan takut kepada Allah.
Bagi org yg sama banya pula iaitu ia taat dan dalam masa yg sam buat juga maksiat, maka ia perlu takut dan harap sama banyak.

Nabi saw puji iman Saidina Umar ra.
[Saidina Umar ra menyatakan bahawa sekiranya malaikat menyeru semua manusia untuk masuk syurga kecuali seorang, ia takut dialah orang yg seorang itu. Dan jika semua diseru oleh malaikat untuk masuk neraka kecuali seorang, Saidina Umar ra mengharapkan bahawa yg seorang itu adalah ia.]

Bagi yg telah di hujung umur maka hendaklah lebih banyak harap daripada takut. Harap kpd rahmat, harap keampunan &. harap balasan syurga.
Kita perlu harap lebih banyak kepada Allah. Harapkan keampunan & rahmatNya.

-Sabda Nabi saw: “Jangan mati di kalangan kamu melainkan ada di penghujung umur kamu, kamu bersangka baik kepada Allah. 
Iaitu Allah hendak beri keampunan & rahmatNya.

-Harap & cita-cita adalah berbeza. Harap kita akan buat sesuatu.
Kita bukan digagahi tetapi kita perlu usaha. Bila makan nasi kita akan pilih nasi yg ada lauk berbanding nasi yg tidak berlauk.
Maka kita berusaha bila hendakkan sesuatu. Iaitu kehendak itu kita sertakan dengan perbuatan kita.

Kalau kita hendak diampunkan dosa maka kita usaha. Berdoa, bertaubat & beramal.
Jadi kita hendaklah berusaha,bukan tidak buat apa-apa.

Jangan ikut pemikiran jabariah, di mana manusia dikatakan tergagah. Ia rasa pebuatan itu dijadikan untuknya.
Iktiar adalah pilihan kita.
Ikhtiroh bila kita jatuh tidak boleh buat apa-apa.
Kita berharap bererti kita buat sungguh-sungguh utk kita dapat pahala.
Allah akan buka jalan-jalan kebajikan bila kita sungguh-sungguh. Kita jangan berangan-angan sahaja.

Jadi bila kita takut maka kita sungguh-sungguh takut untuk buat dosa. Bukan hanya takut itu diterima sebagai perkhabaran sahaja.
Kita tidak tinggal puasa, solat, zakat, tidak buat maksiat dll kerana kita takut dosa.
-Al-quran adalah sumber hidayah.
Hidup biar bermatlamat.
Jangan kita ikut orang kafir yg tidak ada matlamat hidup.

Surah al-Baqarah, ayat 6: “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.”
Moga kita memahami al-quran dan mengambil petunjuknya.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (13/2019): AGAMA ITU NASIHAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan, Pahang: 8 Jan 2019 / 2 Jamadiualawal 1440H (Selasa).


●Pendahuluan
-Alhamdulillah Allah memberi kekuatan utk kita beramal dan menyiapkan bekalan kita.
-Syukur juga kita berada di majlis ilmu utk kita bermuhasabah tentang diri kita samada apa yg kita lakukan benar-benar mengikuti tuntutan agama.
-Semoga kita sentiasa menjadi seorang yg benar-benar beriman dan sejahtera di dunia & di akhirat.
-Sabda Nabi saw:
“Agama itu adalah nasihat. Maka ditanya oleh sahabat, kepada siapa Ya Rasulullah. Sabda Nabi saw: Iaitu bagi Allah,bagi kitab dan bagi Rasulnya dan bagi pemimpin-pemimpin orang Islam dan ramai orang.”

-Walau pun hadith ini ringkas tetapi ia menerangkan kepada kita apakah pola perhubungan dan kehidupan bagi seorang Islam.
-Orang Islam perlu saling menasihati dan menerima nasihat.
-Iaitu kita saling berpesan dan saling ingat mengingati satu sama lain.

-Surah Az-Zariyat ayat 55:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

-Bila kita saling nasihat menasihati, kedua-dua pihak mendapat manafaat. Bagi yg terima nasihat ia akan menyedarkan kealpaan/kelalaian & disedarkan utk kembali mentaati Allah.
Bagi yg beri nasihat, maka ia terlepas daripada tanggungjawab. Dalam masa yg sama bila kita beri nasihat, maka kita yg memberi nasihat perlu terlebih dahulu membuatnya atau membetulkan diri kita.
-Juga ianya sebagai satu syarat untuk kita terlepas daripada kerugian. 
Surah Al-Asr’: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali tiga golongan:

1. Orang yg beriman
-Tidak guna kita buat baik jika tidak beriman. Jangan kita iktiraf agama lain. Agama Islam tidak boleh disama tarafkan dgn agama-agama lain.
Kita hanya boleh hormati agama lain sahaja.
Allah menyatakan bahawa satu-satu agama di sisiNya adalah Islam.
Kita hendaklah sentiasa tunjukkan akhlak & adab yg baik.

2. Berbuat baik
-Kita laksanakan hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia.
-Maka walau pun seseorang itu suka menolong orang, dermawan, pekerja yg cekap, tetapi jika ia tidak tunaikan hak-hak Allah spt tidak solat, tidak mengeluarkan zakat dll maka ia bukanlah orang yg baik.

Orang-orang bukan Islam kadang-kadang kebaikan yg dibuat banyak. Tetapi ia rugi kerana ia tidak beriman.
Demikian juga ada orang beriman ttp ia tdk beramal soleh. Ia juga orang yg rugi.
Justeru perangai perlu comel & baik.

3. Saling berpesan kpd kebenaran.
-Jika ia tidak saling berpesan utk membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran maka di akhirat esok ia akan dituntut.

Jika anak isteri, jiran dll yg dekat dgn kita tidak kita pesan utk buat kebaikan dan tidak tegur bila buat maksiat maka kita akan dipersalahkan. Silap2 pahala amalan kita akan diambil oleh mereka. Kerana mrk kata kita tidak tegur kemungkaran yg dibuat.
4. Kita berpesan2 dgn kesabaran
Kita kdg2 bila hendak tegur rakan2/jiran2 kita rasa malu dan takut2 hdk ditegur.

Ia, bukan senang. Kita perlu byk bersabar.
-Surah at-Tahriim,ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
-Maka kita perlu guna kuasa/authority kita kpd orang2 di bawah tanggungjawab kita. Seorang ayah ia berkuasa kpd anak2 dan isterinya. Demikian juga seorang abang terhadap adik.
Ia bukan sekadar tanggungjawab sosial. Ia adalah tanggungjawab obligasi. Ia perlu tindakan & ianya berkaitan dgn syariat yg perlu ditunaikan serta bersangkutan dgn dosa & pahala.

-Surah Ali-Imran, ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
-Ayat tersebut memberi tanggungjawab buat umat Nabi Muhammad saw keseluruhannya.
Daripada banyak-banyak umat Nabi terdahulu yg lebih dpd 300 Nabi/Rasul, umat Nabi Muhammad saw yg terbaik.

-Surah al-Hujuraat, ayat 11-13:
Surah al-Hujuraat: Ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Surah al-Hujuraat, ayat 12:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Surah al-Hujuraat, ayat 13:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

-Jadi salah satu cara untuk kita menghubungkan silaturrahim ialah kita berpesan-berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.
Agama Itu Nasihat:
-Agama itu tindakannya ialah saling nasihat menasihati. Ia juga bermaksud mengelokkan dpd sesuatu yg tidak elok. Menambah nilai dpd sesuatu yg tiada/kurang nilai.
Umpama seorang lelaki menjahit baju dpd kain. Dgn baju yg dijahit mk ia dpt digunakan dan memberi manafaat yg besar, spt dpt dipakai utk bekerja, solat dll.
Ia juga penapis kpd penapisan. Ada pepatah menyatakan, “Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan”. Bererti seronoknya kita menerima pemberian nasihat dpd seseorang.

-Kita juga perlu menapis setiap nasihat yg disampaikan.
Kita perlu berhati-hati. Ada yg nampaknya berwajah agama tetapi ia membawa ajaran yg sesat dan penipuan.

-Pada masa ini ramai orang yg hendak ke arah agama. Maka ada yg ambil kesempatan utk mempergunakan agama utk keuntungan dunia.
-Inilah keadaan yg perlu difahami dan berikan perhatian.
-Hidup perlukan nasihat. 
-Dengan kita saling memberi nasihat, pesanan & didikan al-quran maka kita masih kuat kepada pegangan agama.

-Kita perlu berterima kasih kpd ibubapa, para ulamak dan guru-guru yg telah mendidik dan memberi nasihat kpd kita. Tanpa mereka amat sukar untuk kita memahami ajaran agama. Contohnya, bila kita hendak memahami al-quran & beramal dengannya maka kita perlu mempunyai keupayaan bahasa Arab. Panjang/pendeknya bacaan pun akan ubah maksud. Maka dengan adanya para ulamak yg membuat tafsiran maka ia dapat membantu kita memahami al-quran dan hadith Nabi saw.
-Justeru kita hormat para ulamak. Jangan kita membenci orang-orang alim agama yg menerangkan perkara-perkara agama dengan benar.
-Akhirnya, kita didik diri kita untuk suka mengaji & menambah ilmu. Jangan kita jauhkan diri dpd hidayah Allah. Justeru, hendaklah kita tuntut ilmu secara berterusan dan kita amalkannya serta kita sebarkan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (12/2019): HAK ORANG ISLAM TERHADAP ORANG ISLAM YANG LAIN (samb.)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 8 Jan 2019/ 2 Jamadiulawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Hussam

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw:
“Hak bagi orang Islam terhadap orang Islam yang lain ialah:
Menjawab salam;
Ziarah akan orang yg sakit;
Menziarahi akan jenazah;
Menerima jemputan; dan
Mendoakan orang yg bersin.

-Dua dpd hak tersebut adalah wajib dan tiga adalah sunat muakkad.
Hikmah Utk Kita Ziarah Orang Sakit:
1). Bila kita yg sihat pergi ziarah orang sakit maka ia dapat mengingatkan/menyedarkan kita bahawa kesihatan itu adalah nikmat.
-Iaitu kadang kala kita lupa nikmat sihat, maka dgn diminta untuk kita ziarah orag sakit dapat menimbulkan rasa syukur kita atas nikmat sihat yg Allah beri kepada kita.
-Maka bila syukur mk kita gunanya utk jalan yg diredhai Allah. Kita zahirkan dgn tindakan kita melaksanakan ketaatan kita kepada Allah.
-Allah telah nyatakan bhw jika kita bersyukur maka Allah akan tambah.
-Seperti hadith Nabi saw yg masyhur, kita jagalah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya ialah nikmat sihat sebelum sakit.
-Begitu juga dgn nikmat harta dan kekayaan. Kita perlu tunjukkan kesyukuran kita dengan menggunakannya ke jalan Allah.
2. Mendatangkan ketenangan dalam jiwa bagi orang yg sakit.
-Orang sakit yg kita ziarah akan terharu dan gembira dengan adanya orang menziarahinya. Dia rasa ada orang yg ingatkan dia.
-Namun bila ziarah orang sakit, ada adab-adabnya. Setiap ibadah ada adabnya. Jika tidak ikut boleh jadi perbuatan baik kita menjadi haram/berdosa.
-Antara adabnya ialah:
i. Jangan duduk lama sangat bersama orang yg sakit yg kita ziarahi

ii. Menjaga kata-kata. 
-Jangan bercakap perkara yg menyakiti hati. Cakap yg sepatutnya. Jangan ucapan kita melanggar panduan yg diberi oleh syarak. Cakaplah sesuatu yg menyeronokkan pesakit.
Ulamak menyatakan bila ziarah orang sakit, kita bercakap dengannya tentang topik/perkara yg dia suka.
Kita cakap perkara yg boleh sebabkan ia seronok. 
Contohnya, kita bercerita kisah-kisah lama yg mengimbau masa kegembiraannya.

iii. Bawa buah tangan. Tetapi biarlah yg bersesuaian. Yang mudahnya bagi hadiah wang ringgit.
iv. Berdoa
-Doa ditempat orang yg sakit adalah mustajab.
Namun ia adabnya. Jangan terlalu lama. Keutamaanya ialah doa yg ringkas & padat.

3. Mengiringi akan Jenazah
~bersambung.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday, 9 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (11/2019): AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra, Kuantan, Pahang : 7 Jan 2019/ 1 Jamadilawal 1440H (Isnin) oleh Ustaz Hafiz.


●Pendahuluan
-Syukur kita masih diberi umur dan berkesempatan untuk menambah amal kebajikan kita.
-Sama-sama kita tingkatkan ketaatan kita kepada Allah. Semoga rahmat sentiasa melimpah kpd kita.
-Surah ali-Imran, ayat 110: “Allah Subhanahu wata’ala berfirman:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
-Ayat ini mengandung suatu dorongan kepada kaum mukminin supaya tetap memelihara sifat-sifat utama yang disebutkan dan supaya mereka tetap mempunyai semangat yang tinggi.
-Umat yang paling baik di dunia adalah umat yang mempunyai dua sifat, iaitu mengajak kebaikan serta mencegah kemungkaran, dan senantiasa beriman kepada Allah subhanahu wata’ala.
-Semua sifat itu telah dimiliki oleh kaum muslimin di masa nabi saw.
Dalam waktu yang singkat mereka telah dapat menjadikan seluruh tanah Arab tunduk dan patuh di bawah naungan Islam, hidup aman dan tenteram di bawah panji-panji keadilan, padahal mereka sebelumnya adalah umat yang berpecah belah selalu berada dalam suasana kacau dan saling berperang antara sesama mereka.

-Ini adalah berkat keteguhan iman dan kepatuhan mereka menjalankan ajaran agama serta berkat ketabahan dan kesungguhan menegakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran.
-Iman yang mendalam di hati mereka selalu mendorong untuk berjihad dan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sebagaimana tersebut dalam firman Allah, surah Al-Hujurat, ayat 15:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul Nya. kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.”
-Jadi ada dua syarat untuk menjadi sebaik-baik umat di dunia, sebagaimana diterangkan dalam ayat ini, iaitu amar ma’ruf nahi munkar dan iman kepada Allah subhanahu wata’ala.
-Dalam ayat ini (Ali ‘Imran: 110) amar ma’ruf nahi munkar penyebutannya didahulukan dibanding iman kepada Allah subhanahu wata’ala. Padahal iman itu selalu berada didepan dari berbagai jenis ketaatan. Hal ini lantaran amar ma’ruf nahi munkar merupakan pintu keimanan dan yang memelihara- nya. Jadi didahulukannya kedua hal tersebut yaitu amar ma’ruf dan nahi munkar, dalam peraturan sesuai dengan kebiasaan yang terjadi dikalangan umat manusia, iaitu menjadikan pintu berada di depan segala sesuatu.
-Maka setiap umat yang memiliki kedua sifat ini pasti umat itu jaya dan mulia, sebaliknya apabila kedua perkara tersebut diabaikan maka tidak dapat disesalkan bila umat itu jatuh ke lembah kemelaratan.
-Dalam ayat surah ali-Imran tersebut, Allah telah mengiktirafkan (gazzate) kita sebagai umat yg terbaik.
Pengiktirafan ini bukan secara percuma. Ada padanya tanggungjawab.

-Bila kita hendak menjadi umat terbaik maka kita berlumba-lumba utk membuat amalan. Wbp untuk kita benar-benar menepati mengikuti ayat ini, kita bukan sahaja dikehendaki untuk membuat amalan bagi diri sendiri semata-semata.
-Kita juga dituntut untuk membantu orang lain. Iaitu mengajak manusia untuk membuat kebaikan/amal soleh dan mencegah manusia dpd kemungkaran.
Allah perintahkan kita utk mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

-Tugas amar makruf dan nahi mungkar bukan tanggungjawab sosial semata-mata. Ianya adalah tanggungjawab obligasi.
Apa maksud tanggungjawab obligasi?
-Ia adalah tanggungjawab yg perlu dilakukan dan kita accountable kepadanya.

-Perumpamaan yg dimaksudkan obligasi seperti kisah berikut. Jika kita lalu di tepi pantai & kita lihat seorang anak kecil yg hampir lemas maka kita akan berusaha selamatkannya. Namun jika kita ada tugas lain yg besar hendak dibuat ketika itu maka mungkin kita tidak akan hentikan kenderaan kita bagi selamat anak kecil tersebut. Kita tidak akan dipersalahkan dan tidak akan didakwa. Namun jika seorang penjaga pantai melihat suasana cemas anak kecil tersebut yg hampir lemas dan ia leka hingga tidak pergi menyelamatkannya maka ia boleh didakwa kerana tidak bertindak.
Maka tanggungjawab amar makruf & nahi mungkar ianya adalah obligasi spt seorang penjaga pantai dalam contoh yang tersebut. Tanggungjawab yg kita laksanakan akan ada impak dan jika tidak laksanakan lagi besar impak kemudaratannya.
-Sabda Nabi saw:
“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

-Justeri jika kamu nampak kemungkaran maka hendaklah kamu cegah dgn kuasa (authority).
-Maka jika kita tahu dlm ahli keluarga kita buat kemungkaran maka menjadi tanggungjawab kita utk mencegahnya.
-Bukannya tanggungjawab diserahkan kpd ustaz, alim ulamak, pihak berkuasa, dll.
Semua orang bertanggungjawab walau pun kita seorang professional, jurutera, peguam, akauntan, doktor, dll.

-Surah Taharim, ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
Jadi kita yg ada kuasa terhadap anak isteri perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya. Jangan sekadar memberi nasihat sahaja.
Bagi penjaga pantai seperti kisah di atas, ia akan kena tindakan undang-undang dunia.
Sebaliknya bagi kita yg tidak menunaikan tanggungjawab amar makruf & nahi mungkar kita bakal didakwa di akhirat kelak.

Contohnya jika kita tidak cegah jiran tetangga kita buat jahat, anak-anak yg tidak solat, tidak puas, di akhirat kelak kita akan dituntut. Ia kata bahaw kita tidak memberi nasihat kepada mereka.
Justeru jangan kita serahkan tanggungjawab kita kepada orang lain. Ia tanggungjawab bersama. Perlu nasihatkan officemate, rakan-rakan sepermainan, jira, dll.
Cegah kemungkaran adalah tanggungjawab semua.
Ada orang rasa ia banyak buat maksiat. Lalu ia takut untuk tegur orang yg melakukan kemungkaran. Bahkan tidak hendak berubah untuk menjadi orang baik.
Tidak jadi syarat untuk cegah kemungkaran dan ajak orang buat baik memerlukkan kita perlu buat baik dulu.
Nombor ia bukan mula dengan kosong. Tetapi mula dengan negetif. Selepas negetif bila campur dengan positif maka akhirnya jadi positif.
-Sabarlah dalam membuat kebaikan walau pun di mana jua kita. Kita bawa kebaikan kpd semua.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday, 7 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (10/2019): JANGAN BERSANGKA BURUK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Dato’ Sam.


●Pendahuluan
-Syukur kita dpt menunaikan solat. 
Kita jgn melalaikan solat dgn melewat-lewatnya atau lambat datang berjemaah.

-Surah Al-Ma’un, ayat 4-5: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.”
-Jika seseorang itu lalai dalam solatnya, maka dia akan berlari ke hulu ke hilir untuk minta syafaat kpd para Nabi. Semua Nabi tidak dpt memberi syafaat kecuali Nabi saw.
-Nabi saw bersabda: “Siapa yang meninggalkan solat fardhu maka aku berlepas diri daripada mendapat jaminan ku.”
-Justeru jangan kita tinggalkan solat. Pastikan isteri & anak-anak serta keluarga kita mendirikan solat. Termasuk juga anggota di bawah kita dan jiran tetangga kita.
-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya yang memisahkan antara seorang Islam yg musyrik dan seorang Islam yg kufur adalah solatnya..”
-Kita pakailah pakaian yg cantik-cantik bila ke Masjid/Surau.
“Wahai anak Adam, datanglah kamu ke rumah Allah dengan pakaian yang cantik & indah.”

-Bila solat berjemaah maka hendaklah kita datang awal dan ambil saf pertama.
-Para Malaikat berdoa dan mengaminkan doa-doa kita.

Jangan Kamu Bersangka Buruk:
-Surah al-Hujuraat, ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
-Justeru janganlah kita mencari-cari kesalahan orang.
-Jangan kita bergurau-gurau perkara-perkara yg tidak betul. Jika tidak dimaafkan maka ia akan kembali kpd kita.
-Sabda Nabi saw: “Tidak seseorang yang menuduh seseorang itu akan kefasikan melainkan tuduhan itu kembali kepadanya jika ianya tidak benar.”
-Sebab itu Islam melarang keras utk kita menuduh seseorang itu sebagai fasikh.
-Ia satu kesalahan yg besar. Jika tidak sempat minta maaf maka banyak soal jawab kita di akhirat kelak.
-“Jika seseorang kata kepada seseorang lain, “wahai kafir” jika didapati ia tidak betul maka ia mungkin kembali kepadanya, jika ia tidak memaafkannya.”
Justeru dalam setiap doa kita, kita meminta dielakkan dari bersangka buruk.
-Mata, telinga,mulut kita sering melihat, mendengar dan berkata-kata perkara tidak sepatutnya kita dengar, lihat dan berkata-kata.
-Hadith Nabi saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Bukhari: “Seorang lelaki telah bertemu dengan Nabi saw dan bertanyakan kepada baginda saw tentang hal seorang wanita yg banya solatnya, puasa, sedekah dan amalan-amalannya yg lain. Tetapi ia selalu menyakiti hati jirannya dan orang lain dengan kata-katanya. Maka sabda Nabi saw,di akhirat kelak tempatnya adalah di neraka. Kemudian lelaki tersebut bertanyakan pula hal seorang wanita yg sedikit puasa, sedekah dan amalan-amalannya yg lain. Tetapi perempuan itu tidak pernah sakiti hati jiran dan saudara maranya. Maka Nabi saw bersabda bahawa di akhirat kelak tempatnya di syurga.”
-Tiga kategori jiran:
Jiran dengan orang yg beragama Islam
Jiran dengan orang kafir
Jiran dengan saudara mara

Ketiga-tiga jenis jiran tersebut mempunyai hak-haknya. Kita jangan sakiti jiran kita.
-“Engkau ketahuilah bahaya lisan. Satu cara utk menyelamatkannya ialah bercakap yg baik-baik.”
-Kita jangan bertengkar sesama Islam terutamanya di rumah Allah.
-“Belum betul iman seseorang itu sebelum hatinya lurus. Untuk hati lurus ,maka perlu luruskan percakapannya.”
-Maka hendaklah kita jaga lisan kita. Kalau tidak boleh jaga lisan, maka kita diam sahaja.
-Seorang itu tidak masuk syurga jika lisannya menyebabkan jirannya sakit hati.
-Saidina Muaz pernah bertanya pada Nabi saw adakah sebab lisannya seseorang itu akan diazab. Maka kata Nabi saw, manusia yg tidak menjaga lisannya akan diterlengkupkan mukanya di padang Masyar.”
-“Wahai lidah, katakan yg baik sahaja. Sesunguhnya kamu akan mendapat menafaat.”
-Jadi jika kita tidak mahu terlibat dalam percakapan-percakapan yang tidak bermanafaat maka kita tinggalkan.
-Nabi saw pernah tinggalkan satu perbualan kerana tidak mahu bercakap perkara yg tidak sepatutnya.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa menahan lisannya, Allah berjanji akan menutup segala keburukan dan keaibannya. Allah akan melindunginya daripada siksaan.”
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa beriman dan percaya kepada hari akhirat maka hendaklah ia diam dan bercakap yg baik-baik.”
-Bila kita jaga mulut, maka syaitan sukar untuk mengacau kita.
Kita jaga silaturrahim.

-Hari-hari kita jangan lupa solat sunat taubat & istigfar.
Allah Maha menerima taubat hambaNya.

-Sabda Nabi saw: “Bahawasanya Allah menerima taubat hambaNya selagi nyawanya belum sampai ke kerongkongnya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (09/2019): TAFSIR AL-QURAN - AL BAQARAH (AYAT 158) - SA'IE (SAFA' DAN MARWAH)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra,Putrajaya: 6 Jan 2019/ 29 Rabiaulakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat


●Pendahuluan
Menasik (ibadat) Haji.
-Surah al-Baqarah, ayat 158: “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidak dosa baginya mengerjakan Sa’ie antara keduanya. Dan barang siapa mengerjakan satu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan, lagi Maha Mengetahui.”

Nota:
-Sa’ie adalah salah satu tempat-tempat beribadat kepada Allah.
-Allah mengungkapkan dengan perkataan “tiada ada dosa” sebab sebahagian sahabat merasa keberatan mengerjakan Sa’ie di situ kerana tempat itu bekas tempat letak bahala. Dan di masa Jahilliah pun, tempat itu digunakan sebagai tempat Sa’ie. Untuk memghilangkan rasa keberatan itu, Allah menurunkan ayat ini.

-Bila kita buat haji, apabila kita telah siap buat tawaf, bercukur, dll maka kemudiannya kita pergi buat Sa’ie di mana kita berlari-lari anak (bagi lelaki) antara Bukit Safa’ & Marwah.
Perbuatan haji ini kalau ikut hukum akal seolah-olah kita “bermain-main.”
Apakah kedudukan Safa & Marwah di zaman dahulu yg menyebabkan ia mjdi sebahagiam dpd ibadat haji?
-Surah Al-Baqarah, ayat 158:
Kenapa Allah turunkan surah al-Baqarah, ayat 158 ini. Pengamalan haji bukan perkara baru tetapi amalan yg lama yg dilakukan turun temurun.
Orang Arab memang suka bertawaf. Di permulaan dahulu dikatakan ada banyak Kaabah, dianggarkan diseluruh dunia ada 13. Ada di Jeddah, Madinah & Yaman. Yg paling besar di Yaman.

Mereka bila bertawaf mereka adalah bertemasya/berpesta. Mereka bertawaf tanpa pakaian.
Kaabah pertama dibina oleh Nabi Adam as dan disambung olh malaikat.
Raja Yaman ia cemburu dgn ramai sangat orang pergi tawaf di Mekah. Ia hendak orang ramai datang melancong ke Yaman. Mk ia cuba utk bawa Kaabah di Mekah ke Yaman. Raja Abrahah telah menghantar bala tentera yg besar ke Mekah.
Sebelum sampai ke Kaabah di Mekah, tentera Abrahah telah dihancurkan. Allah telah menghantar “tentera-tenteranya”. Mereka hancur umpama daun-daun kayu yg hancur terbakar.
Asbab ayat ini diturunkan.
-“Sesiapa yg mengerjakan haji setelah ia tawaf di Kaabah maka ia perlu melakukan Sa’ie..”
Pada peringkat awal para sahabat enggan utk bersa’ie di Bukit Marwah dan Bukit Sa’ie.
Mrk enggan krn pd satu ketika dahulu ada seorang lelaki dan perempuan yg berzina. Mereka telah dipenggal. Satu kepala di letakkan di Bukit Safa dan satu kepala di Bukit Marwah. Maka bila mrk melakukan Saie di antara Safa dan Marwah, mereka menyentuh patung di bukit tersebut.

Maka setelah memeluk Islam, bila mengerjakan Sa’ie, mereka tidak mahu menyentuh tempat patung berhala kepala dua orang yg berzina itu.
Maka Allah turunkan ayat tersebut.

-Justeru, Sa’ie antara Safa dan Marwah itu adalah syariat Islam.
-Safa dari segi maksud penggunaan bahasa ialah batu yg licin yg hitam, batu yg kuat & solid. Ia tidak bercampur apa-apa.
-Marwah ialah satu batu yg putih yg licin dan lagi solid.
Kata seorang ulamak, Safa & Marwah adalah dua batu yg terbesar yg menjadi mercu tanda Mekah pada masa dahulu.
-Nota: Hajar Aswad adalah asalnya batu yg putih yg merupakan batu dpd syurga. Tetapi ia telah menjadi hitam sekarang kerana ramai orang yg menyentuhnya (disebabkan dosa2 orang yg menyentuh).
-Batu Hajar Aswad ia pernah dicuri dan diletak Yaman. Maka selama 23 tahun orang buat haji tanpa ada batu Hajar Aswad. Selepas itu ia telah dikembalikan semula ke Kaabah di Mekah.
-Sa’ie adalah syariat Allah. Ia adalah tanda syiar Islam.
Bukit Safa’ & Marwah adalah mercu tanda syariat beribadat. Kedua-dua itu adalah tanda agama Allah. Ia adalah tempat suci utk kita memperhambakan diri kpd Allah.
Demikian juga Masjid. Ia adalah syariat Allah. Azan juga adalah syariat dpd Allah.

-Jadi Sa’ie antara Safa dan Marwah telah “diwartakan’ kan oleh Allah sbg tempat beribadat & tempat menghambakan diri kpd Allah (bersolat & berdoa).
-Yang dikatakan syariat itu adalah juga termasuk semua pengamalan (ibadat) yg mendekatkan diri kpd Allah termasuk tawaf di Kaabah, Sa’ie, bercukur, melontar jamrah, dll.
Islam itu keamanan dan saling berkasih sayang. Tiada keganasan yg dibawa oleh al-quran.
Di jangkakan di Europe kelak akan menjadi negara-negara Islam.
Di London banyak gereja telah dibeli oleh orang Islam utk dijadikan Masjid (dianggarkan 430 gereja telah menjadi masjid).
-“Mereka hendak tutup cahaya Allah dgn mulut2 mereka. Sesungguhnya Allah yg akan menjaga cahayaNya.”
●Penutup
Jadi pada kuliah ini, kita dapat memahami asal pelaksanaan Sa’ie di antara Safa’ & Marwah. Ia adalah syariat Allah.
Pada kuliah yang akan datang akan dibincangkan tentang ibadat haji dan umrah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.