السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 11 November 2019/ 15 Rabiulawal 1441H (Isnin).
Ustaz Nik Mohd Sukiman Nik Yusof
Sumber: Kitab Apakah Maknanya Saya Menganut Islam
●Pendahuluan
-Surah Ar-Rum, ayat 21: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
-Surah al-Nur, ayat 32: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."
-Kita perlu mencari pasangan (suami/ isteri) yang baik akhlak. Isteri adalah cerminan kepada suami.
-Kita perlu berusaha dan sabar untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Sesiapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian darjatnya maka
-Sabda Nabi saw: “Wanita dikawini kerana empat hal : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya (ke-Islamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (HR: Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
-Sabda Nabi saw: “ Daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah saw menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda saw juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi saw bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” (HR: Abu Daud (1050)).
-Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata-mata nescaya kemungkinan kecantikannya akan membinasakannya, dan jangan kamu mengahwini perempuan kerana hartanya nescaya kemungkinan hartanya menyebabkannya melampaui batas, tetapi kahwinilah perempuan kerana dinnya. Adalah seorang ammah yang berkulit hitam itu, tetapi mempunyai din, lebih baik bagi kamu.”
-Jadi, tujuan berkahwin adalah untuk mengikut sunnah Nabi saw. Jika niatnya selain daripada itu maka hendaklah kita betulkan niat.
-Nabi saw menyuruh kita berkahwin untuk menjaga penghormatan dan pandangan. Ia juga kerana agama dan untuk meramaikan umat Nabi saw.
-Perkahwinan hendaklah ditegakkan di atas asas aqidah Islam dan taqwa. Kesucian hukum-hukum mengenai rumahtangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa.
-Kehidupan rumahtangga Islam dikira sebagai ibadah dan ‘ubudiyah kepada Allah
-Perkahwinan yang Allah kurniakan keberkatan akan membolehkan kita mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
Petanda keberkatan ialah merasa cukup dengan rezeki kurniaan Allah.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah.” (HR Muslim no. 1467).
Isteri yang solehah:
i) Isteri yang soleh adalah pembantu suami dalam beramal menegakkan Islam.
ii) Isteri yang soleh dapat mengingatkan suami jika berlaku kealpaan (kelalaian).
iii) Isteri yang soleh memberikan peransang kepada suami untuk bermujahadah tanpa menghalangnya (begitu juga bagi suami yang soleh – pemimpin rumahtangga).
iv) Isteri yang soleh menjaga diri ketika ketiadaan suami di rumah walaupun lama peninggalannya. Isteri yang soleh membesarkan anak-anak dengan didikan Islam.
-Suami perlu bersifat baik terhadap isteri dan anak-anak.
-Sabda Nabi saw: “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang bersifat baik terhadap isteri dan anak-anak..”
-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR: Tirmizi).
-Sabda Nabi saw: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (HR: Ahmad).
-Surah al-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
-Sabda Nabi saw: Daripada Ibn Umar bahaw Nabi saw bersabda: “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah penjaga (pemimpin), dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dijaga. Seorang raja adalah penjaga bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dijaga. Seorang suami adalah penjaga (pemimpin) bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah penjaga bagi rumahtangga suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dijaganya. Seorang hamba adalah penjaga bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dijaganya. Ketahuilah setiap kamu adalah penjaga (pemimpin), dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu jaga (pimpin).”
-Hendaklah kita sentiasa letakkan dalam diri kita kecintaan kepada Nabi saw. Setiap perkara kita ingat kepada sunnah Nabi saw.
-Bila kita pergi ke majlis ilmu maka kita sampaikan/kongsikan dengan isteri dan anak-anak.
-Ilmu itu jika tidak diamalkan umpama pokok tidak ada buah. Ia juga umpama kereta tanpa steering.
-Surah a-Hujurat, ayat 13: “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.”
-“Kebahagian itu tidak terletak pada kerja-kerja menghimpunkan harta tetapi orang yang bertaqwa itulah yang merasai kebahagiaan sebenar.”
-Surah An-Nahl, ayat 97: “Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.”
-Allah jadikan siang hari untuk menguruskan kehidupan dan malam untuk kerehatan. Maka hendaklah kita mencari keseimbangan dalam kehidupan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.