السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bacaan Hadith Selepas Subuh@Masjid Tengku Panglima Perang, Kuantan, Pahang: 22 Julai 2019/ 19 Zulkaedah 1440H (Isnin) oleh Imam Masjid
● Pendahuluan
-Rasulullah SAW bersabda, “Empat perkara yang jika dianugerahkan kepada seseorang, maka sungguh ia telah dianugerahi kebaikan dunia dan akhirat, iaitu lidah yang berzikir, hati yang bersyukur, tubuh yang sabar atas cubaan dan isteri solehah yang tidak berkeinginan mengkhianati suaminya baik terhadap dirinya mahu pun harta suaminya.” (HR. Tirmidzi).
-Empat anugerah tersebut adalah termasuk dalam keupayaan manusia. Iaitu kita mampu mencari dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keempat-empat anugerah tersebut.
-Jika keempat-empatnya ada pada seseorang, maka sungguh ia telah mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat yang lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan apa yang diusahakan berupa harta-benda, perkebunan, penternakan dan pelbagai hasil usaha dunia yang lain.
(1) Lidah yang berzikir
-Banyak orang mukmin lupa berzikir.
-Allah SWT telah memerintahkan dalam banyak firman-Nya.
-Peringatan yang besar kepada Allah yang kita lakukan adalah melalui solat lima waktu dan solat sunat.
-Peringatan yang kecil pula adalah melalui zikir dan syukur.
-Perintah Allah untuk berzikir bukanlah hanya berzikir dengan ala kadar sahaja.
-Zikir yang ala kadar atau sedikit adalah perbuatan orang-orang munafik (Surah An-Nisaa’, ayat 142).
-Allah memerintahkan kita untuk mengingatnya tanpa batas, tanpa hitungan dan semata-mata untuk diri-Nya sebagai bentuk syukur kita kepada-Nya (Surah Al-Ahzaab, ayat 41).
-Setiap waktu dan keadaan diharapkan lidah kita senantiasa basah kerana berzikir.
-Sabda Rasulullah SAW, “Dan hendaklah lidahmu senantiasa basah kerana zikir kepada Allah.” (HR. Tirmidzi).
-Dari Abdullah bin Busr Radhiallahu’anhu, dia berkata: Bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya syari’at Islam telah banyak bagiku, oleh kerana itu, beritahulah aku sesuatu buat pegangan”. Nabi saw bersabda: “Tidak hentinya lidahmu basah karena berzikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya).” (HR. At-Tirmidzi 5/458, Ibnu Majah 2/1246)
-Daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh Tuhanmu, bahkan lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?
Jawab mereka: "Mahu, wahai Rasulullah". Sabda Baginda saw: "Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya." (HR: Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).
-Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Apakah mereka tidak memandang unta, bagaimana telah dijadikan. Dan kepada langit, bagaimana dia telah diangkat. Dan kepada gunung-gunung, bagaimana dia telah dipancangkan. Dan kepada bumi, bagaimana dia telah dihamparkan." (Surah al-Ghathiyyah, ayat 17-20).
-Sabda Nabi saw:
“Barangsiapa yang duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.” (HR. Abu Dawud 4/264; Shahihul Jaami’ 5/342.)
-Sabda Nabi saw: “Apabila suatu kaum duduk di majlis, lantas tidak berzikir kepada Allah dan tidak membaca shalawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi kekurangan dan penyesalan mereka, maka jika Allah menghendaki bisa menyiksa mereka dan jika menghendaki mengampuni mereka.” (HR: At-Tirmidzi 3/140).
-Nabi saw bersabda:
“Setiap kaum yang berdiri dari suatu majlis, yang mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keledai dan hal itu menjadi penyesalan mereka (di hari Kiamat).” (HR. Abu Dawud 4/264, Ahmad 2/389 dan Shahihul Jami’ 5/176)
-Surah al-Baqarah, ayat 152: “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (pada nikmatKu)”.
-Surah Al-Ahzaab, ayat 42: “Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan menyebut namaNya)”.
-Surah Al-Ahzaab, ayat 35: “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung”.
-Surah Al-A’raaf, ayat 205: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan sore hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”.
-Sabda Nabi saw: “Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 11/208).
-Sabda Nabi saw: “Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat derajatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai Rasulullah)!” Baginda saw bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”.(HR. At-Tirmidzi 5/459)
-Sabda Nabi saw: “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. (HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061.)
(2) Hati yang bersyukur.
-Zikir dan syukur adalah dua perkara yang sangat dekat.
-Sesiapa yang berzikir sama dengan mensyukuri nikmat Allah.
-Sementara itu, sesiapa yang pandai bersyukur sebenarnya ia sedang melaksanakan makna zikirnyavkepada Allah.
-Orang-orang yang pandai bersyukur adalah mereka yang tidak terputus ibadahnya.
-Bila syukur kita sudah tidak terbatas lagi jumlahnya, maka kita melaksanakan ibadah sunat umpama ibadat wajib. Iaitu kita merasa nikmat melaksanakan ibadat sunat seperti melaksanakan ibadat wajib.
(3) Tubuh yang sabar terhadap berbagai cubaan/ujian.
-Dunia adalah ladang menuju kehidupan akhirat. Maka tiada kedamaian abadi di dunia ini. Ia hanya akan dinikmati semasa di akhirat.
-Sesungguhnya dunia ini adalah penjara buat orang beriman.
-Kunci utama untuk kehidupan yang sejahtera ialah dengan banyak berbuat kebaikan dan bersabar.
-Kehidupan seorang mukmin akan menjadi indah bila mana mereka senantiasa bersabar dan menerima dengan ikhlas apa pun ketentuan (qadar) Allah SWT.
-Sabda Rasulullah SAW: “Sungguh menakjubkan perkaranya kaum mukmin, dan hal itu tidak terjadi selain kaum mukmin. Jika sedang mendapatkan kebaikan ia bersyukur, maka yang demikian itu baik baginya. Jika sedang memperoleh keburukan ia bersabar, dan yang demikian itu (juga) baik baginya.” (HR. Muslim).
(4) Isteri yang solehah yang tidak berkeinginan mengkhianati suaminya baik terhadap dirinya maupun harta suaminya.
-Umumnya, isteri yang solehah itu adalah kebaikan hasil didikan keluarganya.
-Suami perlu menjadikannya isterinya lebih solehah dengan memimpin dan memberi didikan agama. Isteri yang solehah akan:
-Membahagiakan dan menyejukkan jika di pandang
-Ia taat pada suaminya
-Ia memelihara anak-anak dan harta suaminya pada saat suaminya tidak di rumah.
Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَقَالَ: اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ، أَمَّا أَهْلُ السَّعَادَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا أَهْلُ الشَّقَاوَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ
Maksudnya: “Barangsiapa daripada kalangan orang yang bahagia, maka dia akan beramal dengan amalan orang yang bahagia. Adapun, sekiranya dia daripada kalangan orang yang derita, maka dia akan beramal dengan amalan orang yang derita.
-Sabda Nabi SAW lagi: “Beramallah dan setiap orang itu akan dipermudahkan (oleh Allah SWT). Adapun orang yang bahagia akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang bahagia. Manakala orang yang derita akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang derita.” [HR: Muslim (2647)].
-Sabda Nabi saw:
Dari Uqbah bin Amir Radhiallahu’anhu, dia berkata: “Rasulullah SAW keluar, sedang kami di serambi masjid (Madinah). Lalu Baginda saw bersabda: “Siapakah di antara kamu yang senang berangkat pagi pada tiap hari ke Buthhan atau Al-Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua unta yang besar punuknya, tanpa mengerjakan dosa atau memutus sanak?” Kami (yang hadir) berkata: “Ya kami senang, wahai Rasulullah!” Lalu beliau bersabda: “Apakah seseorang di antara kamu tidak berangkat pagi ke masjid, lalu memahami atau membaca dua ayat Al-Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta. Dan (bila memahami atau membaca) tiga (ayat) akan lebih baik daripada memperoleh tiga (unta). Dan (bila memahami atau mengajar) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan unta.”(HR. Muslim 1/553.).
-Rasulullah SAW menyebutkan beberapa perkara ringan untuk kita buat yang membolehkan kita menjadi ahli surga. Amalan-amalan tersebut boleh dijadikan amalan harian.
-Suatu hari Rasulullah SAW bertanya, "Siapa di antara kamu yang berpuasa hari ini?". Saidina Abu Bakar ra menjawab: "Aku". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang telah mengikuti pengkebumian hari ini?" Saidina Abu Bakar ra berkata: "Aku". Rasulullah SAW berkata lagi, "Siapa di antara kalian yang memberi makan orang miskin hari ini?". Saidina Abu Bakar ra berkata lagi, "Aku". Rasulullah SAW bertanya lagi, "Siapakah di antara kalian yang menjenguk orang sakit hari ini?" Saidina Abu Bakar ra menjawab, "Aku".
-Rasulullah SAW kemudian berkata, "Jika terkumpul seluruh amalan pada seseorang (seperti ini), nescaya ia akan masuk surga". Pada diri Abu Bakar RA di hari itu terkumpul seluruh kebaikan yang ringan, tapi menghantarkannya pada surga.
-Sehingga, dalam riwayat lain, Saidina Umar bin Khattab ra sampai berkata, "oh…itu (amalan) ahli surga".
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.