السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sesi Perkongsian Ilmu@Mesyuarat Agung Puspanita, MEA: 30 Januari 2020/ 6 Jumadilakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Imam Muda Asyraf
●Pendahuluan
1. Kita perlu bekerja dengan rasa bahagia. Kebahagian perlu kita pupuk bersama. Kita bukan hendak bahagia seorang tetapi kita hendak semua orang bahagia.
-Bila kita bahagiakan orang, Insyallah kita juga akan bahagia.
2. Untuk menjadi pekerja yang baik perlu ada dua ciri:
i. Berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya
ii. Beramanah
-Kisah Nabi Musa as dan Nabi Syu’aib as. Nabi Musa as menolong anak Nabi Syu’aib as mengangkat air yang Allah rakamkan dalam al-quran, surah al-Qasas, ayat 22-28.
-Firman Allah dalam Surah al-Qasas, ayat 26: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapa ku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.
-Dalam mencari pekerja, yang dilihat tidak hanya tenaganya atau kelayakannya semata-mata tetapi juga dan tidak kalah pentingnya adalah kejujuran calon pekerja tersebut.
-Puteri Nabi Syu’aib mengusulkan kepada ayahnya untuk mengambil Nabi Musa as kerana Nabi Musa as adalah seorang yang al-qawiy al Amin.
-Untuk mengetahui jujur atau tidaknya seseorang antara lain dapat dilihat dari bagaimana ia beragama ia taat dalam melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama.
-Misalnya dari segi cara berpakaian dan kesungguhan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
-Dewasa ini sukar untuk mendapat pekerja yang sedemikian.
Oleh kerana majikan sukar untuk mendapat pekerja-pekerja yang memperlihatkan ketaatan beragama yang kuat maka pelbagai sistem pengurusan sumber manusia dilaksanakan bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti dan tinggi produktivitinya.
-Para pekerja dan profesional yang taat beragama bukan sahaja menguntungkan majikan dari segi produktiviti tetapi juga aman dan selamat daripada segala macam bentuk penipuan, pecah amanah dan pelbagai penyelewangan.