السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,Selangor: 19 Jan 2019/13 Jamadilawal 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Syed Putra Haizam Al-Shahab.
●Pendahuluan
-Syukur kerana kita masih lagi berjalan atas muka bumi ini atas nikmat iman dan Islam.
-Bila kita tidak rasa kekayaan atas nikmat kekayaan yang kita ada dan kita tidak rasa kepayahan terhadap ujian kesusahan maka kita telah mendapat nikmat keimanan.
Kita letakkan dunia di tangan dan tidak dihati.
Surah Al-Mulk, ayat 2: “Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun.”
-Susah dan senang semuanya adalah ujian kehidupan.
-Orang yg masuk dalam dewan peperiksaan ia sedang diuji. Bila habis masa mk ia perlu berhenti. Tiada tambahan masa yang boleh diperolehi.
Demikianlah kehidupan. Kita semua akan diuji dan akan menemui titik noktahnya.
Setiap daripada kita akan mencapai saat kematian.
Tiada siapa yg boleh mengubat sakaratul maut.
Itulah saat perpisahan kita daripada kehidupan dunia.
Kesakitan sakaratul maut akan dihadapi oleh semua.
Susah senang, kaya, miskin,lapar kenyang, darjat, pangkat, tertekan dan tidak tertekan semuanya sementara.
Di negara-negara spt Jepun, di Europe ramai yg serah diri, tidak tahan dengan stress/ujian. Mereka membunuh diri.
Bagi orang Islam dunia ini adalah penjara.
Allah utuskan Nabi saw untuk membimbing umat manusia.
Semua orang diuji, semua orang stress.
Ujian para Nabi/Rasul adalah yg amat besar. Para Nabi dapat menghadapi & managed stress dan ujian.
Di peringkat awal dakwah Nabi saw, orang-orang quraish & jahililliah memberi pelbagai ujian kepada Nabi saw. Apa yg mereka tidak kata pd Nabi saw, makian dan pelbagai ancaman termasuk cubaan bunuh dibuat ke atas Nabi saw.
-Surah Al-Ahzab, ayat 41-43:
“Wahai orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingatinya (namaNya) sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikatNya (memohonkan keampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
Nabi saw contoh ikutan yg terbaik utk semua umat manusia.
Semua orang yg beriman, yakinlah bahawa ujian di dunia ini daripada Allah. Maka hendaklah di urus/di manage sebaiknya. Kita hendaklah dapat mengatur & mengurus ujian kehidupan dengan tidak menggangu amal ibadat & ketaatan kita kepada Allah.
Kisah Salman Al-Farisi (seorang Parsi) yg beri cadangan utk menggali parit dlm satu peperangan:
Ia amat mencintai Nabi saw sehingga semacam sebahagian dpd keluarga Nabi saw.
Nabi saw berdoa:”Wahai Allah, tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat. Ya Allah ampunkan dosa orang Ansar, orang Muhajirin..”
Imam Nabawi, ia sibuk dgn kerja agama, asyik menulis kitab. Beliau tidak sempat berkahwin.
-“Dunia pakejnya kecewa. Akhlak pakejnya kemuliaan.”
Firman Allah: “Dialah Allah yg menurunkan sakinah pada hati-hati orang yg beriman dan mereka yakin bahawa Allah memiliki segala tentera di bumi.”
-Pada satu hari, Abu Dardak telah pergi meminang utk Salman Al-Farisi. Setelah dipinang, maka keluarga yg dipinang itu bukannya bersetuju utk menerima Salman Al-Farisi tetapi Abu Dardak yg diterima.
Betapa Salman Al-Farisi amat berlapang dada. Ia yg minta maaf pada Abu Dardak. Bahawa ia memahami bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah.
Surah Al-Taubah, ayat 51: “Katakanlah (Muhammad): “Sekali-kali tidak menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah, orang yang beriman harus bertawakal.”
Orang yg beriman hanya bersandarkan kepada Allah.
Hendaklah kita cari jalan-jalan kebaikan.
Sesunggunya Allah menguji hambaNya mengikut keupayaannya.
Kebanyakan kita bila diuji, kita seolah-olah mengenepikan Allah. Jangan ingat kita bersendirian dalam menghadapi sesuatu ujian kehidupan.
Sesunguhnya Allah sentiasa berada bersama kita.
-Surah Al-Talaq, ayat 3:
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Utk bertaqwa, kita perlu mengikuti adab-adabnya.
Hendak berubah kepada sesuatu yang lebih baik bukannya dalam masa sehari.
Ia perlu diusahakan dan istiqamah.
Jangan penat dengar nasihat. Banyak ayat-ayat al-quran yg dapat menyentuh hati-hati manusia.
Kisah Abu Sulai (Huraisah ) yg berkahwin dgn Abu Talha, seorang wanita Ansar. Mahar perkahwinannya ialah Islam.
Kemudian selepas berkahwin, anaknya dgn Abu Talha yg masih kecil telah meninggal dunia.
Bila Abu Talha balik ke rumah ia tidak terus memberitahunya. Ia layan keinginan suaminya seperti biasa, iaitu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Setelah beberapa lama baru ia ceritakan kepada Abu Talha dgn memulakan nya dgn pertanyaan, iaitu: “jika ada barang yg dipinjamkan kpd kita kemudian diambil balik apa yg akan kita katakan”. Maka Abu Talha nyatakan mana boleh. Kata isterinya, tidakkah itu haknya. Maka Abu Talha bersetuju dengan pandangan isterinya. Selepas itu baru diceritakan akan kematian dunia. Abu Talha menerima berita kematian anaknya dengan baik. Perkara ini diberitahu kepada Nabi saw. Baginda saw amat menyanjung Abu Talha dan isterinya.
Mereka menguruskan dunia dgn senyuman.
Apa jua ujian yang dihadapi, ia tidak sepatutnya menggangu tanggungjawab dan ibadat kita.
Bila kita pegang kepada Islam maka Allah kurniakan adab kepada kita.
Pada satu hari bila Abu Talha jemput Nabi saw utk makan di rumahnya, Nabi saw telah memanjangkan jemputan kepada para shbt dan jemaah yg ramai.
Maka Abu Talha rasa amat bimbang akan tidak kecukupan makanan.
Maka ia balik memberitahu isterinya. Ia kata pada isterinya malunya jika tidak cukup makanan yang hendak dihidang. Ini kerana makanan yang dimasak hanya cukup untuk beberapa orang sahaja.
Maka isterinya menenangkan Abu Talha. Katanya, jika yg menyatakan jemputan adalah Nabi saw pastinga ada keluasan rahmat Allah.
Ternyata bahawa setelah Nabi saw dan para sahabat datang makan di rumah mereka, makanan yang disediakan mencukupi.
-Jika kita melihat sesuatu dgn kesempitan dunia, maka kita rasa stress. Kita perlu lihat sesuatu dengan kebesaran & keluasan akhirat
Perlu lihat sesuatu dgn kebesaran Allah.
Jangan kamu takut dan sedih. Tenanglah dalam hadapi ujian.
Kita datangkan Allah dalam ujian yang kita hadapi.
Para malaikat bersama kita dalam hadapi ujian. Kita sentiasalah berpegang kepada Allah.
Stress mmg sentiasa datang. Ada empat (4) cara yg boleh menenangkan kita daripada stress:
1. Banyakkan dakwah.
Banyakkan cerita tentang kebesaran Allah terutama kepada isteri & anak-anak di rumah kita.
Nyatakan bahawa makhluk tidak ada kuasa. Dunia ini kecil sahaja.
Buang segala kebesaran makhluk.
Bukan ibu dan ayah yg beri rezeki. Usaha kita akhirnya pergi kepada Allah.
Pada satu hari, Saidina Umar r.a lalu di satu tempat dan semua orang lari kecuali seorang anak kecil iaitu Abu Zubair. Bila ditanya kenapa engkau tidak lari, maka ia berkata bahawa ayahnya mengajar ia untuk hanya takut kepada Allah. Supaya tidak takut pada manusia.
Imam Askolani, ia menekan ayat-ayat keimananan kepada anak muridnya: Allah melihat kamu, Allah mendengar kamu.
2. Banyakkan mengadakan/menghadiri majlis ilmu.
Cari majlis ilmu dan majlis taklim.
Buat bacaan al-quran dan hadith di rumah bersama anak isteri.
Biar rumah kita ada cahaya al-quran dan hadith.
3. Banyakkan ibadat di rumah. Umpamakan rumah seperti masjid.
Jangan di rumah macam panggung wayang, macam restoran (tempat makan-makan yg berlebihan) atau macam hotel untuk tempat tidur semata-mata.
4. Banyakkan khidmat
-Kita jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan sesama hamba.
Kita beri khidmat kepada masyarakat. Kita jangan sewenang-wenangnys hukum umat.
Doakan yang baik-baik.
Dalam era sosial media, bukan semua status / percakapan orang perlu dikomen.
Kita boleh nasihat dengan menunjukkan adab dan amalan kita yg baik.
Dunia hanya sementara, akhirat jua yg kekal abadi.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.