السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 29 Disember 2019/ 2 Jumadilawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz SS Dato’ Dr Zulkifly (Mufti Terengganu).
●Pendahuluan
-Lima amalan ini jika kita buat secara istiqamah Insyallah ia akan dapat menjaga agama kita, jiwa kita akan tenang, ilmu terpelihara, kita tidak mudah nyanyuk dan sihat.
-Kita akan dikurniakan ketenangan dan kita akan dibantu oleh malaikat bila kita menghadapi saat sakaratul maut.
-Dengan lima amalan ini juga kita mendapat jiwa yang sabar dan bersyukur.
Ujian kehidupan diterima dengan sabar.
Kita akan syukur. Kita tidak sombong dengan nikmat kurniaan yang diterima.
Ujian kehidupan diterima dengan sabar.
Kita akan syukur. Kita tidak sombong dengan nikmat kurniaan yang diterima.
(i) Qiamullail
(ii) Kita makan bukan kerana nafsu tetapi untuk kita kuat
(iii) Sentiasa berwuduk
(iv) Sentiasa bersiwak (gosok gigi)
(v) Sentiasa bertaqwa
(ii) Kita makan bukan kerana nafsu tetapi untuk kita kuat
(iii) Sentiasa berwuduk
(iv) Sentiasa bersiwak (gosok gigi)
(v) Sentiasa bertaqwa
HURAIAN:
-Saat Sakaratul maut adalah saat yang paling getir bagi semua orang.
-Satu riwayat menyatakan kesakitan sakaratul maut umpama seribu kali sakit kulit ayam disiatkan daripada dagingnya.
Bagaimana untuk kita hadapi saat Sakaratul maut:
-Istiqamah akan dapat menjaga keimanan dan agama kita daripada fitnah kehidupan dan kematian.
-Insyallah semasa sakaratul maut, maka istiqamah kita dapat membantu kita.
-Amal ibadat kita akan membantu kehidupan dan kematian kita dengan baik.
-Justeru laksanakan segala ajaran agama dengan istiqamah
-Jadikan al-quran sebagai panduan hidup. Islam bukan sekadar zikir-zikir.
-Usaha buat semua apa yang diperintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.
Lima Amalan Untuk Menjaga Minda, Jasad, Rohani (MINJARO):
-Lima amalan ini jika dibuat secara istiqamah ia akan menjaga agama, ilmu, tidak nyanyuk dan sihat.
(i) Qiamullail
-Jangan kita tinggalkan qiamullail. Ia boleh menjaga agama. Buatlah Qiamullail walau pun dua rakaat.
-Jangan kita tinggalkan qiamullail. Ia boleh menjaga agama. Buatlah Qiamullail walau pun dua rakaat.
(ii) Kita makan bukan kerana nafsu tetapi untuk kita kuat.
-Suapan yang kecil akan dapat menegakkan tulang belakang.
-Suapan yang kecil akan dapat menegakkan tulang belakang.
-Menurut seorang ulamak, hanya beberapa suapan makanan yang berzat yang seimbang akan dapat menegakkan tulang belakang.
-Jadi kita makanlah kerana untuk menguatkan badan bagi menunaikan amanah dan ibadat kita.
(iii) Sentiasa berwuduk.
-Iaitu bila kita sentiasa menjaga wuduk, kita sentiasa bersiap sedia untuk mendekatkan diri pada Allah dan beribadat.
-Iaitu bila kita sentiasa menjaga wuduk, kita sentiasa bersiap sedia untuk mendekatkan diri pada Allah dan beribadat.
(iv) Sentiasa bersiwak (gosok gigi)
-Kita boleh bersiwak dengan kayu sugi daripada kayu atau dengan berus gigi & ubat gigi.
Samada guna kayu atau berus gigi adalah wasail/wasilah sahaja.
-Kita boleh bersiwak dengan kayu sugi daripada kayu atau dengan berus gigi & ubat gigi.
Samada guna kayu atau berus gigi adalah wasail/wasilah sahaja.
-Pahalanya sama sahaja. Asalkan kita sentiasa bersih gigi.Dengan tangan pun boleh.
-Kemudiannya, disunatkan sebelum takbirratulihram untuk bersiwak. Di sini yang biasa digunakan ialah kayu siwak.
-Samada guna berus gigi atau kayu siwak termasuk dalam perkara wasail/wasilah (alat).
-Zaman dahulu, pondok adalah universiti. Sekarang Universiti adalah universiti yang ada bangunan dan sistem yang formal. Namun kedua-duanya bermatlamat untuk mengajar ilmu.
(v) Sentiasa bertaqwa
-Orang yang bertaqwa akan diberikan ketenangan.
-Pakej syariat itu sebenarnya akan memberi kita ketenangan.
-Orang yang bertaqwa akan diberikan ketenangan.
-Pakej syariat itu sebenarnya akan memberi kita ketenangan.
-Pada satu peristiwa seorang wakil raja Rome datang untuk berjumpa Saidina Umar ra. Didapati Saidina Umar ra sedang berehat tidur di bawah satu pokok. Maka wakil raja Rome itu merasa teruja betapa mudahnya untuk seorang pemimpin besar dapat tidur.
(Ia tidak fikir ia akan keselamatan dan akan dibunuh pun).
(Ia tidak fikir ia akan keselamatan dan akan dibunuh pun).
-Maka wakil raja Rome menyatakan: “Kamu menjadi pemimpin, kamu berlaku adil maka kamu dapat tidur.”
-Sesunggunya, adil itu taqwa. Iaitu kita meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Maka dengan adilnya kita, maka kita dapat ketenangan. Kita akan mudah tidur.
Maka dengan adilnya kita, maka kita dapat ketenangan. Kita akan mudah tidur.
-Jadi untuk dapat otak yang stabil, minda yang kuat, sihat maka hendaklah kita bertaqwa.
-Justeru, bila kita istiqamah maka kita akan dapat menghadapi saat kematian kita dan mendapat kematian yang husnul khatimah.
-Malaikat akan datang memberi semangat kepada kita menghadapi hasutan syaitan.
-Jadi untuk dapat permudahkan kematian kita hendaklah istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ibadat.
-Malaikat bukan sahaja turun pada saat kematiaan sahaja tetapa pada masa sekarang. Ia kata jangan kamu takut dan jangan kamu berdukacita. Maka kita akan rasa tenang sahaja.
Bila kita istiqamah membuat kebaikan maka malaikat akan sentiasa berdoa.
Bagi jiwa yang tenang ia akan dapat dua perkara:
i. Ia akan dapat sabar. Ujian kehidupan diterima dengan sabar.
ii. Ia akan syukur. Ia tidak sombong dengan nikmat kurniaan yang diterima.
Ancaman Ajaran Sesat:
-Hendaklah kita berusaha untuk melarikan diri daripada pengaruh ajaran sesat.
-Kita belajar ilmu. Ia akan menjadi perisai kepada kita.
-Hendaklah kita berusaha untuk melarikan diri daripada pengaruh ajaran sesat.
-Kita belajar ilmu. Ia akan menjadi perisai kepada kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.