السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 27 Mei 2020 / 4 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu.
Moga jadi asbab keredhaan Allah.
OVERVIEW SURAH AN-NISA:
-Dinamakan surah An-Nisa kerana ayat
berkaitan wanita lebih banyak berbanding ayat-ayat yang lain.
-Surah ini juga dikenali sebagai
surah Nisa Al-Kubra yang bermakna surah An-Nisa yang besar. Manakala al-Thalaq
dikenali juga dengan nama Nisa al-Sughrah atau Nisa al-Qushrah iaitu surah
An-Nisa yang kecil.
Bagaimanakah hubungan surah An-Nisa
dengan surah sebelumnya iaitu surah ali-Imran:
-Surah ali-Imran telah diakhiri
dengan seruan untuk bertaqwa iaitu di ayat 200.
-Jika kita hubungkan dengan ayat
pertama pada surah An-Nisa ini, ianya juga dimulai dengan seruan untuk kita
bertaqwa kepada Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 2: “Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
-Jika di dalam surah ali-Imran
diperincikan tentang peristiwa perang Uhud, dalam surah An-Nisa ini juga
disentuh tentang peristwa peperangan tersebut.
-Terdapat juga ayat-ayat yang
menyanggah hujah-hujah golongan munafik dan membongkar penyelewangan serta tipu
daya mereka.