السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 20 Mei 2019/ 15 Ramadhan 1440H (Isnin).
●Pendahuluan
-Syukur alhamdulillah atas segala limpah nikmat kurniaan Allah. Daripada kita bangun tidur di pagi hari hingga kita kembali tidur di malam hari begitu banyak nikmat kurniaan Allah.
-Bila kita bersyukur atas segala kurniaan Allah, nescaya Allah akan tambah.
Adakah Ramadhan ini adalah yang terakhir pada kita? Setiap kita tidak mengetahuinya.
Antara nikmat yang Allah beri pada kita ialah ketaatan kita kepada suruhan dan meninggalkan larangan Allah yang dibawa oleh para Nabi/Rasul.
-Surah Al-Haj, ayat 23: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai. Mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, serta pakaian mereka pula daripada sutera.”
-Perkara yang hampir sekali dengan kita adalah kematian.
Diriwayatkan oleh Imam Malik & Ibnu Madja, datang seorang lelaki Ansar kepada Nabi saw & ia bertanya: “Wahai Rasulullah, mukmin yang mana paling utama. Sabda Nabi saw: “Yang baik akhlak budi pekerti, yang paling banyak mengingati kematian, yang membuat banyak persiapan selepas ia mengingati mati..”
-Bila seseorang itu ingat mati maka ia akan sentiasa insaf. Kita akan membuat banyak persiapan & tidak leka dengan keduniaan.
-Sabda Nabi saw: “Sekiranya seseorang kamu melintasi taman-taman syurga, maka kamu berhentilah dan berehatlah kamu di situ. Maka ditanya kepada Nabi saw, apakah itu taman-taman syurga, maka jawab Nabi saw, ia adalah majlis-majlis ilmu.”
-Bila seseorang itu mengingati mati maka akan hilang/kurang rasa keinginan untuk kelazatan terhadap dunia. Kita akan kurang rasa keinginan untuk mendapat pangkat, harta dan wanita.
Setengah ulamak menyatakan untuk kita mudah mengingati mati, hendaklah kamu:
i. Dekatkan rumah kamu dengan kubur
ii. Dekatkan rumah kamu dengan masjid
-Bila kita ingat mati maka kita akan sentiasa bertaut kpd akhirat. Setiap saat dimanafaatkan utk akhirat.
Kita sentiasa takut untuk dihisab.
Siapa yg mengingati mati,maka ia akan:
i. Mempercepatkan bertaubat
ii. Bersifat qanaah. Cukup dengan yang ada. Tidak panjang angan-angan untuk kemewahan dunia. Tidak tergopoh gapah & tidak mencintai dunia.
iii. Rajin untuk beribadat
Sebaliknya, bagi sesiapa yang jauh daripada mengingati mati, maka ia akan:
i. Lambat bertaubat & menunda-nunda
ii. Tamak & lahab atas urusan-urusan dunia. Melebihkan urusan dunia hingga lupa laksanakan ibadat yg ditetapkan
iii. Malas untuk beribadat
-Nabi saw menziarah kubur.
Pada mulanya Nabi tidak menggalakkan untuk menziarahi kubur. Kemudian Nabi saw telah menggalakkannya. Ini kerana:
i. Ziarah ke kubur untuk kita mengingati mati. Untuk kita merasa keinsafan.
ii. Ia dapat mengendurkan kecintaan kepada dunia dan mengurangkan pangjang angan-angan
-Orang yg beriman akan sentiasa mengingati mati.
-Betapa ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak taat kepada Allah.
-Ada yang memasuki bulan Ramadhan ia tidak rasa apa-apa. Merekalah orang yang paling rugi.
-Ramadhan sepatutnya dapat mendidik kita untuk istiqamah.
Para sahabat membuat persiapan 6 bulan sebelum tiba bulan Ramadhan.
-Hendaklah kita sibukkan diri kita dengan akhirat.
-Jika kamu melihat kematian, lihatlah tiga perkara:
i. Dahi berkeringat (berpeluh)
ii. Air matanya bersinar
iii. Hidung keluar hingus
Perkara tersebut adalah petanda rahmat Allah.
Sekiranya mayat itu dilihat:
i. Terdengar bunyi umpama mendengkur
ii. Merah padam wajahnya
iii. Gerahangnya bunyi gementur
Maka itulah petanda datangnya azab Allah.
-Petanda orang baik itu menuju kematian, ia telah merasa kehadirannya beberapa lama.
-Nabi saw bila hendak wafat, baginda telah memasukkan tangan ke air dan menyapu dahinya. Betapa kematian adalah kesakitan walau pun Nabi saw adalah kekasih Allah.
-Banyak membaca kalimah:
“Tidak ada tuhan yg patut disembah melainkan Allah....”
“Allah lah Yang Maha Tinggi..”
-Nabi Musa as bila hendak wafat..seperti kambing hidup yang dagingnya disiat-siat.
-Ada yg berkata kematian itu umpama pedang yg melukai tubuh badan.
Iaitu dinyatakan, kedatangan malaikat maut itu lebih dasyat daripada 1,000 libasan pedang.
-Berdoalah kita kepada Allah, semoga Allah meringankan kematian kita.
-Malaikat maut datang melihat orang yg hendak dicabut nyawanya lebih 360 kali sehari.
-Maut itu penghapus segala dosanya. Maut adalah musibah bagi orang muslim. Allah boleh gugurkan segala dosanya.
-Sabda Nabi saw: “Talkinkan orang yg hendak mati dengan kalimah Laillah.. (syahadat) dan hiburkan mereka dengan syurga.”
-Bagi orang yang hendak mati ada dua makhluk yang akan datang. Iaitu syaitan yang datang menyerupai ibunya & bapanya.
Syaitan yg menyerupai ibu/bapa itu usaha untuk menyesatkan orang yang hendak mati.
-Roh yang beriman ia akan berlegar-legar dan mengharapkan doa-doa orang yang hidup.
-Ulamak menyatakan, kalimah-kalimah tauhid yg disebut disaat kematian dapat menolak gangguan-ganguan syaitan.
Kalimah tauhid yang dibaca akan mendapatkan keselamatan.
-Bila kita mengungjunggi mayat, hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja.
Nabi saw bersabda: “Apabila kamu menziarahi mayat,maka hendaklak kamu bercakap yang baik-baik. Sesunguhnya malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan..”
Nabi saw mengajar doa ini kepada Abu Salamah:
“Ya Allah ampunkan hamba mu yang meninggal. Dan gantikanlah dengan yang lebih baik ..”
-Doa orang yang hidup amatlah berguna untuk orang-orang yang mati.
Bagai mana untuk sentiasa mengingati mati:
i. Selalulah mendekatkan diri kepada masjid, majlis ilmu, zikirullah, dll
ii. Meninggalkan perkara-perkara maksiat
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.