السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 April 2019/ 26 Rejab 1440H (Selasa).
●Pendahuluan
-Perlu ada rasa syukur dengan kebaikan yg kita buat walaupun kecil. Kita hanya dapat buat kebaikan dengan taufik dan hidayah Allah.
-Tanpa taufik dan hidayah kita tidak mampu buat apa-apa kebaikan walaupun kecil.
-Jadi perlu ada rasa syukur sangat bila dapat buat kebaikan.
-Syukur bukan perkara lisan tetapi pada hati.
-Jadi syukur kerana kita dapat berada dalam majlis ilmu dan zikirullah.
-Bila sesuatu majlis itu ada di dalamnya perkara yg mengingati Allah, maka para malaikat akan berkumpul dan berbondong-bondong datang.
-Jadi kita akan berdamping dengan para malaikat bila kita berada di majlis-majlis ilmu & zikirullah.
-Begitulah juga sebaliknya. Kalau kita berdamping dgn orang sombong maka kita juga akan dapat tempias kesombongannya.
-Nabi saw menyatakan jika kita berdamping dengan binatang pun seperti kuda atau kambing, maka kesan sifat-sifatnya juga akan datang pada manusia.
-Sifat2 malaikat antaranya ialah taat, tidak sombong, suka beramal dll.
-Maka bila kita berdamping dengan para malaikat, kesan sifat malaikat akan datang pada kita.
-Bagaimana hendak berdamping dengan malaikat? Maka kita lakukan amal-amal yg disukai oleh malaikat. Cthnya, malaikat datang pada majlis ilmu, malaikat datang ke rumah-rumah yg dibacakan ayat-ayat al-quran, dll.
-Dosa utama yg dilakukan oleh makluk Allah ialah ingkar kepada perintah iaitu tidak taat. Syaitan tidak mahu ikut perintah Allah.
-Sifat taat adalah perkara yg 100% ada pada malaikat.
Jadi kesan utama berada di majlis ilmu adalah kita mendapat sifat taat.
-Justeru syukur atas pemberian Allah untuk kita berada di majlis ilmu.
Percaya Pada Rasul/Nabi:
-Kita beriman adanya para Nabi/Rasul.
Ada 25 orang Nabi/Rasul yang perlu kita ketahui.
-Dinyatakan ada 124,000 Nabi/Rasul dan dpd jumlah tersebut, 313 orang menjadi Rasul.
Namun kita tidak perlu hadkan bahawa jumlah itu sahaja. Allah Maha Mengetahui.
Nabi Yang Ke-25: Nabi Muhammad saw:
-Dinyatakan ada lebih 800 nama & panggilan kepada Nabi Muhammad saw.
-Nama kepada Nabi saw diberi oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib. Setengah riwayat nyatakan ia diberi oleh ibunya.
-Sebelum itu, orang Arab tidak ada menggunakan nama Muhammad. Jadi Nabi saw yg pertama diberi nama Muhammad.
-Nabi saw adalah penutup segala Nabi dan penutup sekalian rasul. Penghulu pada orang yg terdahulu dan yang terkemudian.
-“Kalau tidak kerana Aku hendak mencipta Nabi Muhammad maka tidak Aku ciptakan alam ini.”
-Ada yg nyatakan bawa nur Muhammad dicipta dahulu sebelum alam.
-Namun ada pendapat yg nyatakan makluk utama dicipta adalah pena, air dan Arash.
-Bila Nabi Adam a.s bertaubat kpd Allah kerana tidak mengikut perintahNya semasa di syurga. Namun Allah tidak menerima pada mulanya. Kemudian Nabi Adam a.s telah bertaubat dan bertawassul dgn Nama Nabi Muhammad saw.
-Mulanya taubat Nabi Adam tidak diterima sehingga tangisannya menjadi banjir. Maka selepas itulah baginda telah bertawassul dgn nama Nabi Muhammad saw. Maka selepas itu baru Allah menerima taubatnya.
-Nabi Adam a.s mengetahui adanya Nabi Muhammad saw kerana Nabi Adam a.s telah melihatnya tercatat nama Nabi Muhammad saw di dalam syurga.
-Nabi saw diutuskan kepada seluruh umat manusia. Jadi bukan utk satu kaum sahaja.
-Pada zaman dahulu sebelum diangkat Muhammad saw sebagai Nabi (walau pun telah diketahui oleh manusia sebelum itu), umat terdahulu tidak diwajibkan untuk mengikut syariaat yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kecuali yang terus hidup di zaman Nabi saw. Antaranya Nabi Isa a.s.
-Nabi saw diutuskan kepada manusia dan jin.
-“Tidak diutuskan Nabi saw melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.”
-Syariaat Nabi saw termasuk kepada Jin. Di kalangan Jin ada yg Islam dan yang bukan Islam.
-Nabi saw juga diutuskan kepada kaum-kaum sebelumnya juga. Dalam kitab-kitab terdahulu telah dinyatakan tentang kelahiran nabi akhir zaman.
-“Orang-orang yg terdahulu mengetahui Nabi seorang yg ummi, ia telah dinyatakan dalam kitab Taurat dan Injil.
-Dalam kitab Taurat dan Injil telah diberi tahu nama Nabi akhir zaman, sifat-sifatnya dan tanda-tanda kenabian.
Ini untuk mempersiapkan mereka untuk mereka beriman dengan apa yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
-Allah telah berfirman bahawa para ahli kitab Yahudi telah mengenal Nabi saw melebihi daripada mengenal anak-anak mereka sendiri”
-Iaitu walau pun Nabi saw belum lahir lagi.
-Kebanyakan para Nabi/Rasul adalah dpd Bani Israel.
-Sehinggalah di saat kelahiran Nabi saw, Bani Israel mendapati Nabi saw dilahirkan di kalangan bangsa Arab dan bukannya dpd bangsa Bani Israel.
-Maka kemudian mereka telah menyembunyikan tentang kelahiran Nabi saw. Ini kerana ego dan hasad dengki mereka.
-Mereka juga telah mengubah kandungan kitab-kitab mereka tentang kelahiran Nabi Muhammad.
-Telah dikatakan dalam kitab terdahulu bahawa Nabi akhir zaman akan datang dan akan membuat kerja amal makruf nahi mungkar.
Ia akan meringankan syariat terdahulu. Antaranya;
-Pada syariaat terdahulu utk bertaubat perlu bunuh diri.
-Pada syariat terdahulu, jika kain kena darah maka kena potong, iaitu tidak boleh basuh.
-Pada syariat terdahulu, untuk sembahyang perlu dibuat pada tempat sembahyang sahaja berbanding sekarang boleh dibuat di mana-mana yg dianggap bersih.
-Orang yg mengikut Nabi saw ialah orang yang mengikut dengan hati yg penuh kasih sayang & kecintaan (bukannya munafik), membantu dakwah Nabi saw dan mengikuti nur yg Nabi saw bawa (al-quran).
Maka orang inilah yang mendapat sebenar-benar kejayaan.
-Iaitu kejayaan yang dinyatakan oleh Allah, bukan kejayaan mengikut neraca manusia.
-Maka manusia terbahagi kepada dua, iaitu manusia yang beriman dan manusia yg kufur.
-Bahkan kita dikehendaki memuliakan Nabi saw dengan hak kemuliaan sebenar.
-Dinyatakan, sahabat ada yg meminum darah bekam Nabi saw.
-Penciptaan manusia melalui 4 cara:
i. Manusia dicipta tanpa ibu dan ayah (Nabi Adam)
ii. Manusia dicipta tanpa perantaraan perempuan (Hawa)
iii. Manusia dicipta tanpa perantaraan lelaki (Nabi Isa a.s)
iv. Manusia dicipta dgn perantaraan lelaki dan perempuan (kita semua)
-Namun itu semua adalah asbab sahaja. Semuanya atas kekuasaan Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.